Tuesday, April 11, 2006

Last weekend

(blog nie patut publish semlm tp terlampau BZ sebab ada VVIP nak dtg, so bz la teramat. Hari nie cuti tp terpaksa kerja la plak - no OT plak tu, camne?)

10/4/2006

fuh penat giler. let me start from Friday ok.

Friday :
Plan nak pi Pasar Tani (PT) kat Putrajaya nie. Grand giler kata member2 aku. aku dah dilantik sbg marketing officer PT tak official nie. tiap jumaat jer, sampai le sms aku, "Pasar tani, pasar tani". Tapi tak pernah jejak pun. so last friday, semangat giler nak pi. Plan dgn hubby minta balik awal sikit sebab nak ronda. Nak buat camne kan, hubby meeting sampai lewat mlm. nak bwk muiz plak, hujan renyai. Kensel. Next week plak. gerai byk giler la

Saturday :
Jalan gila aku. Breakfast kat McD sungai besi, big breakfast. camne nak kurus kan kak atn? full of modified carb. tapi pastu jalan gile shopping kat IKEA. Tujuan utama member kirim barang. member kirim sikit jer. tapi aku yg over la. beli fleece blanket kat Faiz, froggy bib kat Faiz. Ye la walaupun dia kat penang tapi hati mak dia sentiasa teringatkan dia. *sroott*. after IKEA, pi KLCC nak bwk muiz mandi kolam. keluar klcc nak p kolam, hujan plak dah. terjumpa jiran seblh tgh bwk maid dia jln2. Kata kak Z, dia balik Indon nak kawen, entah betul ke tak? tapi my hubby lega giler. alhamdullillah. panjang citer & rasa malas citer sikit pasal maid sebelah nie. nanti la aku citer.

Ahad :
Letih giler sebab start dari pukul 8.30 pg aku kemas, sapu, mop & buang sawang kat rumah. penat beb. petang lepak kat alamanda jap. Malam letih iron baju plak sebanyak 20 pasang untuk minggu nie. Tidur kul 12 mlm...

sebab tu, hari nie punch card aku MERAH......

uwaaaaaaaaaa terlajak tidur la. Isi penting blog hari nie ialah KELETIHAN

Monday, April 3, 2006

Tukar angin sikit
















I'm in the mood of changing my life style. Since the birth of my sons, Muiz and Faiz :)

1. NEW way of experiencing LOVE & LIFE esp with my family (yes, definitely include you sayang)
2. NEW way of appearance (1st appearance is important)
3. NEW way of healthy living
4. NEW way of working life
5. NEW way of friendship


So, new blog name Iris :-)

p/s :
dulu a.k.a then 1na then iris hehehehe

Friday, March 3, 2006

Ahli Keluarga Terbaru...

AHMAD FAIZZUDDIN BIN FAKHRUL ANWAR


Panjang citernya tp nak pendekkan citer... ini dia ahli keluarga kami yang terbaru Ahmad Faizzuddin. Dilahirkan jam 5.59 pm pada 1 Januari 2006. Faiz dilahirkan 3 minggu awal hehehe. Biasa la macam abang dia, si Muiz tu lahir 3 minggu awal jugak.
Nanti sambung citer yer...

Thursday, October 27, 2005

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1426H


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

dari
Wana, Boi dan Muiz


Dam.. dam.. dum.. bunyi mercun...
kanak-kanak datang berduyun-duyun...

Eeeee.... seronoknya nak raya ...

So, this year, alhamdullillah my hubby setuju raya di Penang... itu yg best tu

Like every year, baju raya untuk anak yg lebih... next year, Insya-Allah ada ahli keluarga yang baru. :)

Maaf lama sangat tak update...

Tuesday, September 13, 2005

Akhirnya...

Akhirnya.. kini pasti... Pride and Prejudice dah paham cerita...

sebab apa? sebab aku jumpa buku adaptation by Archie Oliver. Dalam bahasa ENGLISH yang aku paham. best jugak rupa2nya cerita nie cuma bila baca original version. entah bila aku nak paham. bila baca paham sikit, pastu tinggal, pastu baca balik... tak paham2 jugak hehehhehe.

Kiranya cerita nie cerita cinta la zaman dulu2. Buku tu cuma RM9.90 untuk bacaan bebudak. Dapat kat mak budak, 2 jam dah abis baca hehehehe

sorry la tak jenguk blog aku sebabnya.. ultra busy betul... maaf la kepada sesapa yg jenguk tu. kalau yg tak jenguk tu... takpe la heheheheh.

ye ye ye dah paham cerita...

akak sunflora : saya dah abis baca Sophie Kinsella (Confession of Shopaholic dan Shopaholic Takes Manhattan) La nie saya nak luangkan masa untuk Shopaholic Ties the Knot.

heheheh bulan Nov nie saya ada periksa PTK. kalau la saya boleh membaca buku rujukan macam saya baca buku2 cerita nie kan best. ini idak, pegang jer buku. Baca half page... dah tidur.. abis camne nak lulus hehehehe

kalau buku citer, sanggup tertonggeng2 & tidur lambat... hapa raaaaa.... hehehehhe

Thursday, August 4, 2005

Hehehehe

You know what? before this memang aku dah boring/fed-up/malas nak update blog. Kononnya merajuk hati la... Ciss berlakon jer lebih aku nie... Buatnye idak juge... hehehehe aku terasa seolah-olah dipinggirkan. I want to make new friends through blogging buuuuuut with my blogging skill, rerasanya nobody want to read it. Ces... Mengada2kan hehehehe Kes merajuk la... rasanya kena buang NetStat tu, buat aku susah hati jer bila tak de sapa visit.. (perasan macam glamer). I learnt a lot of things thru others blog. Every morning(kat opis je la), my routine will be (usually 8 - 9 am) :

1. Check formal mail (mail opis le)
2. Check informal mail (hotmail, yahoo)
3. Check my faveret blogs (sunflora, auntyN, makandeh, atenah, atiza, ely)
4. Bloghopping from theirs commentators(?spelling)
5. Check my fotopages and others (ambig, farah, norlie, azwa, saifulnang(the best wedding photographer), malaysian fotopages)
6. Baru start kerja hehehhehehehe

So, from now i'll do what i want to do, when to do it and how i'm going to do it...

Tuesday, July 26, 2005

Nak stop la ...

Aku rasa nak stop blogging nie. Aku nak change kepada private atau mungkin tukar URL.