Assalamualaikum,
Alhamdullillah Muiz dah start sekolah Darjah 1 last week. Aku ambik cuti dari 31/12/09 hingga 6/1/2010 sebab nak monitor muiz. Mak, zila, suhaimi dan wani datang dari 25/12/09 sampai 5/1/2010 sbb utama nak tengok cucu sulung sekolah. Sampai hari khamis bila aku start kerja, aku plak yg jadi sebak. Sekejap jer Muiz dah sekolah, rasa baru ja bersalin kat dia, main dgn dia... tup-tup dah sekolah dah dia. Bila tgk faiz pun sama, kejap jer dah 4 tahun. tahun depan dah hantar adik p tadika plak... uwaaa... tak mau cepat sangat diaorg membesar.
Apsal aku plak yg kememeh nie... Sabtu lepas, muiz sibuk nak masuk Taekwon-do WTF kat sekolah. Hubby kata hantar je la masuk, bila tgk dia training... terkenang plak zaman aku training dulu... keh keh.. macam nak join balik je taekwondo... ada ke kelass utk dewasa kat putrajaya nie? Nak tambah aktiviti exercise nie... I'm neglecting myself for quite sometimes now... Badan jugak yg binasa.
Back tu muiz and faiz, Mak sentiasa doakan segala kebaikan, keselamatan, kesihatan, kegembiraan dan kemenangan dunia dan akhirat utk Muiz, Faiz, hubby, mak, my siblings, myself and semua umat Islam. Amin.