Tuesday, May 24, 2011

I choose to be happy over sad





So in this blogland, i choose to publish happy things over sadness. Even though i'm so tempted to publish otherwise. Only Allah SWT knows what playing in my mind, heart ....

• My jots, my thoughts •

Monday, May 23, 2011

My Sweet Sister


Happy Birthday to you, Siti Suhazila binti Abdullah

Akak sentiasa doakan segala kesihatan, kebahagian, kesenangan dan semua kebaikan di dunia dan akhirat. Dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Semoga adik sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. Amin

Mak dan Zila

Faiz adalah anak sedara kesayangan zila sejak kecil lagi. Ini buktinya

Ini zila dan faiz. Bukti kedua

Masa raya di kampung tok, Tikam Batu, Kedah

3
Adik memang suka jaga dan mengasuh Faiz.
Sampai ke la, bila tanya Faiz, "adik anak sapa? Anak angah (zila)" hehehehe

Adik zila suka bela ikan pelaga dan yg kenit2 nie... tapi biasa la bila anak menakan balik kampung. Mampus abis hehehehehe


Ini ikan baru beli. Buh dalam mangkuk dulu la... ini pun abis dikacau dik anak menakan kesayangan


My sweet sister, Happy Birthday to you =)

-: A sister is a little piece of childhood that can't ever be lost
-: A sister is a friend for life.
-: I'm so grateful that I have you as a sister.
-: Thanks for being there for me through the years
-: We are sisters for life








pssstt... hang nak rayban wayfarer kan?

Emmmm akak bagi gambar je la naaa.... hehehehehehe




Hehehehehehehehe >.<

Saturday, May 21, 2011

Keh keh keh

Hari nie memang sibuk dari pagi lagi. Pagi selesaikan urusan dalaman rumah dulu. pastu htq Muiz pi Taekwondo (TKD). Rupa2nya esok ada grading naik belt. Nak naik ke hijau plak. Hantar dia pi training, pastu bawak faiz pi pekena roti canai (faiz saja naaa yg makan). Pastu pi beli pemadam (eraser) yang entah kali ke berapa dah dibeli tahun nie saja (ishh muiz dan faiz makan rubber ka?) teruk betui, cari pembaris plak... nak kena pi Mydin, murah banyak dan banyak kuantiti.

Selesai urusan belian, pi tunggu muiz.... Masa ni la baru tau ada grading dan kena isi borang dam kena bayaq Rm40. Sesi gradingnya esok pagi. Tak pa... kita hulur resit kat pak depa... BTW, minggu ni pak depa kena on call, jadinya mak depa kena jadi supir hehehehehe....

Balik rumah, rehat sat... pi plak alamanda lepas zohor... Lunchh maaa... sudah byk letih, apa macam mau masak (alasan)... Gedebuk gedebak kat alamanda, balik rumah, rehat sat. Pukul 4.30 dah start kelui anak2 suruh mandi (termasuk bapak budak), siap cepat nak training (training tuh) skating. Gedebuk gedebak, pukul 5.20 baru keluar rumah. Sampai taman cabaran ngam2 5.30 ptg.

Ramai la hari nie... rupa2nya ada member kak Pnut yang nak buat group satu lagi utk belajar inline skate nie... Untung cikgu Ed tu selepas mak-mak blogger mempromosikan dia, kan kak Pnut? hehehe

Antara kawan kak pnut yg mai.

Oppsss hari nie belajaq cara nak berenti aka how to stop.. kah kah kah. Najmi siap demam2 lagi nak dapatkan kasut dia... Layan gambaq naaa


Kasi warm up dulu la... tak mau otot2 cramp...

Lepas warm-up berebut nak pakai kasut skate tu.

Haaa. dgr cakap coach ed tu...

Macam nak check perbarisan pun ada si Ed ni... Psst... Najmi dapat kasut baru tu... Bau kedai lagi tau...

Tgh kena pusing 2-3 round.. Baju pink tu Ika, anak kak Zar

Ika lagiii . Najwa, anak kak Intan tak join hari ni pasai ada Family Day katanya.
Bila tak paham2 jugak, kena round up la...
"Kena tunduk dan bengkok kaki macam ni masa nak break/stop"

Sesi round lagi

Terkangkang si Faiz tu

Muiz sudah jatuh. Cikgu Ed siap warning 'jangan lumba'

Haaa... Ni la kak pnut dgn alisya (si tecit yg baju serba putih tu). Comel kan?!

Next week tak dak sesi sebab coach ed join pertandingan inline skate masa Hari Belia 27-29 Mei kat Precint 2. Jom kita pi tengok...

Monday, May 16, 2011

Pinjam gambar

Haaa... nie gambar clear sikit dari kak Pnut... Enjoy.... Tengok la trademark tangan Faiz tu... heheheehehe

Sunday, May 15, 2011

Training semalam

Aku dapat gambaq ni aje. Emmm


Muiz, Faiz, Najwa, Najmi dan Ika

(psst. Kak pnut ckp yg coach Ed ni dapat no 9 out off 20 macam Games kat Shanghai baru2 nie)


• My jots, my thoughts •

Monday, May 9, 2011

Pisau?!

As in BLADE? Bukan rollerblade (ni pun baru tau). Yang sebenarnya aktiviti ini dikenali sebagai 'Inline Skating'. Poyo mak depa nie. hahahahaha

So, Ahad lepas bermula la sesi 1 Mari Belajar Inline Skating (org kampung sy panggil kasut roda jer) bersama dgn mama2 vogue lain yang juga hantar belajar. Antaranya Kak Pnut, Kak Zar dan Kak Intan. Muiz dan Faiz belajar kat Taman Cabaran Putrajaya. Satu group 5 orang. Aku masukkan muiz dan faiz sekali... Biasa la... kiasu ... muaahahahahah

Coachnya nama Ed. Nama penuh jgn tanya. Haram tak tau hahahaha. So semalam memang belajar macam mana nak bangun dan berdiri. Beginner betui. Ya la budak2 yang belajar. Faiz dan Muiz sampai abis kelas baru la boleh bangun dan berdiri.



Nie gambar masa nak stretching sblm pakai kasut roda. Muiz masuk lambat pasai dia ada pertandingan nasyid kat surau Precint 8. Cayalah faiz, tak nangis pun tau.


So, seperti biasa depa nie. Gedik2 la nak beli kasut roda. Jadi mak dan ayah depa yang sentiasa lembut hati nie pun mencari la kat mana jual. Sampai ke TTDI ko...

Muiz punya color merah dan hitam



Posing sikit dalam keta.



Faiz punya color hijau (ben 10 katanya)



Ambik ko... terkangkang ko...



Lepas beli sempat lagi kami singgah Ayam Penyet kat shah alam. Balik rumah malam tu, apa lagi practise la...

Ada 5 step cara nak bangun tauu... So semalam asyik dengar word ni je laaaa...

Satuuuuu
Duaaa
Tigaaaaa
Empatttttt
Limaaaaa





Hmmmm... malam nie pun sama la jugak sbb tak sempat belajar step yang lain pun lagi hehehehehehe


• My jots, my thoughts •

Tuesday, May 3, 2011

Aktiviti di minggu on-call

Hmmmm... macam mana nak start?

First of all, minggu lepas hubby on-call.... seminggu... jadinya... kitaorg pun tak boleh bergerak di luar radius (sempadan putrajaya leeer)... Bijak hubby, dia tak cakap pun dia on-call until hari Isnin. Sebab dia tau, kalau bagitau awalll.... mood bini dia yang 'over' hehehehehe

Anyway, 'drama minggu ini' start malam Jumaat lagi... Faiz balik dari sekolah, dia cakap nak muntah... aku kata pi la muntah kat toilet. Bila dengar dia muntah lain macam jer.. aku dah suspen... pastu ambik baldi (utk muntah), letak minyak yuyi... dia nak berak plak.. teman dia berak.... aku dah tak sedap hati sebab bau cirit (korang pikir la sendiri bau cirit macam mana ye). Husband balik jer, dia masih muntah2 pastu terus kitaorg pi ER. sementara nak tunggu kt triage jer dah 2 kali berak, muntah plak 3 kali.(ingat tak baldi yg citer tadi? haaa aku bawak sampai ke emergency tau). Gedebuk gedebak, jumpa doktor. Doktor cakap Faiz mild dehidrasi... so kena minum air banyak. Dr siap takutkan si Faiz lagi. Aku pun senyum jer la sbb budak2 nie kalau mak bapak cakap, tak makan saman.. kan?

Malam tu, Faiz muntah lagi 2 kali baru dia boleh tidur. Itu pun tak berapa nyenyak. Aku plak rasa lenguh/letih badan semacam. Esoknya, mcm zombie ler jadinya.

Hari sabtu ada kenduri kahwin member SOKSEK (STSSS). Tanya hubby, dia kata ok... Kami pun bersiap la...

Jam 12 pm, "jap2 10 minit lagi"
Jam 12.45 pm, "jap la 5 minit"
Jam 1pm, "Abang ada isu nie..."
Jam 1.30 pm, "Ishhh... ada isu besar nie"
Jam 2pm, "Sejam setengah sempat tak pi kenduri? Pkl 3.30 ada meeting"

Aku setuju jer la... sebab anak2 semua dah ready dah. Tapi keluar jam 2.30pm, jem plak kat MRR2. Sampai pukul 3.15 pm. Dah jumpa pengantin, anak2 nak makan plak. Makan dulu sambil call hubby ajak makan sekali, dia cakap makan dulu sebab dia tgh meeting dalam keta.

Jam 3.50pm, hubby datang makan kenduri. Aku borak jap dgn member SOKSEK (mcm mini reunion plak). Lama betui tak jumpa. Jam 4.30 balik... Nasib baik dapat jugak aku mengendeng nak pi JuiceWorks kat KLCC. hahahahahah

Pi JuiceWorks, muiz nak Cookies n Creme, aku Banana Blast pastu order Tummy Calmer -TC (hubby suruh beli utk Faiz). Faiz hisap 2 kali TC, pastu mak dan ayah dia yg bedal sampai abis la..

Pagi Ahad plak dalam pukul 3.30 am, aku plak bangun muntah2 dan cirit birit sampai ke pagi... Ambik ko, cuci perut gilerrrr.... Ingatkan aku jer, rupa2nya dgn hubby sekali...

Pagi tu gagah bangun jugak masak nasi goreng sbb Muiz dan Faiz ada kelas Rollerblade. Kelas nie join dgn kak Pnut sebab dia tolong organize kan. Kelas kat taman cabaran, 4 sesi, RM50 sorang. Tapi nak dijadikan cerita, kak pnut pulak tak dapat contact coach tu. So cancel kelas pagi tu.. takpe ada hikmahnya. Tapi disebabkan kegedikan anak2 aku nie, pi la jugak Taman Cabaran.. Rupanya ada pertandingan/perlawanan Lumba basikal. Dalam pada macam tu pun sempat men'shopping' lagi ko... Kami merembat baju bolasepak Malaysia...


Pic Googled

Muiz punya baju biru Malaysia (tgh tu)
Faiz punya baju oren Malaysia (depan sekali)
Hubby baju biru Malaysia (tgh tu sama dgn muiz)

Pic Googled

Aku? baju latihan Malaysia jer hehehehe (atas nie tapi round colar jer)

Anyway, ini gambar sekitar Lumba basikal Ahad lepas..

Garisan permulaan utk Kategori apa, aku tak tau





Lagi gambar





Nie gambar muiz tgh tarik baju adik dia hehehe Caught on Camera laaa...





Ini plak gambar semalam, Faiz merajuk pasai apa pun aku tak tau...





Merajuk lagi





Merajuk pun sempat jeling TV tu





Abang steady jer. Posing mesti skema ja heheheehe





Abang lagi

Kami membayar dendam sebab weekend lepas tak leh jalan jauh2 kan...
So... kami kami ke KLCC





Habit kitaorg mesti ambik gambar no tiang kat parking. Takut terlupa daaa

Singgah sat Kinokuniya, dalam singgah sat tu sempat aku merembat buku bawah nie




 
Dan beli kasut sukan kat budak2 tu sorang sepasang... Lepas nie jangan minta mak beli apa2 lagi tau hehehehehe



• My jots, my thoughts •