Tuesday, April 21, 2020

Gemar

Oxidised leaves

Pelbagai pilihan rupanya. Black. Oolong. Hijau. 

Pelbagai perisa. Buahan. Herba. Rempah ratus. 

Terpikat dgn Cameronian Gold Blend. Sesuai dengan gabungan mylk, krimer.

Kopi terlalu teruja bila diminum. Saya sahaja rasanya. Tapi bila teringin, minumlah juga. 

Untuk teh dan juga kopi, kegemaran dari The Coffee Bean & Tea Leaf. Sebulan sekali, masa gaji... 

Day 35

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Monday, April 20, 2020

Penjaga

Setiap perkara ada limitasi. 

Guna smart phone ada limitasi. Kaedah nak kawal? Terpulang kepada masing-masing.

Cabaran membesarkan generasi masa depan memang mencabar. Zaman ini sungguh mencabar. Cabaran zaman dulu, lain.

Bersegi untuk yang sulung.
Coklat untuk yang kedua. 
Hijau, penjaga masa di dapur.
Mungkin perlu juga untuk ketua. 

Ya Allah, ilhamkanlah kepada mereka akan mara bahaya jika tidak dikawal. Harus bijak menilai dan memilih. Ada baik, ada buruk.

Day 34

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Sunday, April 19, 2020

Budaya

Kain pelikat. 

Budaya melayu, nusantara. Tengah memujuk untuk berkain pelikat di rumah. Sekurang-kurangnya waktu malam.

Ya, track bottom memang mudah dan selesa. Kain pelikat dilupa jangan. 

Lagi hebat, jika kelak dapat memujuk berbaju melayu lengkap bersampin bersolat Jumaat. Bukan sekadar di pagi raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Oh... Mana kain batik ni?

Day 33

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Saturday, April 18, 2020

Plant based mylk

Kahak atau phlegm. 

Sejenis tak berapa ok minum susu lembu. Akan terasa tekak berkahak sangat. Cuba soya milk, ok. Cuba almond milk, ok. Cuba oat milk, ok. Yang tak berapa ok, poket hehehe.

Lain orang, lain cara, lain penerimaan. Berlapang dadalah dengan kepelbagaian. Ini adalah warna-warna kehidupan.

Apa yang baik, ambillah. Yang tak baik, jadikan sempadan dan pengajaran. Eh... Pengajaran pun ada baik dan buruknya. 

Oh, baru tahu cara masak pulut kuning dari #rizalman. Kan dah dapat satu ilmu? Alhamdulillah 

Day 32

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020

Friday, April 17, 2020

Tahan

Minor issue dah bertahun bertahan. 

Hikmah PKP antaranya,
dapat beli besi railing untuk drawer... 
dapat dibetulkan railing drawer untuk satu kabinet ni... 
dapat menunggu giliran penukaran railing untuk kabinet satu lagi... 

Alhamdulillah... Nikmat mana lagi yang kau nak dustakan... 

Day 31

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020

Thursday, April 16, 2020

Perangai

Ini kereta Wira Sedan 1.5. 

Dulu, inilah dia drama setiap kali balik Penang atau Slim River. 

Waktu baby, kalau balik Slim atau Penang, kena call awal minta tolong bukak lampu.  Jangan tengok dia kalau baru sampai. Sejenis perangai...

Dah besar sikit, bila nak balik Putrajaya.. Melalak sakan, macam dipukul, dicubit... Kereta dah bergerak 50 meter, dah senyap.
Sejenis perangai...

Sekarang?

Lagi perangai... 

Itu lah asam garam keibubapaan...
Saham akhirat... Jaga amanah... 

Day 30

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020

Wednesday, April 15, 2020

Hidup


"Beautiful things don't ask for attention" ~ Sean O'Connell, The Secret Life of Walter Mitty

Baru2 ni tengok movie The Secret Life of Walter Mitty. Gambar pemandangannya cantik, jalan ceritanya kukuh dan mesej yang disampaikan pun jelas. 

Ya, hargai dan enjoy tempoh PKP ni bersama keluarga. Insya Allah ada sinar di hujungnya. Allah maha mengetahui. 

Tempoh PKP ni, dapat kenal perangai sebenar baik pasangan dan anak-anak. Dapat kenal perangai "baik" sendiri. Dapat kenal kelebihan bersedekah. Dapat kenal jiran teladan. Dapat kenal perkara berkaitan rohani dan jiwa. Dapat kenal rutin terbaik untuk diri sendiri. 

Demi menaikkan semangat, banyakkan berdoa, angan dan rancang apa yang nak dilakukan selepas PKP. 

Dunia sedang pulih dari pencemaran sebentar. Burung berkicauan jam 5 pagi, air sungai yang jernih kembali mengalir kuat, langit yang kembali cerah menampakkan pemandangan yang indah. 

Sabarlah... Insya Allah ada jalannya. 
Allah maha perancangan
Allah maha mengetahui
Allah maha mengasihani

Day 29
#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020