Setiap insan ada bahagian ujian masing-masing. Ada yang pilih untuk mempamerkannya. Ada yang bijak menyembunyikan rasa. Kebanyakannya, memilih untuk mendedahkannya dengan alasan bimbang bernanah di jiwa.
Simpan! Jangan ditunjukkan.
Tahan! Tidak perlu diluahkan.
Kemam sahaja andai ia pahit untuk ditelan.
Biar pun menunggu lama,
Tak mengapa.
Biar cair di dalam mulut,
Asal tidak disebut-sebut.
Namun, apabila kita mengadu pada Allah, seluruh jiwa dan hati terasa tenang bahkan kita akan rasa segala masalah hanya Allah yang layak mendengar. Sehingga satu tahap , segala pengaduan dan keresahan hanya diadukan pada Allah.
Tak perlu sebarkan dukamu kepada manusia.
Simpan cerita sedihmu dalam doa.
Biar Allah saja yang ubah ia menjadi bahagia.
Ya, kita perlukan insan tetapi insan sekadar menunjukkan rasa kesian namun kita lebih memerlukan Allah. Adukan pada Allah dan Dia pasti tunjukkan jalan.
Dalam mengawal hati,
Ada rasa benci yang perlu pandai bersembunyi,
Ada rasa sayang yang tak perlu ditayang-tayang.
Ikat kemas-kemas
Jangan sampai ia terlepas.
Bersabarlah dengan apa yang kau rasa,
Berkorbanlah apa yang terdaya,
Kelak nanti kau akan mengerti,
Hakikatnya,
Menahan diri dari buatnya terluka itu lebih mulia,
Dari meluahkan apa yang membuak di dasar jiwa!
Sabarlah duhai hati.
Biarkan apa yang kau rasa itu reda sendiri
Stay strong!
Bertahanlah untuk sedikit masa lagi.
Day 222 | 6 Rabiulawal 1442 H
PKPPemulihan 135 | PKPB Putrajaya 11
#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020
No comments:
Post a Comment