Thursday, July 26, 2012
Resepi Mee Kari Mak Biah (my mom la)
Wana masak untuk Iftar hari kedua hari tu... Sedappp...
Nak resepi? Tadaaaa..........
Bahan-bahan :
1 kg mee kuning (celur dahulu ye)
1 ekor ayam dipotong kecil
Bahan * dimesin halus-halus tau :
* 30 biji cabai kering (rendam sekejap)
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
* 5 batang serai
* 1/2 cawan udang kering (rendam dahulu)
* 10 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 2@3 kuntum bunga kantan
5 keping asam keping (rendam dahulu)
RM2 santan (kalau jaman skrg dlm RM4 santan kot)
Bahan ** dipotong kecil dan digoreng dahulu :
** 2 keping tauhu
** 2 plastik fish ball
** 1 plastik fish cake
Hiasan :
50 sen tauge (dicelur dahulu)
bwg goreng
daun bawang
limau kasturi
telur puyuh (optional)
Cara :
- Tumis bahan mesin (bahan *) sehingga naik minyak (warning : minyak akan meletup2)
- Masukkan ayam, masak sampai empuk
- Masukkan gula, garam dan asam keping
- Masukkan santan. Kacau. Tambah air jika perlu
- Bila mendidih, masukkan bahan yang telah digoreng (bahan **)
- Tunggu sebentar, tutup api. Rasakan garam, gula ye...
Selesai.... boleh dihidangkan dan makan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hepy belated birthday..
semoga kak wana berjaya dan bahagia didunia dan diakhirat bersama insan2 yang disayang ok.
makin t.. nie, makin pandai pulak masak. Nak semangkok..raya ok.
Post a Comment