Apa yang korang nampak/tafsir dalam gambar nie? Gambar nie aku terima dalam email.
Aku teringat zaman kanak2 aku dan adik2 aku dulu. Masa tu hujan lebat, kami main kat tangga rumah. aku siap ambik kain batik peluk dan bungkus adik2 aku supaya tak kena tempias hujan.
Kasih Sayang Membawa ke Syurga
Aku teringat betapa bertuahnya aku dan betapa patutnya aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Bukan keluarga miskin, bukan dalam negara berperang dan sebagainya. Tak boleh bayang kalau aku jadi budak laki dalam gambaq nie yang hidupnya susah dan melarat.
Ya Allah, aku amat bersyukur kepadaMu diatas nikmat yang kau beri selama ini. Lindungi, rahmati dan berkatilah keluarga dan kehidupan kami sekeluarga. Amin ya rabbal alamin.
2 comments:
tersentuh hati nie, lebih-lebih lagi aye nie, dah jadi seorang ibu. Tak dapat nak tafsirkan perasaan nie. Tak dapat nak bayangkan seandainya kita berada di tempat mereka. Ya, Allah lindungilah mereka dunia dan akhirat.
tak tahan air mata nak mengalir tiap kali terpandang gambar nie, touching giler.
Post a Comment