Monday, May 9, 2011

Pisau?!

As in BLADE? Bukan rollerblade (ni pun baru tau). Yang sebenarnya aktiviti ini dikenali sebagai 'Inline Skating'. Poyo mak depa nie. hahahahaha

So, Ahad lepas bermula la sesi 1 Mari Belajar Inline Skating (org kampung sy panggil kasut roda jer) bersama dgn mama2 vogue lain yang juga hantar belajar. Antaranya Kak Pnut, Kak Zar dan Kak Intan. Muiz dan Faiz belajar kat Taman Cabaran Putrajaya. Satu group 5 orang. Aku masukkan muiz dan faiz sekali... Biasa la... kiasu ... muaahahahahah

Coachnya nama Ed. Nama penuh jgn tanya. Haram tak tau hahahaha. So semalam memang belajar macam mana nak bangun dan berdiri. Beginner betui. Ya la budak2 yang belajar. Faiz dan Muiz sampai abis kelas baru la boleh bangun dan berdiri.



Nie gambar masa nak stretching sblm pakai kasut roda. Muiz masuk lambat pasai dia ada pertandingan nasyid kat surau Precint 8. Cayalah faiz, tak nangis pun tau.


So, seperti biasa depa nie. Gedik2 la nak beli kasut roda. Jadi mak dan ayah depa yang sentiasa lembut hati nie pun mencari la kat mana jual. Sampai ke TTDI ko...

Muiz punya color merah dan hitam



Posing sikit dalam keta.



Faiz punya color hijau (ben 10 katanya)



Ambik ko... terkangkang ko...



Lepas beli sempat lagi kami singgah Ayam Penyet kat shah alam. Balik rumah malam tu, apa lagi practise la...

Ada 5 step cara nak bangun tauu... So semalam asyik dengar word ni je laaaa...

Satuuuuu
Duaaa
Tigaaaaa
Empatttttt
Limaaaaa





Hmmmm... malam nie pun sama la jugak sbb tak sempat belajar step yang lain pun lagi hehehehehehe


• My jots, my thoughts •

Tuesday, May 3, 2011

Aktiviti di minggu on-call

Hmmmm... macam mana nak start?

First of all, minggu lepas hubby on-call.... seminggu... jadinya... kitaorg pun tak boleh bergerak di luar radius (sempadan putrajaya leeer)... Bijak hubby, dia tak cakap pun dia on-call until hari Isnin. Sebab dia tau, kalau bagitau awalll.... mood bini dia yang 'over' hehehehehe

Anyway, 'drama minggu ini' start malam Jumaat lagi... Faiz balik dari sekolah, dia cakap nak muntah... aku kata pi la muntah kat toilet. Bila dengar dia muntah lain macam jer.. aku dah suspen... pastu ambik baldi (utk muntah), letak minyak yuyi... dia nak berak plak.. teman dia berak.... aku dah tak sedap hati sebab bau cirit (korang pikir la sendiri bau cirit macam mana ye). Husband balik jer, dia masih muntah2 pastu terus kitaorg pi ER. sementara nak tunggu kt triage jer dah 2 kali berak, muntah plak 3 kali.(ingat tak baldi yg citer tadi? haaa aku bawak sampai ke emergency tau). Gedebuk gedebak, jumpa doktor. Doktor cakap Faiz mild dehidrasi... so kena minum air banyak. Dr siap takutkan si Faiz lagi. Aku pun senyum jer la sbb budak2 nie kalau mak bapak cakap, tak makan saman.. kan?

Malam tu, Faiz muntah lagi 2 kali baru dia boleh tidur. Itu pun tak berapa nyenyak. Aku plak rasa lenguh/letih badan semacam. Esoknya, mcm zombie ler jadinya.

Hari sabtu ada kenduri kahwin member SOKSEK (STSSS). Tanya hubby, dia kata ok... Kami pun bersiap la...

Jam 12 pm, "jap2 10 minit lagi"
Jam 12.45 pm, "jap la 5 minit"
Jam 1pm, "Abang ada isu nie..."
Jam 1.30 pm, "Ishhh... ada isu besar nie"
Jam 2pm, "Sejam setengah sempat tak pi kenduri? Pkl 3.30 ada meeting"

Aku setuju jer la... sebab anak2 semua dah ready dah. Tapi keluar jam 2.30pm, jem plak kat MRR2. Sampai pukul 3.15 pm. Dah jumpa pengantin, anak2 nak makan plak. Makan dulu sambil call hubby ajak makan sekali, dia cakap makan dulu sebab dia tgh meeting dalam keta.

Jam 3.50pm, hubby datang makan kenduri. Aku borak jap dgn member SOKSEK (mcm mini reunion plak). Lama betui tak jumpa. Jam 4.30 balik... Nasib baik dapat jugak aku mengendeng nak pi JuiceWorks kat KLCC. hahahahahah

Pi JuiceWorks, muiz nak Cookies n Creme, aku Banana Blast pastu order Tummy Calmer -TC (hubby suruh beli utk Faiz). Faiz hisap 2 kali TC, pastu mak dan ayah dia yg bedal sampai abis la..

Pagi Ahad plak dalam pukul 3.30 am, aku plak bangun muntah2 dan cirit birit sampai ke pagi... Ambik ko, cuci perut gilerrrr.... Ingatkan aku jer, rupa2nya dgn hubby sekali...

Pagi tu gagah bangun jugak masak nasi goreng sbb Muiz dan Faiz ada kelas Rollerblade. Kelas nie join dgn kak Pnut sebab dia tolong organize kan. Kelas kat taman cabaran, 4 sesi, RM50 sorang. Tapi nak dijadikan cerita, kak pnut pulak tak dapat contact coach tu. So cancel kelas pagi tu.. takpe ada hikmahnya. Tapi disebabkan kegedikan anak2 aku nie, pi la jugak Taman Cabaran.. Rupanya ada pertandingan/perlawanan Lumba basikal. Dalam pada macam tu pun sempat men'shopping' lagi ko... Kami merembat baju bolasepak Malaysia...


Pic Googled

Muiz punya baju biru Malaysia (tgh tu)
Faiz punya baju oren Malaysia (depan sekali)
Hubby baju biru Malaysia (tgh tu sama dgn muiz)

Pic Googled

Aku? baju latihan Malaysia jer hehehehe (atas nie tapi round colar jer)

Anyway, ini gambar sekitar Lumba basikal Ahad lepas..

Garisan permulaan utk Kategori apa, aku tak tau





Lagi gambar





Nie gambar muiz tgh tarik baju adik dia hehehe Caught on Camera laaa...





Ini plak gambar semalam, Faiz merajuk pasai apa pun aku tak tau...





Merajuk lagi





Merajuk pun sempat jeling TV tu





Abang steady jer. Posing mesti skema ja heheheehe





Abang lagi

Kami membayar dendam sebab weekend lepas tak leh jalan jauh2 kan...
So... kami kami ke KLCC





Habit kitaorg mesti ambik gambar no tiang kat parking. Takut terlupa daaa

Singgah sat Kinokuniya, dalam singgah sat tu sempat aku merembat buku bawah nie




 
Dan beli kasut sukan kat budak2 tu sorang sepasang... Lepas nie jangan minta mak beli apa2 lagi tau hehehehehe



• My jots, my thoughts •

Wednesday, April 27, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa

Agak lama jugak aku tak bercerita panjang kan? Semalam main squash (nak citer jugak kat sini) dengan kak ina, my close cousin sebelah abah. Kami main kat Presint 16. Balik malam tu sakit-sakit badan, nak kena pi beli Panaflex lepas nie.

Anyway, tadi dok house keeping folder kat PC. Sekali terjumpa gambar2 lama nie. Gambar nie ada dalam simpanan aku dan discan. Sayang weh kalau rosak ker hilang ker.

 Ini gambar arwah abah masa muda2. Ini gambar kat kampung Sg Nibong, batu tu ada lagi. Cuma kat belakang papan tanda, sekarang ni dah ada surau/tadika PASTI.

Ini gambar masa mak bertandang ke rumah mertua di Sungai Nibong. Kuruskan mak. Anak2 mak sorang pun tak ikut badan kurus kering macam tu hahahahahaha

Ini plak gambar aku masa kecik2. Gambar nie ambik kat tangga rumah pak chak (sebelah rumah je pak sedara aku nie)

Ni plak gambar aku dgn zila masa kami menyewa kat rumah kluster pak ngah di Bayan Baru. Heheheeheh No comment ye

Ni gambar arwah abah dgn suhaimi. masa ni, rumah belum dibesarkan lagi.

Ni gambaq suhaimi dan abah. bukannya tolong abah pun. posing ja lebih

Haaaa ini gambar masa mak, abah dan rombongan pi hantar aku belajaq kat UTM Skudai. Suci lagi kan muka aku masa nie heheheeheh

Tuesday, April 19, 2011

Fresh

Lokasi : UTM KL, Jalan Semarak

Suasana : Hujan

Event : Kejohanan TKD (ITF)





• My jots, my thoughts •

Monday, April 11, 2011

Macaroon oooo macaroon

Nak citer sikit mcm mana boleh timbul cerita Macaroons ni. Aku spt biasa rajin membaca blog orang dari update blog sendiri. So, dlm dik bloghop tu terjumpa la blog kak Kitchen Guardian nie. Akak KG ni rasanya legal advisor tapi suka baking. Tgk para kek, brownies, mcm2 ada termasuk macaroons nie. Tgk dlm gambar amat la menggiurkan selera.

Tertanya2 apa la rasa si macaroon nie. Ingat nk beli dr kak KG tapi jauh la plak. So tertangguh la hasrat nk merasa macaroon nie. Lama la jugak.

Nak dijadikan cerita, masa kursus QA hari tu, rupa2nya si Zuliana nie pun hobi berbaking termasuk la macaroon. Apa lagi, 'chargas' la mengorder.

Lepas kerja hari nie terus ke MOF. Tak sabar nk rasa macaroon nie. Apa yg bestnya macaroon nie. Dpt je dr Zu, dlm kereta lagi dh mengetest.




Comel lote jer. Besar sikit dr syiling 50 sen. Biskut (?) yang atas bawah tu memang crunchy, boleh rasa almond dlmnya. Krim (?) yg ditengah tu manis, lembut dan liat. So bila dicombine dan digigit, pergh memang sedap. Cuma bg aku, agak manis byk.




Ada mcm2 color tapi color pink dah abis. Si Faiz suka betui dgn color pink. Sejak kecik lagi. Beli tong air pun nk color pink. Adik ... Adik...




Filling (krim) tgh tu mcm2 color dan rasa. Ada peanut butter.




Ni color coklat plak.

So kesimpulannya, hilang la kempunan aku nak merasa macaroon nie. Lepas nie boleh la nk mengorder lagi.

Macaroon oooo macaroon

:-)

• My jots, my thoughts •

Saturday, April 9, 2011

Reflection

The man who wants to lead the orchestra must turn his back on the crowd.

- James Crook


Everyone wants praise and attention for a job well done. But for every Kobe Bryant making news for a game-winning shot, there are a million Average Joes doing great things but receiving no credit. If you're upset by the lack of attention you're getting for your leadership, perhaps its time to reevaluate why you are a leader in the first place.

True leaders lead to help their team, community, or office--not for fame and attention. Sure, receiving recognition feels good, but remember that you are there to lead the group in front of you, not the ones watching behind you. Spectators will soon forget about you, but those you led will remember what you've done even after you are gone.


• Source : www.dailyspark.com

Wednesday, April 6, 2011

Kita humban semua dalam 1 post je la...

Ini semua cerita lama yer... tapi masuk je la dalam satu post. Kira carca marba punya post la ye.




Ini plak bukti bahawa aku pi MAPPA tau. Peserta QA3 diwajibkan hadir tau. So banyak bukti yg ada. Siap ambik gambar dalam dewan, buku Perkhidmatan Awam, notebook kat dalam gambar atas nie. Adegan keluar lif tapi takleh keluar pintu (dikunci) taapiii jumpa pintu terus ke dewan makan.. kah kah kah... Makan je kan citernya.




Ini plak Faiz menyibuk masa aku tengah study utk exam Statistik. Dia ambik pen dan kertas post it, pastu tulis nama dan tepek kat botol air. Korang boleh baca tak? FIZA plak yg ditulisnya... Si Faiz nie husband aku perasan yang dia mengeja macam Jawi (baca dari kanan ke kiri, patutnya rumi dari kiri ke kanan). Isnin lepas, masa aku ambik dia, dia baca plat kereta -> 405. bukannya 504.. hmmm adik adik.... Jadilah adik ... ada improvement banyak tu...




Minggu lepas plak si faiz nie naik macam kudis kat lengan kiri dia, pi klinik doktor kata tak berjangkit sangat tapiii tadika tak bagi hantar, takut berjangkit. Jadinya berhorey la dia ayah dia jaga. Bangun pukul berapa, makan best2 dgn ayah dia hehehehe... Gambar nie dah ok sikit. kalau korang perasan, kat dahi dan kening dia ada merah2 lagi. Tapi sekarang, alhamdulillah dah OK.





Last day kursus QA 1/4 (Jumaat), family kak safiah mai putrajaya. Kami belanja makan ikan bakar kat sg merab tu. Harga memang berpatutan dan sedap la ikan pari bakar dia. Tpt ni kat simpang ILIM, bukak malam jer. Nama Medan Ikan Bakar...

Ish... nak citer pasai apa sebenarnya nie.. haaaa nak tunjuk kat korang ini la wajah Kak Safiah yang berjasa besar kpd kami sebab menjaga Muiz dan Faiz sejak Muiz umur 5 bulan lagi. Kiranya hampir 8 tahun la kak safiah nie menjaga diaorg. Aku bersyukur sangat2. Family diaorg macam family aku sendiri.

Dan aku jugak berterima kasih pada Pn Yati sebab dia yg bagitau aku. Kiranya kak safiah pernah mengasuh Daus (anak pn Yati), pastu Pn Yati ambik bibik dan recommend kt kami. Alhamdulillah sangat. Cuma awal bulan 3 hari tu, Kak safiah pindah ke Kluang sebab abang Zakaria bersara awal. Menangis giler aku masa tu....Masa proses pertukaran tu (awal tahun 2011), aku stress giler sbb risau pasal Muiz tak dak sapa nk tgk masa balik sekolah dan pi KAFA. Ye la aku tak pernah hantar transit, tapi Alhamdullillah semua OK. Ada hikmah di atas segala kejadian dan ketentuanNya. Faiz plak memang nk htr full day tadika... hehehehe Poyo kan aku?





Haaa... ini la dia budah cheeky tu. Gambar dari HP kak safiah hehehehe





Ini plak gambar sabtu lepas, Minta roti tisu, sekali datang siap ada pewarna lagi. Kurang la roti tisu kat sini. Mengada aku.





Ini plak masa Sport Day tadika Faiz Ahad lepas. Faiz masuk lompat dalam gelung. Ini pun puas aku bersms dgn Cikgu Amy dan Cikgu Huda. Ye la kan, dah seminggu tak sekolah, mana la tau kot2 ada perubahan. Sekali Cikgu Amy tu warded plak sebab demam dengi kat Hospital Sabak Bernam.. Kesian dia... Tapi Isnin lepas Faiz cakap Cikgu Amy dah datang..  Ok lah tu kot...





Sesi beratur plak. Nampak kan Faiz yg mana satu? Ish gambar blur la... Nak kena cari kamera point and shoot Kodak la? betul tak bang? (hint to my husband) ;P





Menang la kan, anak sapa? Anak mak la katakan... Siap pesan suruh beli belon Doraemon. Muiz pun main jugak. Lari berhalangan sambil bawak belon dan duduk atas belon. Sayang tak dak video muiz duduk tak pecah2 belon tu. Kelakar betui..

Hahahahahaha

Perghh penat betul menaip ni.... ;-)
• My jots, my thoughts •