It all started on 25 July 2011 and all related to this initial post.
Pagi tu, telefon U@M tanya pasal surat tawaran Master. Alhamdulillah dah keluar dan saya pun mengambil sendiri surat tersebut. Alhamdulillah dapat majoring/jabatan yg diinginkan for career advancement.
Tapi tergerak/terdetik di hati utk telefon JP@ samada boleh ker tak? Perasaan masa tu macam tak sedap hati. Sebab tawaran dari HLP dari JP@ dlm bidang lain. Ramai yg nasihatkan masa nk dptkan HLP tu, bawak la paper yang kukuh@solid supaya dapat HLP tapi masa apply U, apply la M|S sbb katanya JP@ tak kisah pun...
But this time, lain yg jadinya. Ada yg marah kenapa pergi tanya JP@... tapi itu la... rasa tak sedap hati... Anyway, officer JP@ tu check dgn Jkuasa.. confirm tak dibenarkan. If not, HLP dibatalkan/ditangguhkan. Dapat tawaran dari U lain jugak tapi kelas diadakan waktu malam... Kurang sesuai utk yg berfamily especially jika si isteri yang akan belajar...
So, next step... apply tukar majoring/jabatan di Fakulti di U@M. Masa dpt tahu tak dibenarkan adalah hari Rabu. Call PPS dan Fakulti di U... confirm kena buat surat mohon. Hantar surat ke Fakulti pada Khamis, ingat nak jumpa Pegawai Penyelaras Siswazah tapi tak dapat sbb Dr tu EL. Berurusan dgn kerani di Unit tu...
Almost every day cuba bercakap telefon dgn Dr. tapi tak dapat atas urusan kerja. Sepanjang tempoh tu, hanya Allah saja yg tahu perasaan tu. Usually aku bercakap dgn mak tapi mak pergi Umrah... tak kan nak kacau kan? Tidur tak lena, asyik terjaga... makan tak lalu, kerja tak fokus... Tapi in between tempoh tu, aku cuba siapkan segala keperluan untuk dapatkan Surat Tawaran Tetap JPA... Stamping, buka akaun dll.
Hari Rabu lepas, 3/8... Aku htr email direct ke Dr tu untuk menjelaskan perkara sebenar. Lepas email, cuba telefon sekali lagi...
Kali ini, alhamdulillah berjaya bercakap dgn Dr dan dimaklumkan berita gembira... Alhamdullillah... doaku dimakbulkan. Siapkan medical checkup dan segala borang.. Hantar ke JPA pagi Jumaat lepas dan alhamdulillah dapat Surat Tawaran Tetap HLP tu... Perasaan tu lega sangat2.
BTW, mulai sesi HLP last year, JP@ very strict dgn HLP. aku siap tanya lagi dgn diaorg kalau kita saja hantar tawaran U lain dari yg ditawarkan oleh JP@.. boleh jadi ke terlepas tak? Jawapannya JP@ akan check dgn senarai subjek (kena sertakan masa mohon nk dapatkan tawaran tetap tu) dgn tawaran JP@.
Anyway, bak kata husband... bila susah nak dapat baru la kita kenang/usaha lebih...
Alhamdulillah... =)
Pesanan penaja utk my sons : Muiz dan Faiz :-
Bukan senang nak jadi senang... Bersusah-susah dahulu ye...
No comments:
Post a Comment