Monday, May 15, 2006

Selamat Hari Ibu, Mak dan Happy Birthday Abah

Selamat Hari Ibu mak (Shopiah binti Aziz)
Ana sayang mak .... muah


Happy Birthday abah yang ke - 57 tahun (Abdullah bin Che Meh)
Ana sayang abah.... muah ...

Thursday, April 20, 2006

Channel 63 ... Playhouse Disney


Si muiz nie suka benar tgk kartun channel 63. channel kartun lain dia buat donno jer. kalau channel 63 mau nangis2 nyer tak kasi tutup... kalau ada gambar jojo jer meloncat2 dia. sabar jer. sampai kitaorg nak tgk berita pun susah. conquer abis la..



Wednesday, April 19, 2006

PC Fair yang lalu hehehhe

Terjelepuk kepenatan di KLCC selepas lama benor menunggu ayahnya membeli sebijik modem. Letih wei dukung si muiz sepanjang dalam fair tu. sapa yg p, tau la betapa ramai umat & byk gerainya. hati terpikat pada sebuah notebook tapi apakan daya poketku tidak terpikat padanya. jika tidak 'Dari Mata Jatuh ke Poket Jadinya' hehhehe

abis semua org ku siggung (sp?) sbb nak cepat krn muscle lengan sudah mengeletar dek kerana mendukung muiz. hehehehe

Monday, April 17, 2006

Modem baru, access dari rumah

so, ginii rupanya access dari rumah. best ler sebab saya tak bayar bil Internet, hubby bayar. so bila notebook nie free, boleh la guna utk update and bloghop sana sini hehehehe

yabedabedu....

p/s : harap maaf sebab keyboard tak betul sikit hehehehe
thanks hubby :)

Susah hati

susah hati aku bila mak tepon kata nak bawak adik p klinik sbb demam. aku memang akan susah hati kalau anak2 aku demam ke sakit ker. sebab adik masih kecik, nak masuk 4 bulan. susah hati aku bila adik takdak depan mata.

ya allah, sembuhkanlah anakku, Ahmad Faizzuddin.

amin, ya rabbalalamin

Friday, April 14, 2006

"Itu la, sepah barang merata2"

Petang Semalam...

muiz ditimpa almari laci (sp?). Insiden nie terjadi masa aku dalam bilik air, baru nak mandi. Tiba2 dengar benda jatuh & suara muiz nangis melalak kuat. nasib baik sempat capai tuala, lari keluar. Ya Allah, tgk almari laci tu dah separuh terbalik. muiz dok tahan dgn tangan dia. terkejut aku. Aku angkat almari, suruh dia bangun lari naik atas katil. muiz punya terkejut terus bangun and lari atas katil. then, aku check badan dia takut sakit ker patah ker apa ke. sebab muiz nie pernah patah colar bone dia masa umur 1 tahun 5 bulan.

aku bersyukur sangat, aku check badan muiz tak dak apa2. Allah S.W.T pelihara dia. Aku bersyukur sangat sbb benda tu consider berat jugak. terlampau terkejut sampai lari abis semua nahu, tatabahasa. Rupa2 muiz nak ambik something terselit bawah almari tu (pen and eraser ayah dia la) and benda tu terbalik. ikutkan alamari tu kalau leveled, susah nak terbalik. tapi disebabkan tertindih pen ayah dia, pusat graviti dah lari. itu yg terbalik tu.

so, bila my hubby balik. i just told him not to say anything when he see the drawer, fix it and then i will tell him what happened.

my hubby first reactions is "apa dah jadi?". I told him the whole thing and my last remark is "Itu la, sepah barang merata2".

Tuesday, April 11, 2006

Belum abis lagi

kena standby belum abis lagi la... pukul berapa nak balik nie? harap2 boleh la aku dapat Time Off. dah la tak layak OT.

hubby baru bawak muiz mandi kolam, lepas nie nak masjid naik basikal plak.. jelesnya aku.....

esok VVIP nak datang, berdebaran hatiku hehehehe. Doakan semuanya berjalan lancar. Amin.