Wednesday, August 11, 2010

Macam yang ini jer

Yang ini

campur yang ini


sambil mencelah yang ini


dan dibasahi yang ini



amacam? kira ok la kan pikir pasal menu lepas pukul 12 tgh...

Betui, dak?

Semangat Puasa


Haaa... ini dia Carta Bintang yang aku buat untuk bagi semangat kat Muiz untuk berpuasa. Chart ni akan ditepek kat pintu fridge. So, bila Muiz berjaya puasa penuh, dia sendiri akan tepek sticker bintang kat ruangan tu.

Hadiah?

Hehehe bagi darjah 1 dan 2, satu hari satu ringgit. hehehee

OK apa?!

Marhaban Ya Ramadhan : Diari 1 Ramadhan


Alhamdullillah dipanjangkan lagi usia kita untuk bertemu lagi bulan Ramadhan tahun nie. Semoga kita dapat mengambil kesempatan ini untuk merebut/mengumpul pahala sepanjang bulan puasa ini dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Amin


Petang semalam kami sekeluarga ke kedai pomen kat Balakong sebab nak ambik kereta FIL yang rosak (timing belt putus, apabendanamanya patah) dah siap dibaiki. Pergh dugaan betul, terbang 1+++ ko. Kereta FIL aku nie, adik ipar aku yg pakai di Melaka. Tapi dia bagi kawan dia pinjam untuk balik dari Melaka ke Slim River dan rosak di PLUS Highway area UPM. Mana aku tak berasap... Husband cakap yang FIL aku lagi berasap hahahaha. Soo, adik ipar aku kena tadah telinga la hujung minggu masa balik Slim. Yg pastinya kawan dia kena bayaq la kos repair tu... Boleh buat duit belanja raya tu weh.... hahahaha

Dasar kak ipar kedekut aku nie hahahaha

Sambung citer balik. Dari Balakong aku bawak kereta dgn anak2 dan Husband bawak kereta FIL la. Berdebar aku bawak... Slow jer. Sampai rumah, lepas solat, aku dok sibuk kupas bawang siap2 tu, Husband ajak sembahyang Terawih kat Masjid Besi. Aku ok jer sebab anak2 hero tu semua ikut ayah dia... hahahaha

Gambar semua digoogled yer. Cantik2 kan gambar depa ambik nie. Kalau aku boleh ambik gambaq cun melecun, confirm tukaq kerja jadi photographer hehehehee


Ramai betul kaum wanita sembahyang kat sini, sampai ke lantai marmar lagi. Sedap suara imam solat Terawih dari Syria. Imam besar buat pengumuman bahawa ada nursery disediakan di tingkat atas (ada guard jaga) bagi memberi keselesaan jemaah untuk solat. Kemudahan nie memang bagus sebab tak la mak pak risau pasai anak2. Ishhh ye la, anak2 aku diuruskan oleh Husband. So jaga diri sendiri je la.

Kita layan gambar masjid besi, ok.



Sahur pagi tadi, aku masak telur sos (ker sos telur) dimakan bersama rendang daging yang diberi oleh kak safiah dan air milo O. Simple wei. hahahahaha Alhamdulillah muiz mau bangun sahur hari ini. Doa aku dia senang nak bangun sahur dan dapat berpuasa penuh hehehehe

Emmmm..... Persoalan besar aku nie
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nak masak apa yer bukak posa hari nie?

Friday, August 6, 2010

Pom-pom

Hari tu ada baca tutorial nk buat pom-pom nie kt site nie. Klik sini.
Thanks durra =D




So, mula2 sediakan template nie.




Pastukan lilit la benang macam ni.

Sampai gemuk lilit benang tu. Dah settle, gunting di antara dua kertas tadi. Kena korek sikit la.

Bila dh gunting, ambik benang lain dan ikat ketat ikut antara 2 kertas/ template tadi. Bila dh settle, keluarkan kertas/template dan trim la benang tadi.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tada









~ Sent from my iPhone ~

Tuesday, August 3, 2010

Redeemed voucher

Ahad lepas, kami sekeluarga ke Mid Valley shopping mall sebab nak redeem voucher yg dapat.



First stop, Kenko Fish Spa. Kami tambah rm38 (kanak2 rm19 sorang) lagi utk muiz dan faiz.



Hubby relax jer. Kami pilih kolam yg medium size ikannya. X nak aku masuk kolam ikan yg large size. X pasal2 hilang jari kaki plak hahahahha






Kami bagi tips kat muiz suruh tutup mata, baru la x geli. Mula2 tu memang gelak kuat kami. Hehehehe












Faiz plak letak tumit sikit pastu x mau dah. Ishh rugi betui :D






Lepas fish spa, kami pi redeem plak air jus buah kt JuiceWorks. Kami minum air banana blast dan Berry juice (strawberry). Sedap la jus buah kat sini. Nasib baik free kalau x maunya aku pi. Mahai hahahahaa.





Pastu kami mengagau cari kaunter Lab Series kat MJ dan JJ. Kecil jer sampel yg dia bagi. Hubby punyai sebab utk lelaki.





Ingat nak la try gym True Fitness selama 14 hari tapi hampeh. Lokasi gym tu semua jauh2. Kalau ada sesapa nak guna voucher gym, aku bagi free jer. Kalau nak bagitau la. Btw, voucher nie valid sampai September jer.


~ Sent from my iPhone ~

Goodie bag

Sambung citer lepas...



Nie haa gambar sijil yg diberi kpd runner yg berjaya tamatkan larian.

Bila dh tamat larian a.k.a berjalan tu, kami pun pi la ambik fruits (kt kertas nombor tu ada tulis fruits dan goodie bag). Dpt la epal hijau dan mineral water. Pastu kami pi beratur ambik goodie baf plak.



Yg ladies dpt beg Shape, mens plak dapat beg MensHealth.



Shape content


Menshealth content



Ini content dlm beg shape. Sama je dgn beg laki. Yg beza ada tambahan shaver jer utk laki.









Kami dpt voucher jgk. Antaranya voucher JuiceWorks, Kenko fish spa, lab series for men dan 14 days True Fitness gym.

Cerita voucher lepas nie la yer. =D

~ Sent from my iPhone ~

Sunday, August 1, 2010

And now ... Shape Night Run 2010

The long story.



31 Julai 2010 - Sabtu, Perbadanan Putrajaya, jam 6.30 petang.


Setelah sekian lama berdebar menanti hari larian ni, alhamdulillah sampai jugak harinya. Muiz dan faiz, kami minta tolong kak safiah jaga sementara kami berlari. Dlm pkl 4 ptg, hubby baru teringat nak beli track bottom kat alamanda. Dlm pkl 5.30 ptg baru hubby balik dgn track bottom 2 helai dan GCB. Dah selesai makan dan tukar baju, dlm pukul 6.15 ptg baru hantar muiz dan faiz.