Monday, February 21, 2011

"Nak menang PSP" tauuuu

Nak citer dr mula, panjang sangat. Jadi dipendekkan cerita, Sabtu lepas ada pertandingan dan melukis di Kompleks Sukan Air sempena hari wilayah rasanya. Yg inform psl aktiviti nie si Kecik yg inform. Register pun ngam2 je pukul 5.20 ptg hehehehehe

Pagi sabtu tu pi check gigi muiz sebab ada mcm gigi kt gusi atas gigi kapak dia (paham ke tak korang?) dan gigi berlubang dia. Rupa2nya tunggul susu yg keluar sebab gigi kekal dia dh keluar. apa lagi, kasi spray dan letak strawberry ler (Dr tu yg ckp, bkn aku). goyang2 sikit, keluar la tunggul. Alhamdulillah kecik jer. Kalau besar kesian kt muiz.

Pas pi mkn dan tukar tupperware mak kat Presint 15, km pi ambik adik kat rumah kak safiah sbb adik tidur malam semalam. Melalak sakan tak nak balik. Angkut jugak la sbb nk p mewarna pkl 2 nie.

Ish panjang plak citer. So. Kami sampai kat kompleks sukan air dlm pkl 2.30 ptg. punya la call si Kecik nak tanya kat mana aktiviti tu, emmm x berangkat dia. pastu menyorok plak tu.

Adik masuk kategori A, color mengolor. Muiz Kategori B, melukis pakai krayon. Layan gambar la ye...




Pembinaan jambatan sedang dilukis





Sambil mewarna sama naik dgn bercakap hehehehe





Apa yg pening sangat bang melayan adik tu hahahaha





Sharp jgn tak sharp ye....



Haaa dah siap. org bg sejam utk color, adik siap dlm 20 minit je.
Nak htr cepat punya pasal. Oppsss yg hitam tu awan hujan ye... sebab tu hitam





Muiz plak... yg warna oren kat bawah tu adalah sampan ye... bukan 'crab' ye




Selit jugak la gambar radio mak yg dibawak khas dari penang. Baru la syok dok kt dapur hehehehehe. Terima kasih mak.




Nie gambar briskwalk pagi semalam. Muiz dan faiz naik basikal ye...
mak dia je yg jalan kaki.




Peace. dlm plastik tu botol air sirap ye. masing2 bawak, takyah gaduh




Muiz plak buat peace.

Tghari masak ayam masak ros, sayur celery dgn karot, ikan goreng, Petang tu kami pi rumah kak ina lepak sana pasai husband pi bbq rumah kawan dia. So bawak la dgn periuk ayam masak ros tu hehehehe..

Alhamdulillah :-)

Oppsss... title post nie? saja abang sebut kot2 la depa lukis dan mewarna dgn baik aka cantik DAN menang baru boleh dapat PSP.

Maulidur rasul lepas


Sesuai tak utk model iklan MPV. Sesuai kan?



Pagi maulidur rasul



Muiz jalan dgn aku



OTW balik lepas pusing bwh jambatan



Macam nie pun boleh ka Muiz?



Tapiiii spoilnya, mak dia pakai baju terbalik. Sila abaikan railing yg hampir besar lengan aku ye.

Muahahahaa

My jots, my thoughts

Thursday, February 17, 2011

Point to ponders

Click to read =)

Thursday, February 10, 2011

'Dah mai dah'

Haaaa itu la tagline pembukaan mydin kat bukit jambul, penang.

Apa lagi, chargas la km pi ukuq keluasan mydin tu. Dr tak dak benda nk beli, terbeli la jgk brg termasuk minyak masak Saji. Ishhh minyak masak kan sekarang tgh gawat nie.

Tapi dlm byk2 benda yg dibeli. Aku memang tertarik dan dok cari benda alah nie. Asyik jumpa yg x cukup luas.

Haaa dok cari yg nie la



Kain pelikat kanak2. Cari pun pasai plan hujung tahun nie nk sunatkan depa la. Ni kira persediaan awal la kan :-)



Si abang dgb pelikat color hijau


Si adik dgn pelikat color merah.

Murah je kain depa nie.

'dah mai dah - mydin'

:P

• My jots, my thoughts •

Tuesday, January 25, 2011

Gambar muiz dan faiz baru-baru nie


Nie gambar masa rehat sekolah ganti sabtu lepas (22/1/11). Pak su dia yg pi hantar nasi lemuni nie. sedap tau


Sedap tau

Nie plak gambar faiz pagi tadi masa ayahnya htr tadika (25/1/11).

Monday, January 17, 2011

Al kisah

Bukan bateri nie yea... digoogled sahaja

Jam 8.40 pagi ni, mak tepon dan bercerita bahawa bateri kereta (kong) yg diletak di luar rumah telah dicuri.

Dlm pukul 8.20 pagi, masa tu mak tgh panas minyak nak goreng telur. Tiba2 dgr bunyi motor dan jenguk di luar, motor tu diparking melintang di rumah sebelah. Enjin belum dimatikan.

Tetiba org tu bagi salam kat pintu dapur dan tanya samada bateri tu nak jual tak? Mak cakap tak mau jual sebab tuan rumah tak dak. Dia tanya tuan rumah balik pukul berapa, mak jawab pukul 6. Pastu dia kata nak tgk bateri, mak kata a'aah dan sambung nak goreng telur.

Tapi sepupu aku, wani plak cakap, mak teh org tu ambik bateri bawak pi. Rupa2nya, dia angkat bateri dan terus blah camtu je. Bila mak bukak pintu, memang dia curi bateri tu.

So tadi, aku bawak mak pi report polis. Tujuan sebenar bukan sebab bateri tu tapi nak inform polis supaya tau ada kes curi barang takut mana tau dipecah rumah ka dan yg paling takut keselamatan dan nyawa kita. Siap mai rumah ambik gambaq lagi hehehehe

Polis tu bagitau kalau tak mau buat report pun, boleh call nombor kat bawah dan inform kejadian supaya polis dapat tingkatkan rondaan. So kengkawan, sila catit dan simpan nombor di bawah ye :

Pusat Kawalan Putrajaya :-
03-88862145

Balai Polis Presint 7 :-
03-88862233

Sunday, January 16, 2011

Mimpi




Nak tanya korang, bila kita bermimpi, kita boleh bau tak? Contohnya bau ayam panggang ka, bau tempoyak bilis ka, bau bunga ros ka.

Bukan apa, aku ada cerita ni....



Pagi tadi aku bermimpi, bg aku mimpi aku tu confirm mainan syaitan sbb aku mimpi lepas aku tertidur balik. Dlm pkl 5.15 pg aku bgn dan tertidur balik.

Meh aku citer, aku mimpi suasana di opis la. Masa tu memang ramai la kt opis.



Tetiba ja, aku terkentut yg panjang/lama. Perghh banyak angin betui. Ish lupa nak ckp yg kentut tu, kentut yg kuat tau, bkn kes kentut pelan2 punya.

Member opis apalagi, gelak besaq la kt aku.

Aku malu la weh, aku lari masuk bilik maintenance la, malu la. Dan merajuk la sbb member gelak kuat.

Tup2 aku terjaga sbb dgr alarm hp. Tgk jam, ya allah pukul 6.30 pg. Kelam kabut la weh.

Taaaaapiiii ..........

persoalannya sekarang, dalam mimpi tu memang aku bau kentut. Busuk lak tu.

Sapa yg kentut busuk tu? Dlm mimpi kita boleh bau ka?

Pada firasat aku, bukan aku yg kentut busuk la. Kerr aku yg kentut?



• My jots, my thoughts •