Thursday, October 27, 2005

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1426H


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

dari
Wana, Boi dan Muiz


Dam.. dam.. dum.. bunyi mercun...
kanak-kanak datang berduyun-duyun...

Eeeee.... seronoknya nak raya ...

So, this year, alhamdullillah my hubby setuju raya di Penang... itu yg best tu

Like every year, baju raya untuk anak yg lebih... next year, Insya-Allah ada ahli keluarga yang baru. :)

Maaf lama sangat tak update...

Tuesday, September 13, 2005

Akhirnya...

Akhirnya.. kini pasti... Pride and Prejudice dah paham cerita...

sebab apa? sebab aku jumpa buku adaptation by Archie Oliver. Dalam bahasa ENGLISH yang aku paham. best jugak rupa2nya cerita nie cuma bila baca original version. entah bila aku nak paham. bila baca paham sikit, pastu tinggal, pastu baca balik... tak paham2 jugak hehehhehe.

Kiranya cerita nie cerita cinta la zaman dulu2. Buku tu cuma RM9.90 untuk bacaan bebudak. Dapat kat mak budak, 2 jam dah abis baca hehehehe

sorry la tak jenguk blog aku sebabnya.. ultra busy betul... maaf la kepada sesapa yg jenguk tu. kalau yg tak jenguk tu... takpe la heheheheh.

ye ye ye dah paham cerita...

akak sunflora : saya dah abis baca Sophie Kinsella (Confession of Shopaholic dan Shopaholic Takes Manhattan) La nie saya nak luangkan masa untuk Shopaholic Ties the Knot.

heheheh bulan Nov nie saya ada periksa PTK. kalau la saya boleh membaca buku rujukan macam saya baca buku2 cerita nie kan best. ini idak, pegang jer buku. Baca half page... dah tidur.. abis camne nak lulus hehehehe

kalau buku citer, sanggup tertonggeng2 & tidur lambat... hapa raaaaa.... hehehehhe

Thursday, August 4, 2005

Hehehehe

You know what? before this memang aku dah boring/fed-up/malas nak update blog. Kononnya merajuk hati la... Ciss berlakon jer lebih aku nie... Buatnye idak juge... hehehehe aku terasa seolah-olah dipinggirkan. I want to make new friends through blogging buuuuuut with my blogging skill, rerasanya nobody want to read it. Ces... Mengada2kan hehehehe Kes merajuk la... rasanya kena buang NetStat tu, buat aku susah hati jer bila tak de sapa visit.. (perasan macam glamer). I learnt a lot of things thru others blog. Every morning(kat opis je la), my routine will be (usually 8 - 9 am) :

1. Check formal mail (mail opis le)
2. Check informal mail (hotmail, yahoo)
3. Check my faveret blogs (sunflora, auntyN, makandeh, atenah, atiza, ely)
4. Bloghopping from theirs commentators(?spelling)
5. Check my fotopages and others (ambig, farah, norlie, azwa, saifulnang(the best wedding photographer), malaysian fotopages)
6. Baru start kerja hehehhehehehe

So, from now i'll do what i want to do, when to do it and how i'm going to do it...

Tuesday, July 26, 2005

Nak stop la ...

Aku rasa nak stop blogging nie. Aku nak change kepada private atau mungkin tukar URL.

Friday, July 22, 2005

My Color : BLUE

BLUE

You give your love and friendship unconditionaly. You enjoy long, thoughtful conversations rich in philosophy and spirituality. You are very loyal and intuitive.

Find out your color at Quiz Me!

Monday, July 18, 2005

Happy Birthday To Me ...

Well, HAPPY BIRTHDAY to Me...

Thursday, July 14, 2005

Sibuk hal orang

dua, tiga menjak nie... aku sibuk la ... sibuk dgn hal orang... bloghopping merata2... blog sendiri terabai. ampun yer blog.. nanti update balik... byk sgt yg terjadi... emosi aku gila2. very sensitive... sebab tgh berbadan dua kot. asyik sensitip jer aku... this week dah 12 weeks dah kandungan aku.. aku badan besar.. so tak nampak sgt perut naik.. perut bwh tak naik sangat... yg naik perut atas... org panggil babyfat from last pregnancy... hehehehe... bila semangat nak kurus dtg... tup2 mengandung.. takpa la... Muiz pun dah 1 tahun 7 bulan... kesian pun ada kat muiz... tapi bila tengok dia main sorang2, cian plak tak dak gang nak main... insya-allah 26 Jan 2006 aku due. lagi dua minggu kena p kursus BTN, nampak gaya takleh la nak lasak2. Bahaya.

Last June, unit aku kena turun padang (outstation) seluruh Malaysia melawat projek, aku tak leh pi. aku kena jaga Projek MID Penang and Johor. so terpaksa minta kak H tolong cover. sebab masa 1st pregnancy, aku gugur sebab naik kapal terbang. kalau nak citer experience tu, pjg gak...nanti la aku citer. Muiz is my second pregnancy. insya-allah, kandungan aku kali selamat. Tapi aku pantang nampak chocolate Ferrero Rocher. Setakat nie dah 10 bijik aku makan. Ish tak leh... azam aku lepas pantang nak diet giler... biar kurus cam a few years back masa belajar kat UTM. If ppl kenal aku masa kat UTM & tengok aku sekarang, mampus diaorg terkejut. mana taknya bertukar size...

Kalau aku post gambo aku masa kurus and now... mesti lawak punya. Alasannya... aku accident masa 1st semester, final year. tgh bz dgn projek. Untuk makluman aku berjalan kaki dan dilanggar oleh sebuah motosikal. Teruk tak? Masa tu aku rasa teruk, tp bila pikir balik, alhamdullilah tak seteruk org lain. Aku patah kaki kiri, area ankle (pasai apa aku rasa macam dah pernah cerita?) Masa tempoh sembuh tu, pengalaman aku yg tak leh aku lupa. So, dr nasihat jgn aktif sgt guna kaki kiri bagi tempoh 2 tahun. soooo dalam tempoh 2 tahun tu la aku bertambah berat badan (ketui2 lemak - macam kak tenah citer dalam blog dia)...

Sooo, insya-allah lepas pantang, aku berazam turunkan berat badan. Tak fit rasanya. Masa anak dara (lepas accident & dah gemuk), aku boleh control lagi weight aku. Tapi lepas kahwin dan beranak pinak nie, teruk aku rasa badan aku. Ish... kalau la ada member yg bersemangat macam aku nak turun berat nie kat Putrajaya, boleh la buat member sparring ker apa ker...

Aku minat martial art. aku minat Taekwon-do. aku kurus dan cun dulu sebab aku aktif bertaekwon-do. Emmm... mesti kuat semangat. Kena ikut nasihat Kak Andeh.. "Set objective, then the planning and execution will follow"

Macam kak ely cakap, "Happiness is in your hand"...

So, here come my new me.... :-).

Insya-Allah... Amin.

I'm doing this for my own happiness....