Monday, January 17, 2011

Al kisah

Bukan bateri nie yea... digoogled sahaja

Jam 8.40 pagi ni, mak tepon dan bercerita bahawa bateri kereta (kong) yg diletak di luar rumah telah dicuri.

Dlm pukul 8.20 pagi, masa tu mak tgh panas minyak nak goreng telur. Tiba2 dgr bunyi motor dan jenguk di luar, motor tu diparking melintang di rumah sebelah. Enjin belum dimatikan.

Tetiba org tu bagi salam kat pintu dapur dan tanya samada bateri tu nak jual tak? Mak cakap tak mau jual sebab tuan rumah tak dak. Dia tanya tuan rumah balik pukul berapa, mak jawab pukul 6. Pastu dia kata nak tgk bateri, mak kata a'aah dan sambung nak goreng telur.

Tapi sepupu aku, wani plak cakap, mak teh org tu ambik bateri bawak pi. Rupa2nya, dia angkat bateri dan terus blah camtu je. Bila mak bukak pintu, memang dia curi bateri tu.

So tadi, aku bawak mak pi report polis. Tujuan sebenar bukan sebab bateri tu tapi nak inform polis supaya tau ada kes curi barang takut mana tau dipecah rumah ka dan yg paling takut keselamatan dan nyawa kita. Siap mai rumah ambik gambaq lagi hehehehe

Polis tu bagitau kalau tak mau buat report pun, boleh call nombor kat bawah dan inform kejadian supaya polis dapat tingkatkan rondaan. So kengkawan, sila catit dan simpan nombor di bawah ye :

Pusat Kawalan Putrajaya :-
03-88862145

Balai Polis Presint 7 :-
03-88862233

No comments: