Friday, June 24, 2005

Anak ...

Aku sejak dengar cerita nie memang sentiasa berharap dan berdoa yg anak akak nie dijumpai semula.

Bukannya apa... teringat kisah sorang budak cina nie yang kena culik & tak jumpa sampai sudah. Mak bapak dia punya la cari, ada org kata pernah jumpa kat siam tapi budak tu dah kena potong tangan & jadi peminta sedekah... Zalim... Kejam... Dengar kata budak nie dah jadi bodo akibat ditortured oleh sindikit culik budak nie.... tak dak kata2 yg boleh gambarkan perasaan aku.

Dulu kecoh kes org culik budak dalam buaian... Ngeri aku nak pikir... insan yang tak tau apa2. insan yang perlu perlindungan kita... ishhh tak tergambar dgn kata-kata.

Itu kes culik budak... la nie member aku bagitau yg ada kena culik untuk jual organ... ish apa nak jadi dgn dunia sekarang nie...

La nie bila aku ada anak sendiri... aku boleh paham perasan akak tu. Terasa lagi masa mengandung, bersalin (citer aku dulu). tiba-tiba anak kena culik... ishh...

hubby aku pernah citer yg dulu masa dia pegi pasar bawak M (aku kat rumah, buat kerja rumah), ramai org kat pasar tu bergilir nak dukung dia (nie bukan kes perasan anak dia comei nooo), hubby aku citer masa depa dukung tu mata dia liar dok perati, bukan apa takut jadi apa2. ye la zaman la nie payah nak percaya kat org... org menipu nie ramai...

bila kes akak nie hilang anak dia... aku berdoa biarlah budak nie selamat dan dijumpai semula... Alhamdullillah, semalam polis dah jumpa baby tu dalam keadaan selamat dan sihat. aku tengok paper star, memang ada iras muka mak dia kat hidung & kening...

aku rasa org yg culik tu mungkin ada reason and problem sendiri.

Tapi bagi aku masyarakat pun menyumbang jugak dalam bab-bab bagi stress nie.

Masa aku baru kahwin dulu, aku terpaksa berpisah sementara dgn hubby. aku kerja kat penang, hubby kat KL (lebih kurang 6 bulan pisah). Pastu aku dapat tukar KL. So, dalam tempoh tu, hubby kena berulang-alik KL-Penang. bila aku ada meeting KL, aku p sana. so bila aku balik penang, mak cik-mak cik penang (Mami penang) nie asyik tanya aku bila nak mengandung dan beranak? Boring aku....

Lama-lama benda nie jadi stress bg aku & hubby. Bukannya kami tak mau tapi takdak rezeki lagi... yg aku heran tu, family tak gaduh sangat tapi org kampung yg lebih... sebab tu la aku rasa masyarakat (kampung???) yang suka bagi stress kat orang. kang bila takdak anak, kata si pompuan tu mandul la... apa la... betui tak? bagi yg bernasib baik, ok la... bagi yg ada masalah, rasa nak avoid org kan bila asyik kena soalan cepumas tu...

Entahlah bagi aku yg masih setahun jagung nie... ini hasil permerhatian aku...

Naluri seorang ibu memang lain....

One simple gesture ...

Betul tak kadang-kadang kita angkat tangan, senyum pada seseorg tu boleh menaikkan semangat org tu bekerja.

macam nie citernyer...

every day sebelum masuk parking akan ada sorang pak guard yg bertugas di kepala simpang utk perhatikan kenderaan masuk parking samada pelawat atau staf. selama nie aku jarang angkat tangan kat dia sebab dulu aku pernah angkat tangan tapi dia buat tak nampak. so konon2 merajuk dgn dia, aku tak pernah angkat tangan lagi. ntah macam mana, hari nie aku angkat tangan kat dia. senyum lebar dia tgk aku angkat tangan ... hehehehe aku plak senyum giler.. wah aku rasa hari nie mesti kerja dia berkualiti. cuba bayangkan if everyone yang masuk parking angkat tgn kat dia, dia dah gembira... ishhh simple jer just angkat tangan dah boleh buat org happy.

serupa la jugak dgn senyuman kan....

ishh... 'One simple gesture can make people HAPPY'.

Haaa hari nie dah angkat tangan kat sapa2 ker??? hihihihihi

Wednesday, June 22, 2005

Lagu Rasmi Sekolah


Kami penuntut putera dan puteri
Harapan ibu pertiwi
Bersatu hati satu tujuan
Ilmu asas kemajuan

Pada sekolah kami bersumpah
Taat setia tekun berusaha
Bersopan santun berbudi mulia
Namamu kekal sentiasa

Oh Tuhan berilah rahmatMu
Yakin berusaha berilmu
Moga cita murni kami
Hidup berjaya berbakti

Pada sekolah kami bersumpah
Taat setia tekun berusaha
Bersopan santun berbudi mulia
Namamu kekal sentiasa

:: Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK) ::

Thursday, June 16, 2005

Mulut Jelabaih tu ...

hihihi... semalam aku ada buat discussion dgn bos pasal next week punya meeting. ada paper kena bentang... proposal dah dapat lama dah. masa tu aku tanya bos nak buat paper ka nak bentang dalam meeting (minggu depan nie)? she said tak payah, minta Division lain buat.. so aku relax la... bila aku update bos balik semalam pasai benda nie.. dia kata aku kena buat paper/slide.. sejelabas mulut aku nie jawab,"dulu saya nak buat, pn kata tak payah. la nie kena buat mana nak dan ..." lepas aku cakap baru aku terpikiaq... woish jelabas aku nie. takda tapis2 punya... tp aku rasa takpa sebab patut aku cakap mcm tapi not very nice la. nasib baik masa tu tak dak sapa2 hehehe kalau tak mau malu dia hehehehehe

tp macam mana aku boleh dapat skill nie ha? mungkin pasai aku selalu kena kejelabasan org lain so aku terpaksa build up tembok jelabas nie hehehehe (korang paham ka tak? tak tau)

pasai apa hari ni aku cakap ada bunyi penang (belah utara)? pasai semalam aku jumpa member sekapai. bila dah jumpa keluaq la abis. nie bila nak stop pun aku tak tau... hehehehhehhe bukan apa... puah aku cakap utara... nie mau auntyN, atenah & sapa2 belah utara baca baru syok kih kih kih

usha rapat depa kat lepaih nie kwang kwang kwang....

Tuesday, June 14, 2005

Syoknyer ...

hehehe hari nie seronok la. Kerja dah selesai... tup2 dapat pelawaan dari seorg aunty Y yg baru pindah Putrajaya untuk makan jemput2 @ cucuq udang... eee seronotnya...

seronok sebab ada jugak blogger yang duduk dekat Putrajaya. sebab blogger yg lain tak tau duduk kat mana. auntyN kat penang (nak balik penang bulan 8 nie nak cari la auntyN - kalau sudi heheheheh), MA kat KL, atenah kat US, atiza kat KL, agak2 Pnut kat kajang kan? SF kat Arab Saudi kot? d'arkampo kat ganu?

bukan apa sekurang2nya adala jugak someone yg ada persamaan (dr segi blogging nie). cuma aku nie mungkin perlukan latihan untuk mempertajamkan skill blogging nie (ada ka?) hehehehe

anyway, aunty Y... kalau tak dapat makan cucuq udang nnt saya try buat la (tgh salin resepi nie)
cuma sapa ada resepi Makaroni Bakaq? dah lama cari nie....

p/s : aku yg kenal diaorang tp diaorg tak kenal aku pun, perasan jer lebih kot hehehehehhe

Friday, June 10, 2005

1 tahun 6 bulan yang lalu ...

Last day di wad...
(18SX... Read at your own risk)

Setahun enam bulan lalu... aku dipaksa melahirkan my son, M 3 minggu awal atas pelbagai sebab. Pre E la, kencing kotor, BP tinggi, berat naik mendadak(lepas raya - sakan makan sebab masa bulan puasa berat turun 2 kg), kencing kotor... so aku diinduce... aku masa tu terkejut sebab just datang weekly checkup biasa, baru pagi tu aku masak Bihun Singapore untuk jamuan raya di opis. Tiba-tiba kena warded and kena induce... Persiapan dari segi emosi memang aku kurang.

Percaya tak selepas bersalin aku jeles with my own son... Aku fikir my hubby will love our son more than me... i felt macam kain buruk... lepas pakai dibuang begitu saja. Sebab 2 jam lepas bersalin secara normal, waktu nak dihantar ke wad, aku turun katil... whooosh .... tumpah darah sebanyak2 nya. Nak pitam aku tengok darah aku sendiri... afterward, midwife terpaksa 'bersih'kan rahim dari uri yg tertinggal. Sakitnya... tak terbayang...

Selesai berehat sekejap aku ditolak balik ke wad, masa tu takde sapa2. My hubby takdak... perasaan masa tu, dah la baru lepas sakit nak bersalin, bergenang air mata bila lihat takde sapa tunggu aku (tgh menaip nie pun bergenang air mata *sroot*) Fikiran jahat muncul, dah beranak... aku nie dilupakan... nobody nak support aku nak comfort aku... Cousin aku datang dgn anak2 dia, terpaksa la senyum and layan dalam tak larat and feel neglected.

After 30 minutes, my hubby dtg dengan muka risau asking my condition, ok ker ... aku merajuk sekejap. dia sabar melayan kerenah merajuk aku, dia minta maaf sebab lambat tapi dia citer yg dia dan my parents tertanya2 why aku tak naik lagi lepas 3, 4 jam bersalin... tanya nurse, kata aku ada masalah sikit... rupa2nya baru berkejar dari dewan bersalin lepas tengok anak aku M di NICU. Lega
hati sikit ... oooo dia ambik berat rupanya...

NICU sebab anakku bengkak kepala sebab terpaksa divacuum waktu bersalin. aku terlalu sakit dan meneran.. aku tak tahu nak meneran. Aku sempat cium anak aku lepas bersalin sebelum dihantar ke NICU untuk observation... Anak aku M masuk wad NICU selama 11 hari... the most longest time in my life melihat anakku di wad... People might say, "alaa sikit macam tu nak citer, nak mengeluh, nak
mengada2' But for me, it's a life time experience. Takde kali kedua, it is not a routine work or anything...

Malam tu, my hubby tolak aku ke NICU. Aku cuci tangan, pakai uniform and berdebar2 nak tengok anak aku yg aku kandung 9 bulan, anak yang aku tunggu2, anak yang aku lahirkan selepas bersabung nyawa .... For the first time aku lihat anakku dalam babycot(?) dgn kepala berbalut tinggi. setinggi 3-4 inci bengkak kepala akibat vacuum. Menitis air mata aku... aku sentuh jari anakku, aku pegang jarinya... Hiba hati aku sehingga hari ini, mahu aku menangis bila teringat kembali kenangan ini... aku usap pipi dia, aku sentuh hidungnya... aku nak peluk tapi aku takut... Hiba hati aku anakku kena menanggung kesakitan. aku berdoa biarlah aku yg ganti segala kesakitannya ... biarlah aku yg tanggung...

Hari kedua, aku discharge but anakku kena tinggal di wad.. aku pergi menjenguk dia... aku bersetuju untuk jaga dia di wad. aku dapat bilik di NICU... waktu nurse tolak anak aku masuk bilik, terlintas
di fikiran "anak sapa nie? macam cina, salah kot?" Rupa-rupanya bengkak dah turun ke bahagian muka... Memang macam anak cina dengan muka bengkak, bulat, mata sepet. Nurse terpaksa tolak balik keluar takut aku terleka mengesan amaran monitor denyutan jantung anakku kalau denyutan jantung menurun... Aku terpaksa balik rumah sebab tak tahan sakit sebab baru lepas bersalin...

Every day aku berulang-alik dari rumah ke hospital untuk melihat anakku... My hubby berulang-alik 3 kali sehari untuk hantar susu badan... Itu saja mampu aku lakukan selain banyak2 berdoa. Anak aku
kena demam kuning, dr inform ini akibat bengkak di kepala surut... M diletakkan di bawah lampu biru sepanjang masa. Ada sekali tu, aku cuba belajar breastfeed anak aku. Nurse angkat and aku cuba
pegang... Kekok... Tapi paling menghibakan, anak aku menangis bila aku peluk dan pangku... menangis kesakitan sebab terkena bengkak di kepala... aku menangis... aku rasa failure sangat sebab tak mampu nak menyusukan anak aku sendiri... Nurse menasihatkan aku banyak bersabar, jgn stress, jgn putus asa... So, anak aku minum susu pakai syringe sehingga keluar wad...

After a few days, aku dah kuat sikit and aku request bilik untuk jaga anak aku sendiri. M minum susu aku guna syringe..
Selepas 11 hari dalam wad, di bilik nombor 11 dan dilahirkan pada 11 Disember 2003 ... Alhamdullillah anak aku kembali sihat tanpa sebarang komplikasi cuma perlu follow-up dgn klinik paed.

Alhamdullillah, my son M, now sihat, gembira. aku bahagia ... aku bahagia dgn suami aku dan anak aku... Ini semua dugaanNya buat aku dan suami... and a lesson to me... JANGAN SESUKA HATI JER NAK MERAJUK DAN JELES tak tentu pasal hehehehe
Trying to be a good MOTHER to my children ...

Thursday, June 9, 2005

Enjoynya ...


Gooll ... Pandai anak mak shot ikut bawah jaring... mana ada ramai org pandai main macam M kan? ;-)

Wednesday, June 8, 2005

Fuh lega ...

Sejak last week aku berdiam diri disebabkan ketaq (??) bila dapat arahan utk bg ceramah kursus hari nie. aku tak pernah mengajar tambahan pulak di hadapan orang2 yang lebih terer bab format penulisan nie.

fuh lega... setelah tak dapat tidur nyenyak 2, 3 hari nie. akhirnya berjaya jugak... feedback yg aku dapat so far, kursus nie bagus bila nak buat penyelarasan dgn semua bahagian. emmm paham jugak diaorg dgn apa yg aku cakap ye heheheheh

anyway, fuh lega untuk kali ketiganya...

p/s : kang semput plak aku nie ...

Wednesday, June 1, 2005

Betul jugak ...

Actually apa yg diinginkan oleh setiap insan dalam kehidupan masing2? kereta besar? rumah besar? Duit banyak? Boleh melancong ke sana sini? Adakah kaya material (uwang) atau kaya kasih sayang?

Kalau aku kata aku nak duit saja... tak boleh .. aku mesti mau org sayang aku...
Kalau aku kata aku nak kasih sayang saja tanpa duit ... tak boleh jugak ... abis nak makan apa, pakai apa?

Tu la namanya kena bersederhana dalam semua hal. Aku tau ramai yg dah paham konsep nie, cuma aku nak remind diri sendiri. Kerja saja tanpa henti (macam Big Big Boss yg suka buat meeting pkl 5 - 7 mlm, tapi dulu la setelah disound oleh anak buah dia yg ramai nie, gengstar nie hehehehe) lagi tak best life nie. Nak jugak merasa hasil susah payah kerja. Nak jugak tengok dunia lain dari cubicle, lift and building nie.

Main-main je tak buat kerja pun tak leh jugak. Appraisal hujung tahun plak dapat la cukup2 makan. Yg bestnyer, [true story] ada orang kerja bagai nak rak tp appraisal cukup makan je. sebab apa? sebab tak pandai 'kipas' atau Li[gat] [Ki]pas. Adil ka...? bagi aku tak adil? abis apa perlu buat??

"Buat bodo je la "[member aku jawab - hampeh sungguh]

Bagi aku,
- kita kena sayang org supaya org sayang kita balik ...
- kita jgn buat jahat kat org kalau kita tak mau org jahat kat kita
- kita take care org baru org take care kat kita
- kita kerja bijak (? - Work smart la sebenaqnya) macam kita nak hidup lama tp beramal ibadat banyak macam kita nak mati sat lagi
- kita kena jaga kesihatan (sat lagi nak exercise naik tangga/turun tangga atau Jom Kayuh mcm dalam kempen MOH tu)

Kehidupan nie sebenarnya adil atas perancangan-Nya. Cuma bila kena batang hidung sendiri yg terasa sangat tapi cuba kena pada org lain, apa kata kita, "Kesiankan kat si anu tu, kena bayar bil telefon RM1,700" heehhehe

aku yg kena RM50 nie pun terkedu sekejap, mana tak nye dulu free sekarang kena bayar... dulu... dulu kiran... Tp pada org kena bayar tu, kena pikir la, dah memang guna telefon for personal use. kena la bayar... sekarang member opis pakat lock phone termasuk la aku...

oppss dah #80 [lock] belum phone aku nie??!!! hehehhehe