Showing posts with label Lost. Show all posts
Showing posts with label Lost. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

Momen

Diam tak diam, hari ni dah 20 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Sekejap sahaja masa pantas berlalu. Alhamdullillah, muiz dapat berpuasa 6 hari sehingga semalam. Katanya, dia berpuasa masa sekolah saja. Weekend, tak puasa dek tergugat tengok faiz makan/minum, hatta minum susu saja. Takpalah asalkan dia dapat rasa apa itu berpuasa dan berbuka.

Abang sayang plak, tahun nie kerap sembahyang Terawih. Alhamdullillah, His favorite mosque adalah Masjid Besi. Syok sembahyang kat situ, katanya.

Aku plak berazam utk memperbanyakkan lagi solat terawih di rumah berbanding tahun lepas. Ikut hati, teringin nak ikut abang sembahyang di masjid, suasananya berbeza tapi muiz dan faiz belum bersunat. kang putus saf plak. Terbayang2 suasana sembahyang terawih masa zaman sekolah. Especially Form 3 siap dgn solat tasbih sekali.

Bangunan sekolah dalam bentuk U-shape, tengah2 tu ada court utk PE. Bila tiba bulan puasa, kitaorg gotong-royong basuh court tu, lepas solat Maghrib, bentang tikar plastik, solat terawih ramai2. Suasana masa tu memang melekat di ingatan sampai sekarang. sebab bila makmum mengaminkan bacaan Surah Al-Fatihah, bergema betul. Sejuk hati rasanya. Syok betul even though court tu mengeluarkan haba panas dan berpeluh2 kitaorg solat yang
diimamkan oleh ustaz2 di sekolah.

Ada sorang ustaz favorite nie, masya-allah lupa namanya. Kitaorg dulu suka 'gu'kan dgn my long lost friend 'Anis Dhuha bt Md Radzi'. Ustaz nie chubby sikit tapi comel betul. oh ya, Ustaz Adnan. Lama dah terputus hubungan dgn my friends di SMKA Al-Mashoor (P). Yup, u read it right. I, once pernah bersekolah di sekolah agama, form 1 - 3. Just to drop a few names here, Anis, Baiyah, Sh Juriah Tuan Chek, Sh Baizura, Shahida Ghazali, Suhaila, Shuhada, Ct Haryani Abdul Kahar, Norasmawati, Sh Amani ...

Bab berhubung balik dgn kawan2 lama nie, aku malu sebenarnya becoz i 'transformed' so much from those years. Ye lah, almost 20 years ago. I have sort of inferior complexity hehehe. Especially phyisical. Tak senonoh kan. Hehehe. During those years, aku aktif dalam sports i.e netball, handball, volleyball, taekwon-do... so slim jadinya. After the accidents in 1999 (come to think of it, dah 10 thn dah), i gained so much of weight plus 2 kali bersalin, my 'baby fat' (stubborn fat) tak turun but keep gaining.

Masa Form 5, berat 54kg je... sesuai dgn tinggi 154cm. But now, i won't tell you :D. My hubby knows my battles (note the s yer) with weight. Aku nie banyaknya Hangat2 Taik Ayam. No tenacious, no perseverance...

Amacam boleh tukar dari citer ketenangan Bulan Ramadhan ke my weight plak nie... ?!

Since bulan puasa last year, bila tiba jer bulan puasa, aku mesti teringat kat arwah Abah. Sejuk dia di bulan Ramadhan. But bila cecah 15 puasa, sedih aku mengenangkan nak berakhirnya ramadhan. Al-Fatihah aku sedekahkan kepada arwah abah.

Once last year, on first day of ramadhan whilst driving to work, i broke down, crying a lot siap sedu-sedan, thinking of him, missing him tremendously. He is still my beloved father, no body can replaced him.

I promise myself to take care of my mom. I don't want her to be sad, to burden her with any issues and Love and caring of her with all my heart and life.

Adik beradik aku tak ramai, 3 orang jer. Me being the eldest. I love my family so much. My hubby, my mom, my sons, my sister and my brother.

Monday, June 23, 2008

PESAN ROH KEPADA MANUSIA


Petikan dari Email :

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata : Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi : "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W : Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Sunday, June 1, 2008

Abah Saya Telah Meninggal Dunia

Assalamualaikum w.b.r,


Abah saya, Abdullah bin Che Meh telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Mei 2008 (Khamis), jam 8.30 malam di pangkuan ibu saya kerana serangan jantung. Abah saya berusia 59 tahun.

Alhamdullillah, jenazah telah selamat di kebumikan selepas Solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Doakanlah agar abah saya diampuni dosanya dan dicucuri rahmatNya serta tergolong di kalangan orang-orang beriman dan bertakwa. Amin

Abah saya merupakan abah yang terbaik bagi saya. Kehilangannya amat amat dirasai oleh saya dan keluarga. Doakan kami sekeluarga tabah, sabar dan redha menerima kehilangan ini.

Al-Fatihah...

Amin, amin ya rabbal alamin.