First of all, minggu lepas hubby on-call.... seminggu... jadinya... kitaorg pun tak boleh bergerak di luar radius (sempadan putrajaya leeer)... Bijak hubby, dia tak cakap pun dia on-call until hari Isnin. Sebab dia tau, kalau bagitau awalll.... mood bini dia yang 'over' hehehehehe
Anyway, 'drama minggu ini' start malam Jumaat lagi... Faiz balik dari sekolah, dia cakap nak muntah... aku kata pi la muntah kat toilet. Bila dengar dia muntah lain macam jer.. aku dah suspen... pastu ambik baldi (utk muntah), letak minyak yuyi... dia nak berak plak.. teman dia berak.... aku dah tak sedap hati sebab bau cirit (korang pikir la sendiri bau cirit macam mana ye). Husband balik jer, dia masih muntah2 pastu terus kitaorg pi ER. sementara nak tunggu kt triage jer dah 2 kali berak, muntah plak 3 kali.(ingat tak baldi yg citer tadi? haaa aku bawak sampai ke emergency tau). Gedebuk gedebak, jumpa doktor. Doktor cakap Faiz mild dehidrasi... so kena minum air banyak. Dr siap takutkan si Faiz lagi. Aku pun senyum jer la sbb budak2 nie kalau mak bapak cakap, tak makan saman.. kan?
Malam tu, Faiz muntah lagi 2 kali baru dia boleh tidur. Itu pun tak berapa nyenyak. Aku plak rasa lenguh/letih badan semacam. Esoknya, mcm zombie ler jadinya.
Hari sabtu ada kenduri kahwin member SOKSEK (STSSS). Tanya hubby, dia kata ok... Kami pun bersiap la...
Jam 12 pm, "jap2 10 minit lagi"
Jam 12.45 pm, "jap la 5 minit"
Jam 1pm, "Abang ada isu nie..."
Jam 1.30 pm, "Ishhh... ada isu besar nie"
Jam 2pm, "Sejam setengah sempat tak pi kenduri? Pkl 3.30 ada meeting"
Aku setuju jer la... sebab anak2 semua dah ready dah. Tapi keluar jam 2.30pm, jem plak kat MRR2. Sampai pukul 3.15 pm. Dah jumpa pengantin, anak2 nak makan plak. Makan dulu sambil call hubby ajak makan sekali, dia cakap makan dulu sebab dia tgh meeting dalam keta.
Jam 3.50pm, hubby datang makan kenduri. Aku borak jap dgn member SOKSEK (mcm mini reunion plak). Lama betui tak jumpa. Jam 4.30 balik... Nasib baik dapat jugak aku mengendeng nak pi JuiceWorks kat KLCC. hahahahahah
Pi JuiceWorks, muiz nak Cookies n Creme, aku Banana Blast pastu order Tummy Calmer -TC (hubby suruh beli utk Faiz). Faiz hisap 2 kali TC, pastu mak dan ayah dia yg bedal sampai abis la..
Pagi Ahad plak dalam pukul 3.30 am, aku plak bangun muntah2 dan cirit birit sampai ke pagi... Ambik ko, cuci perut gilerrrr.... Ingatkan aku jer, rupa2nya dgn hubby sekali...
Pagi tu gagah bangun jugak masak nasi goreng sbb Muiz dan Faiz ada kelas Rollerblade. Kelas nie join dgn kak Pnut sebab dia tolong organize kan. Kelas kat taman cabaran, 4 sesi, RM50 sorang. Tapi nak dijadikan cerita, kak pnut pulak tak dapat contact coach tu. So cancel kelas pagi tu.. takpe ada hikmahnya. Tapi disebabkan kegedikan anak2 aku nie, pi la jugak Taman Cabaran.. Rupanya ada pertandingan/perlawanan Lumba basikal. Dalam pada macam tu pun sempat men'shopping' lagi ko... Kami merembat baju bolasepak Malaysia...
Pic Googled
Muiz punya baju biru Malaysia (tgh tu)
Faiz punya baju oren Malaysia (depan sekali)
Hubby baju biru Malaysia (tgh tu sama dgn muiz)
Pic Googled
Anyway, ini gambar sekitar Lumba basikal Ahad lepas..
Garisan permulaan utk Kategori apa, aku tak tau
Lagi gambar
Nie gambar muiz tgh tarik baju adik dia hehehe Caught on Camera laaa...
Ini plak gambar semalam, Faiz merajuk pasai apa pun aku tak tau...
Merajuk lagi
Merajuk pun sempat jeling TV tu
Abang steady jer. Posing mesti skema ja heheheehe
Abang lagi
Kami membayar dendam sebab weekend lepas tak leh jalan jauh2 kan...
So... kami kami ke KLCC
So... kami kami ke KLCC
Habit kitaorg mesti ambik gambar no tiang kat parking. Takut terlupa daaa
Singgah sat Kinokuniya, dalam singgah sat tu sempat aku merembat buku bawah nie
• My jots, my thoughts •
No comments:
Post a Comment