Well, km masih di Penang. Minggu lepas km blk ke penang dgn perancangan asal nak khatankan muiz dan faiz pd 8/12/11 secara tara-clamp di klinik sini.
Itu la, kita hanya mampu merancang, tuhan yg menentukan. Tapi apa2 pun alhamdulillah muiz dan faiz dh selamat bersunat walaupun ambik ms yg lama jgk kami berkampung di Sungai Nibong nie. =)
Anyway, berblk kpd cerita depa bersunat nie, pg khamis (8/12/11) pkl 11 km pun ke Klinik Brunei utk sunatkan secara clamp. Abang masuk dulu yg si adik dh gelisah kt luar ni. Dok pujuk la si adik. Tup2 dlm 10 minit, abg keluar dgn tersenyum lagi. Hahaha. Adik plak dgn rasanya riang rianya pun masuk dlm bilik dgn rela hatinya sbb tgk abang senyum.
Taaapiiii adik tak tau yg abg x sesuai utk sunatkan secara clamp. Itu yg keluar dgn senyum girangnya. Hahahaha tak lama lepas tu, dengarlah raungan sekuat hatinya si adik nie. Haaa sudah... Satu klinik tu dengar.
Pastu dia pun keluar dgn raungan sekuat hati dan tak makan pujuk. Dia punya marah kt aku sampai cakap, 'nie mak punya pasal la', 'sy x syg mak', 'macam gigit rimau la'.
Pastu dia nk gigit aku nk habaq (express) betapa sakitnya. Pujuk x mkn pujuk dh. Dlm kereta dia gigit tapak tgn aku. Ni ha buktinya. Cer tgk sampai pecah drh. Dan sampai hr ni 16/12/11 masih x hilang lagi tau. Hangpa tgk gambaq ni.
Sampai rmh pun nk dekat dua jam dia meraung baru la tertiduq dlm kesakitan. Haaa ini dia budak yg kata macam gigit ghimau tu.
Lagi
Dan lagi
Si abang plak dgn riang gembiranya sbb x jd sunat tp dia kata dia nk sunat. Kesian plak sbb adik dh sunat. Tghari tu tanya la angah (adik aku) kot2 blh selit sunat kt Hospital Besar PP.
Esok tu angah tepon habaq kena pi hospital sbb nk check dan dh book date sunat pada 13/12/11. Pi la kami lepas breakfast kt rumah.
Alhamdulillah la dpt book date tu. Tapi date tu jgk adik kena bukak clamp dia. Abang dh start gabra.
Sepjg tempoh tu, adik dh cepat sembih. Hari kedua dh berjln merata. Hari isnin tu siap keluaq rmh nk pi main badminton kaw. X pdn dgn ada clamp tu, siap berlari lg. Yg best tu, si adik usik kt abang yg sakit mcm gigit rimau kat abang.
Abang apa lagi dah double, triple, quadruple gabra la. Hahahaha
Pagi selasa tu km dpt no 1 utk sunat. Abang nk mkn roti canai pun dh x lalu (kalau tak 2 keping pun blh tu) hahaha.
Km pun dibwk ke ACC utk minor surgery, tukar ke baju hospital & serkup kepala tu. Si abang semangat jer masuk. Masuk2 org sekali. Km pun tunggu kt luar. Abang masuk dlm pkl 8.50 pg. Lama betui dlm pkl 10 br dia keluar.
Yg sorang lagi keluaq dulu, steady ja aku tgk. Umur dia pun darjah 4 nk masuk darjah 5. X lama lepas tu abang pun keluaq. Dia keluaq dgn penuh linangan air mata.
Alamak, apa sdh jadi? Km ingatkan dia steady la. Rupa2nya tak. Muka lepas menangis.
Anyway, alhamdulillah dh selesai. Dia pun menangis jgk kt rmh walaupun x seteruk adik. Keluar la jgk statement, 'ni salah mak la ni', 'sakit tau tak' hahahaha
Mak jugak yg salah -.-'
Adik dh bukak clamp dia walaupun penuh dgn drama raungan jgk. Dan abang sedang tempoh pemulihan.
Alhamdulillah bersyukur pd Allah SWT.
Doakan depa cepat sembuh ya?
Amin ya rabbalamin.
Jadinya, kami masih di Penang. =)
• My jots, my thoughts •
3 comments:
Hahahaha.... Macam2 kan. Nanti boleh rewind the story over and over bila diorang dah besar. Me went thru 9 of that. So macam2 adegan ada.
eny, 9?
pergh... apsal la akak tak tanya ko pasal segala petua bab berkhatan nie hehehehhe
Yup, 9. Oh tatau eh saya ada 9 brothers?
Post a Comment