Sunday, June 14, 2020

IKEA Penang

I see you. Hehehe

Queue nak masuk IKEA Penang. Ini pun dikira sampai awal la jugak.

Niat nak beli floating drawer macam ni. 
Nak pasang kt rumah mak. Harga dlm RM249. Tp abis ko! 

What PKP done to people. Online shopping spree... Including myself... (^_^) 

Nak mkn meatball pun queue up. 

Beli lapik meja dan table cloth utk mak. 

Cantik kan? Dan comfy. Tapiiiii... Kena beli plastik lapik meja... Hahaha

Oh, abang balik Putrajaya malam ni, naik AirAsia. 

Guess what? 

Airport lengang. 

Alhamdulillah. 

Day 89 | Syawal ke 22

PKPPemulihan day 5

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Saturday, June 13, 2020

Rentas Negeri

Alhamdulillah, dah selamat sampai di my home town. Penang. 

Semalam kami keluaq Putrajaya dalam pukul 10.50 pm. Ptg tu hujan, abang balik rumah pun pukul 9 lebih. Mandi dan keluaq. Boh minyak, boh angin.

Kereta ke utara banyak tp alhamdulillah tak jem. Stop toilet sat kt RnR Ulu Bernam. Pastu kami berhenti tidoq sat kt RnR Tapah. Dapat la tidoq sat dalam sejam.

Pastu jalan clear, kereta byk tp lancaq. Aku sat terjaga, sat tidoq. Bila terjaga, nyanyi sat sambil dengaq lagu rock kapak abang. 

Kami sampai Sungai Nibong dalam pkl 4.15 pagi. Lif kena pakai sensor. Hantaq depa naik sat. Turun balik ambik abang. Parking payah sikit. Tapi apa-apa pun Alhamdullillah.

Tada... View tapak rumah kampung lama. Tapak rumah lama abah kat area awning biru kat lobi tu.

Lega tengok muka mak... 

Day 88 | Syawal ke 21

PKPP day 4

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Friday, June 12, 2020

PKPP - Norma Baharu

Norma baharu. 

Alhamdulillah, hari ketiga PKPPemulihan. Aktiviti merentas negeri dibenarkan. Ramai yang ambik peluang utk balik kampung. 

Abah Din pesan, ambil peluang melancong secara domestik. Sempadan negara masih ditutup.
Pak Long Mail pesan, rancang perjalanan balik kampung. Patuh SOP
Pak Ngah Hisham pesan jaga jarak, jaga kebersihan, jaga kesihatan. 

Elakkan 3C/S - Sesak, Sempit & Sembang Dekat
Amalkan 3W - Wash, Wear & Warn

Anda adalah frontliner sekarang.

Soft landing telah dihadapi dan dilalui masa PKPBersyarat. Rakyat dah nampak dan lalui apa yang akan berlaku dalam New Norm.

Insya Allah kami balik Penang malam ni. Doakan dipermudahkan urusan dan selamat semuanya.

Day 87 | Syawal ke 20

PKPP ke 3

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Thursday, June 11, 2020

Doa pada gelaran YDP Agong

Sedikit pengetahuan tentang gelaran Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Agong. 

Baru tau masa tengok ig story @temeabdullah. Masa cuti YDP Agong baru2 ni.





Alhamdulillah, mulai tahun ni, Isnin pertama selepas 8 Jun adalah cuti umum Birthday Agong.

Day 86 | Syawal ke 19 

PKPP Day 2

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Wednesday, June 10, 2020

Syukur Nikmat

Surah Ar Rahman. 

Nikmat tuhan yang manakah kau dustakan?

Day 85 | Syawal ke 18

PKPP Day 1

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Tuesday, June 9, 2020

Raja apa?

Raja buah. 

Alhamdulillah dpt juga merasa durian D24 ni. Tp x sama dgn durian Balik Pulau hehehe 

Petang td dapat merasa durian Musang King. Dalam 10 ulas dikongsi 3 orang je. Sbb seorang lagi x makan durian... Tp patin tempoyak makan...

Siapalah orang tu. Tahu tak?

Day 84 | Syawal ke 17

#lastdayofPKPB

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

Monday, June 8, 2020

Kad

Terstop sat sbb PKP. Sampai tak dak postcard yg di hantar dlm tempoh PKP. Jom kita start balik.

Fuh.. Ambik ko... 19 poskad nak hantaq hari ni

#postcards #postcrossing

Day 83 | Syawal ke 16

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita