Saturday, June 9, 2007

To Apply or Not


Emm... I've been thinking about this matter since last year. Whether to further my studies or not. Macam ni, selepas confirm jawatan (3 tahun percubaan), i can apply JPA scholarship to further studies. In my case, Master. Last year, i nak apply tapi fikir 'IF' i dapat scholar tu. Faiz will only be 1 year in 2007. Aku fikir kesian plak, faiz kecik lagi. Aku takut tak dapat nak handle belajar & being a good mom.


Tahun nie, ingat nak apply tp still lagi aku fikir pasal anak2 dan tambahan plak, my hubby tukar kerja dan dia kena kerja shift. (morning shift, evening shift and night shift). Banyak yang aku fikirkan, pertamanya pasal anak2 dan hubby, kedua pasal kemampuan aku nak belajar balik.


Kalau aku bujang lagi, memang aku tak lepaskan peluang. Sejak berkeluarga nie, i have to set my priority. For the time being my family (anak2) jadi priority utama aku. Tanya mak, 'tunggu la anak2 besar sikit'. tanya kawan2, 'bila anak2 dah besar, hang tambah plak lg sorang'. tanya hubby, dia sokong tp aku takut aku yg tak larat manage sorang2 sebab dia kerja shift.


kalau ikut hati, memang nak break dari suasana bekerja sekejap. Nak masuk 6 tahun dah aku kerja, tp entahlah. Hubby cakap, 'Insya-allah bila tiba masanya, Allah permudahkan segala urusan."


Aku kadang2 terbayang macam mana Sis Lollies merantau di Qatar, Sis Elisa di Dubai, Sis KD di Ireland sedangkan aku hanya merantau di Putrajaya dari Penang pun, ntah apa2. Walaupun hakikatnya proses nak dapat scholar nie panjang lagi (apply, prepare proposal for interview, result), kalau dapat macam mana?


Kalau korang jadi aku, nak apply ke tak nak?


Tuesday, June 5, 2007

N.A.M.E. T.A.G



Rules of This Tag :


PROPOSITION : What is the meaning of your kid'(s) name(s)?


REQUIREMENTS : Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s).


QUANTITY: 5 people


TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc

The line of bloggers tagged


msau the meaning of SQ and Kiki

shopping mum the meaning of Justin and Isabelle

Judy Chow Terry

Shannon Rachel

Samm Gordon and Malcolm

Sasha lil J

Mott 2 Monkeys

Fatty Poh's Fatty Boy

Kd NAMI & MIMI

D Abg Z Abg H Princess & Litle D

DadofFour Siti Khadijah, Muhammad Yusof, Siti Kauthar, Muhammad Ibraheem and Muhammad Umar

Minah Celoteh Big Q & small q
1na Muiz and Faiz

Again, it was be me being tagged not the other way around. Kesian kan? Anyway, I enjoy it la MC.


1st Son : Ahmad Muizzuddin [11.12.2003]

Intend to named him Muhammad but then just imagine if his fullname would be Muhammad Muizzuddin bin F@kh**l @n**r and then imagine his name be printed on MyKid, Fuyoooo panjangnyer. Alas his short name is Muiz.

My hubby told me that Ahmad is the short name for Muhammad (our prophet name) and MuiZZuddin means ‘Penyokong Agama’. And of course our doa’s with the name.

BTW, it was me who gets soo excited about naming our son.

I just cannot imagine when he went to school and his teacher (if Chinese or Indian) would pronounce his name, “Ahmad Mu mu ij judin”. There u go. Haiya…

2nd Son : Ahmad Faizzuddin [1.1.2006]

Emmm, my 2nd son @ Faiz was supposed to be delivered on 27th January 2006 but alas he decided to pop out 3 weeks early. To be exact on 1st January 2006. The meaning of FaiZZuddin (flipping thru buku nama anak-anak) is berjaya, orang yang suka bersedekah

Again, it was me who gets excited and I wanted ‘double Z’ to be in his name, so off u go Nazmuddin, Najmudin etc.


I tag emm, sapa yang belum kena tag lagi, please raise up ur hands?!. Oh, nobody?? Then using my veto compact powder @ power (not so power la kan. Its up u to do or not doing the tag thingy, okay? :D ). I chop@tag u guys la …




Mom to WKH Jrs

Monday, June 4, 2007

My Little Froggy

My cute little FROGGY

Stand-in actors - SUMO-LAH hehehehehehe

Received this in my comment box regarding ...

One of my articles evolving health tips : -
http://irisku.blogspot.com/2007/05/few-tips.html


Please read on, folks ...

FOOT RUB COUGH CURE: FACT OR FICTION?

The National Research Council of Canada (also referred to as NRC) has recently learned of an email that is circulating which claims we have proven that Vicks VapoRub™ can be applied to the feet to cure a persistent cough. We would like to take this opportunity to dispel this suggestion. The e-mail suggests that NRC has conducted research comparing the effectiveness of prescription cough medicines in children to alternative therapies like acupressure. However, our databases indicate that no such studies involving Vicks VapoRub have been conducted at NRC. It is rare for NRC to engage in research into alternate applications of medications. The email message also refers to NRC incorrectly as the “Canada Research Council.” The proper name of our organization is the National Research Council Canada.Home remedies, homeopathy and alternative therapies for illnesses are popular areas of interest for Canadians, especially in recent years. Although NRC conducts some research in these areas (NRC conducts research on nutraceuticals and therapeutic attributes of plants), our focus is more frequently on medical and pharmaceutical treatments for illness and disease. Some of our best-known advancements have been in this field, including: the first practical motorized wheelchair, the first artificial pacemaker, the Meningitis-C vaccine, the cobalt bomb and research into food-borne pathogens and water safety, to name a few.Through these innovations, NRC scientists have improved the quality of life of millions of people around the world. For almost a century, the NRC has been adapting to address new national challenges and priorities. More information can be found on our website at http://www.nrc-cnrc.gc.ca.

Sender :
Sarah Dea, National Research C Homepage 05.28.07 - 2:19 pm #

Thursday, May 31, 2007

I'm so sorry ...



Tersangat sibuk, banyak benda nak kena siap sebelum cuti balik kampung.
Will post something when time permits.

Till then, here is my konon-konon kitchen garden


From left : Pokok kesum, pokok ubat batuk, pokok kari dan pokok pandan






Monday, May 28, 2007

Our 5th Anniversary


Last Friday (25 May 2007)

Friday, May 25, 2007

JENTIK HATI

Source : Email


JENTIK HATI.....

'Bengkok`nya Perempuan...

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan". Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?" >

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat
membosankan."

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini..."