Saturday, July 18, 2020

Doa


"Tak berdoa ke? Kejap je angkat tangan" Tegur seseorang kepada saya.

Saya tergamam. Terkejut. Tak sangka ada orang perhatikan gerak geri saya solat.

"Errr.. Doa", saya balas, malu alah.

"Orang yang tidak berdoa, adalah orang yang sombong dengan Tuhan," beliau membalas lembut.

Saya cepat-cepat lipat telekung. Nak larikan diri dari situ. Tiba-tiba beliau bangun, duduk sopan di tepi saya.

"Jangan sombong dengan Tuhan. Perlu berdoa bersungguh-sungguh setiap kali solat. Kalau kita sombong dan tidak berdoa, tetapi Allah masih sayangkan kita , Allah akan bagi teguran melalui ujian-ujian hidup agar kita kembali kepadaNYA. Kembali memohon dan meminta pertolongan dariNYA.

Tetapi, kalau Allah langsung 'tidak pandang kita', tidak kisah pun jika kita tidak meminta kepadaNYA, Allah akan biarkan kita hanyut dengan kesombongan kita. Hinggalah tiba hari segala amalan dihitung, Allah juga tidak akan 'pandang' kita ketika itu. "

Saya terdiam.

Berhari-hari saya termenung memikirkan teguran lembut itu. Meresap masuk ke dalam fikiran dan hati saya. Jadi saya ambil keputusan drastik.

Saya capai buku nota kosong. Khas untuk saya tuliskan point-point penting untuk 'isi kandungan' doa saya. Agar tidak ada impian dan hasrat saya terlepas pandang untuk diselitkan ketika berdoa.

Saya bahagikan kepada empat bahagian. Kesihatan, Kewangan, Dunia dan Akhirat.

Kesihatan :
Family, mak ayah, mak ayah mertua, suami, saya, anak-anak, saudara mara,kenalan. Disembuhkan segala penyakit, diberi kesihatan sempurna, dilanjutkan usia dalam keberkatan.

Dunia :
Pekerjaan saya, suami dan harapan kepada masa depan anak-anak. Dipermudahkan urusan. Cita-cita. Pandangan manusia kepada kita. Keselamatan family. Ditutup segala keaiban. 

Kewangan :
Rumah impian, kereta impian, bebas hutang, financial freedom. Nak bagi apa kepada mak ayah. Nak tolong siapa. Dimurahi rezeki. 

Akhirat :
Diampunkan segala dosa (sebut senarai nama). Diberi taubat nasuha sebelum mati. Dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhi daripada neraka. Masuk syurga tanpa di hisab. Jadikan keluarga (sebut nama) orang - orang yang soleh, mendirikan solat dan solat di awal waktu.

Macam-macam lagi lah impian dan hasrat yang menggunung tu.

Selepas itu, saya bahagikan.

Solat Subuh : saya doakan khas untuk Dunia.
Solat Zohor : Kesihatan
Solat Asar : Kewangan
Solat Maghrib : Akhirat
Solat Isya' : Himpunan ke empat-empat di atas.

Semakin hari, keinginan, impian dan hasrat sentiasa bertambah. Dan doa menjadi semakin panjang.

Ingat sahaja, tulis.
Teringin sesuatu, tulis.

Ada masa banyak, doa semua.

Doa adalah cara perhubungan kita dengan Tuhan. Satu-satunya talian hayat. Makin banyak kita doa dan meminta, makin dekat kita dengan Allah.

Semoga Allah 'pandang' kita di dunia dan di akhirat.

Berdoalah. Jangan kita sombong dengan Allah.

Norzi Malek
Nasihat ini khasnya untuk saya yang ditegur.
Sabtu, 11 Julai 2020.
18 Hari sebelum Hari Arafah.

Sumber : whatsapp

Day 124 | 26 Zulkaedah 1441 H
PKPPemulihan 39

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 



Friday, July 17, 2020

PSK

PSK back order. Lama betul PSK ni nak sampai. Dpt stock dr US... 

Dulu dah join membership YL... Reactivate semua membership dgn beli PSK balik...11 oils... Thieves hand purifier... 

Alhamdulillah.. 

Day 123 | 25 Zulkaedah 1441 H
PKPPemulihan 38

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Thursday, July 16, 2020

RXZ

Rantai motor RXZ jatuh area Presint 8. Alhamdulillah dkt sini je. 

Abang ingat nk naik kan rantai pastu bawak pelan ke worksyop. Rupa2nya rantai tu tersangkut kt enjin sikit, bila nk pasang tayar, rantai jadi pendek plak. 

Ke Dengkil, ambik pomen. Bawak ke Putrajaya... Pi mai... Pi mai... Sampai lunch hour gak dr pkl 9.30 td... 

Alhamdulillah dah settle bab motor lejen ni... 

Day 122 | 24 Zulkaedah 1441 H
PKPPemulihan 37

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Wednesday, July 15, 2020

Essential oils

Baru sampai semalam... 

Hot selling Feather the Owl. Cepat betui Out Of Stock. Free 5ml lavender eo. Ada 3 bunyi, which is white noise, birds chirping and rain. 3 types of diffuse and 7 colours light. 

Deep relief for my handbag and sengal2. Ada copaiba yg bagus utk antiflammatory... 

Lavendar utk menenangkan, keringkan luka2 kecil, mudah tidur... 

Peppermint flavoring boleh digunakan dlm masakan & minuman. Setitik dlm teh o jadilah teh o pudina. Utk angin dlm perut, sakit kepala... Segarkan mata (eh.. Jgn kena kt mata tau, hidu bau dia pun blh segar) 

Lemon flavoring ni pun blh guna dlm masakan & minuman. Boost of vit C. Boh dlm ayaq rasa macam ayaq lemon, teh o lemon... Bau fresh sgt2. Yummy... 

Release eo ni blend... Nak try for myself and depa... Dalam eopr pun tulis usage dan how to apply... 
Happy oiling... 

I've been using YLEO since end of 2017. Guna dulu baru boleh citer... 

Day 121 | 23 Zulkaedah 1441 H
PKPPemulihan 36

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Tuesday, July 14, 2020

Family time

Ini nasi ayam geprek tp sambal ayam penyet. 

Nak cerita sikit lah... 

Sabtu lepas, kami ada misi. Misi mengemas stor. Bila depa punggah keluaq, ya Allah, penuh ruang tamu. 

Dah selesai mengemas, ada member opis bgtau ada rumah anak yatim nk pinggan mangkuk. So, kami solat zohor, pi hantaq dan pi cari makan. Pi food court area taman putra perdana. Depan rmh sewa ayip yg lama. 
ni bakso... Sedap jgk

Ni la rmh anak yatim kat Taman Putra Perdana

Day 120 | 22 Zulkaedah 1441 H
PKPPemulihan 35

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Monday, July 13, 2020

Bakat

Baru2 ni ada jamuan di pejabat. Hal pejabat tak mau cerita. 

Tapi dah dpt talent baru... Photo bomber... Hahahaha

Okaylah okaylah... 

Ni gambar yang elok... 

Kitty kats (^_^) 
hahaha


Day 119 | 21 Zulkaedah 1441 H
PKPPemulihan 34

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 


Sunday, July 12, 2020

Pesanan

Pesanan Nabi Muhammad SAW untuk panduan umatnya. The Ideal Muslimah

Good book. 

Day 118 | 20 Zulkaedah 1441 H
PKPPemulihan 33

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020