Thursday, June 18, 2020

Gedegang

Ayaq gedegang. Ada bawah rumah mak ni. Selalu balik sini, nak beli ayaq perisa ni selalunya abih. 

Tadi teringat. Suruh Muiz pi beli... Nin dia. Mirinda Apple + Kiwi. 

Gedegang jatuh. 

Day 93 | Syawal ke 26

PKPPemulihan 9

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Wednesday, June 17, 2020

Alkisah mencari divider

Tertengok IKEA apps. Tertunjuk kat mak. Tapi Out Of Stock plak dah. Hehehe

Masuk wishlist dan watchlist bila stock masuk. 

Hari ni lps pi buat gigi palsu mak kt Bayan Lepas, balik tu singgah 3 kedai perabot dgn misi mencari divider mak. 

Kedai perabot pertama, cantik. Design lain sikit. Pastu ada kabinet kt bwh plak. Blh simpan brg. 
Tapiiii... X dak. Bkn x dak stock. Tp dah tak keluaq design tu. Berkenan yg seblh kanan tu. 

Pastu terpandang hat ni plak. 
Eh.. Sesuai ni... Tak dak plak dah. Hampeh betui.... 

Ish pi kedai perabot kedua... Pun x dak. Yg ada design kitchen kabinet yg biasa2 tu.. Tak berkenan la... 

Pi kedai perabot ketiga, langsung la x juai kitchen kabinet... 

Balik lah. 

Lepaih hantaq mak dan faiz, kami pi Queensbay plak. Pi cari tong sampah, bantai panjang utk kerusi jati. Zila beli bantai tidoq rm111... 

Singgah farmasi cari fish oil utk Zila plak. 

Dah sampai rumah, gatai tangan tgk IKEA apps... Wah sudah jumpa dan terbekenan plak. Mak seronok... 

Tapi Out Of Stock. 

Alkisah hari ni. Yang penting mak seronok.

Alhamdulillah. 

Sekian. 

Day 92 | Syawal ke 25

PKPPemulihan ke 8

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 


Tuesday, June 16, 2020

Sampai dah

Ta daaa... 

Inilah dia kerusi kayu jati yg mak beli semlm. 

Baru sampai tadi. Alhamdulillah. 

Lama mak memilih semalam. Itu pun nasib baik tak U turn... Tak jadi beli... Sbb ada area dok tgk dan try kerusi tu panaih. Pekerja tu ckp kalau bukak kipas, trip satu kedai... Adududu.. Mula nak bebai... 

Hehehe

Day 91 | Syawal ke 24

PKPPemulihan Day 7

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Monday, June 15, 2020

Jati

Hari ni bawak mak pi tgk2 kerusi jati. Kalau jadi, blh la beli kerusi jati. Alhamdulillah, esok depa hantaq kerusi mak. 

Lepaih tu kami pi Sunshine. Beli pakaian dalam. Dalam dok KL tu, Moliform ja yg byk pilihan kat Sunshine Square ni. 

Ehh... Sale banyak plak kt sunshine ni. Spenda Wacoal pun murah la plak. Zila beli seluar jeans... 50% sale.

Sakan la jugak membeli hehehe

Alhamdulillah 

Day 90 | Syawal ke 23

PKPP ke 6

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Sunday, June 14, 2020

IKEA Penang

I see you. Hehehe

Queue nak masuk IKEA Penang. Ini pun dikira sampai awal la jugak.

Niat nak beli floating drawer macam ni. 
Nak pasang kt rumah mak. Harga dlm RM249. Tp abis ko! 

What PKP done to people. Online shopping spree... Including myself... (^_^) 

Nak mkn meatball pun queue up. 

Beli lapik meja dan table cloth utk mak. 

Cantik kan? Dan comfy. Tapiiiii... Kena beli plastik lapik meja... Hahaha

Oh, abang balik Putrajaya malam ni, naik AirAsia. 

Guess what? 

Airport lengang. 

Alhamdulillah. 

Day 89 | Syawal ke 22

PKPPemulihan day 5

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Saturday, June 13, 2020

Rentas Negeri

Alhamdulillah, dah selamat sampai di my home town. Penang. 

Semalam kami keluaq Putrajaya dalam pukul 10.50 pm. Ptg tu hujan, abang balik rumah pun pukul 9 lebih. Mandi dan keluaq. Boh minyak, boh angin.

Kereta ke utara banyak tp alhamdulillah tak jem. Stop toilet sat kt RnR Ulu Bernam. Pastu kami berhenti tidoq sat kt RnR Tapah. Dapat la tidoq sat dalam sejam.

Pastu jalan clear, kereta byk tp lancaq. Aku sat terjaga, sat tidoq. Bila terjaga, nyanyi sat sambil dengaq lagu rock kapak abang. 

Kami sampai Sungai Nibong dalam pkl 4.15 pagi. Lif kena pakai sensor. Hantaq depa naik sat. Turun balik ambik abang. Parking payah sikit. Tapi apa-apa pun Alhamdullillah.

Tada... View tapak rumah kampung lama. Tapak rumah lama abah kat area awning biru kat lobi tu.

Lega tengok muka mak... 

Day 88 | Syawal ke 21

PKPP day 4

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Friday, June 12, 2020

PKPP - Norma Baharu

Norma baharu. 

Alhamdulillah, hari ketiga PKPPemulihan. Aktiviti merentas negeri dibenarkan. Ramai yang ambik peluang utk balik kampung. 

Abah Din pesan, ambil peluang melancong secara domestik. Sempadan negara masih ditutup.
Pak Long Mail pesan, rancang perjalanan balik kampung. Patuh SOP
Pak Ngah Hisham pesan jaga jarak, jaga kebersihan, jaga kesihatan. 

Elakkan 3C/S - Sesak, Sempit & Sembang Dekat
Amalkan 3W - Wash, Wear & Warn

Anda adalah frontliner sekarang.

Soft landing telah dihadapi dan dilalui masa PKPBersyarat. Rakyat dah nampak dan lalui apa yang akan berlaku dalam New Norm.

Insya Allah kami balik Penang malam ni. Doakan dipermudahkan urusan dan selamat semuanya.

Day 87 | Syawal ke 20

PKPP ke 3

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020