Saturday, July 31, 2021

Compact

Love this amalan 7 surah ni. Compact dan tulisan besar. 

Alhamdulillah 

Day 504 | 21 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 408 | PKP 2021 194

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Friday, July 30, 2021

Al Mathurat As Sughra

Jom amalkan zikir dan Doa Rasullullah saw Pagi dan Petang. 

Banyak kaifiatnya. Alhamdulillah. 

Day 503 | 20 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 407 | PKP 2021 193

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Thursday, July 29, 2021

Sudu plastik panjang

Sudu macam kat kedai kopi kampung. Selalunya plastik kan, ni beli yg Ikea. Dok teringat kalau minum kt kedai kopi kampung, mesti ada sudu plastik panjang tu. Untuk kacau kopi ais. 

Kalau hilang lagi, x tau la. 

Hehehe
Alhamdulillah 

Day 502 | 19 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 406 | PKP 2021 192

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Wednesday, July 28, 2021

Mail cakes

Mail cake. 

Beli kek sugee dan kek buah. Dua-dua sedap. Beli dari bro Edy di IG @edybakes. Boleh repeat ni. 

Alhamdulillah. 

Day 501 | 18 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 405 | PKP 2021 191

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Tuesday, July 27, 2021

Tenang-tenang sajalah

Beli buku dr Ustaz Mohamad Abdullah. 

Dunia untuk diuruskan, bukan untuk dirunsingkan. 

Alhamdulillah. 

Day 500 | 17 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 404 | PKP 2021 190

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Monday, July 26, 2021

Butterfly

Butterfly's portable gas stove. Boleh pi camping lepaih ni. 
#pkpshoppinghaul 
#notme 
#encikAsamboi 😊🤭😝

Day 499 | 16 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 403 | PKP 2021 189

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Sunday, July 25, 2021

Bookdepository

Latest book from Bookdepository. 

Ada satu lagi, x dapat2 lagi. 

Day 498 | 15 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 402 | PKP 2021 188

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Saturday, July 24, 2021

Preparation

Alhamdulillah, rezeki Muiz sempena nk belajar di UITM. 

Day 497 | 14 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 401 | PKP 2021 187

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Friday, July 23, 2021

Cermin mata

Baru-baru ni, buat cermin mata utk letak kat rumah. Nak membaca dan tgk tv. Sbb cermin mata yg ada utk kegunaan di pejabat. 

Dah siap. Tapi baru perasan yg aku buat utk rabun dekat ja. Bila tgk jauh, jadi kabur teruih la. 

Kena la pi tukaq kanta. 

Apa-apa pun Alhamdulillah. 

Day 496 | 13 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 400 | PKP 2021 186

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Thursday, July 22, 2021

Syukur

Syukur selalu

Day 496 | 12 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 399 | PKP 2021 185

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Wednesday, July 21, 2021

Cactus life

Pokok cactus di pejabat cuba diselamatkan. Potong bhgn yg rosak tu. Nnt dah kering tempat potong, tanam balik dlm bekas kecik tu. 

Pasang ubat nyamuk pagi ni. 

Alhamdulillah. 

Day 495 | 11 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 398 | PKP 2021 184

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Tuesday, July 20, 2021

Rendang Pedas Mak

Resepi mak, ghendang pedaih daging :

1kg daging
15 cabai kering *
10 cabai melaka *
1 bawang besaq *
10 bawang merah *
3 bawang putih *
4 serai *
1 inci halia *
1 inci kunyit *
2 inci lengkuas *
Gula merah/putih
1/2 kg santan
Ayaq
1 sudu Kerisik
Garam
Daun kunyit - hiris haluih

* blend

How? 
1. Panaskan santan dan ayaq. 
2. Masukkan daging dan bahan2 blend. Masukkan gula merah
3. Masak sehingga empuk dan kering. Kalau x empuk, buh ayaq lagi. 
4. Masukkan garam, kerisik. 
5. Nak tutup api, tabur daun kunyit. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2021 M / 1442 H. 

Alhamdulillah.

Day 494 | 10 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 397 | PKP 2021 183

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Monday, July 19, 2021

Hari Arafah ~ 19 Julai 2021 / 9 Zulhijjah 1442 H





🕋 PERKONGSIAN DOA DI HARI 'ARAFAH:

HARI 'ARAFAH sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada ALLAH? Berikut adalah beberapa hajat yang anda boleh masukkan dalam senarai doa anda..Insya Allah:

1. Ya Allah.. kurniakanlah padaku kejayaan terbesar..selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus Mu.

2. Ya Allah.. masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman dan bertakwa..yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah.. kurniakanlah padaku kematian yang baik dan diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.

4. Ya Allah..masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah.. selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah.. satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Allah.. sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan segala perintah Mu.

8. Ya Allah.. terimalah amalanku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmat Mu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah.. apabila aku mati, biarlah jiwaku dan catatan amalanku menjadi amalan yang diterima oleh Mu.

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah.. masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Mu.

12. Ya Allah.. tingkatkan keyakinan dan tawakkalku pada Mu.
Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah.. tingkatkanlah kecintaanku hanya untuk Mu Ya ALLAH dan utusan Mu Nabi Muhammad SAW. 

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu. 

15. Ya Allah.. berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaan Mu.

16. Ya Allah.. sucikan niatku hanya untuk Mu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit akan nikmat Mu.

17. Ya Allah.. jangan biarkan aku sendirian. Berkatilah aku bersama pasanganku dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Allah.. jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah.. selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.. Lindungilah aku dari fitnah semasa hidup dan matiku serta fitnah Dajjal.

20. Ya Allah.. tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

21. Ya Allah.. berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

22. Ya Allah.. lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

23. Ya Allah.. berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

24. Ya Allah.. tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu dan selamatkan aku dari kemunafikan.

25. Ya Allah.. sembuhkanlah apa jua penyakit yang kami hidapi. Lindungilah kami dari jin dan syaitan..lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

26. Ya Allah.. ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

27. Ya Allah.. aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan kemenangan kepada Umat Islam ke atas musuh-musuh kami. Selamatkan kami semua dari kekufuran, sifat munafik, putus asa dan syirik kepada Mu.

28. Ya Allah.. berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat Subuh berjemaah setiap hari.

29. Ya Allah.. izinkan ibu bapaku, diriku dan pasanganku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh Mu.

30. Ya Allah.. angkatkanlah wabak COVID 19 di seluruh dunia..selamatkanlah kami darinya dan sembuhkanlah mereka yang telah dijangkiti.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. 

وَصَلَّى اللًَهْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللَّهِ رَبِّ الْعَالَمٍينَ.

Cerita lemuni



Panjang alkisah beli anak pokok lemuni. 

Beli on 28.6, pos keluaq by 29.6. Tapi baru dapat pd 7.7. Daun besaq pakat luruh abih. Tinggai pucuk kecik tu ja. 

Received order jgk kpd seller. Bkn salah dia, salah courier dan kebetulan ada kematian di pihak seller. Tak expect apa2 pun. 

Cuba siram pokok tu dan spray baja foliar kt pucuk yg tinggai. 

Tup2 on 9.7 dpt delivery pokok lemuni baru. Seller ganti.

AllahuAkbar.

Nikmat mana lagi yg kau nak dustakan?

Alhamdulillah.

Day 493 | 9 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 396 | PKP 2021 182

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Sunday, July 18, 2021

Mi Birthday


Today is my birthday. 

Geng peneman

Geng jalan kaki pagi2. Alhamdulillah rezeki dia dpt offer Form 6, Kolej Matrikulasi Selangor dan tengah tunggu offer UPU plak

Alhamdulillah. 

Day 492 | 8 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 395 | PKP 2021 181

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Saturday, July 17, 2021

Ngeee

Bahaya la kak Pee dan kak Zada ni. Promo beli 2 masks (subtle pink and mango yellow) at RM180 je. If not RM212. 

Free plak freebies yg kekecik tu. 

*Uninstalling kak Pee dan kak Zada ni. Ishhh

Hahaha

Day 491 | 7 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 394 | PKP 2021 180

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Friday, July 16, 2021

Care for your mental health

View time menunggu abang datang ambik. Kat klinik P9, ada appointment dgn K. 

Masa ni aku tgh duduk ataa seketul batu besaq yg sgt sesuai untuk diduduki. Hahaha. 

Sementara tunggu, kita snap subjek2 yg menarik perhatian saya la. 

Bunga kertas. Bougainvillea. 

Tak tau nama tp segar je. 

Pokok ni besaq la jugak. Dan x tau nama jugak. 

Day 490 | 6 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 393 | PKP 2021 179

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Thursday, July 15, 2021

Beautiful Kaabah

Cantik kan? Bila la nk gantung/hias cantik2 ni. 


Day 489 | 5 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 392 | PKP 2021 178

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021

Wednesday, July 14, 2021

Extender

My favourite mask extender. Heavily utilized. Sejak Mac 2020.

4 btg, RM2 kt Mr DIY D'Pulze. 

Hmmm apa la khabar dpulze, dah 2 bulan x pi sana.

Day 488 | 4 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 391 | PKP 2021 177

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021 

Tuesday, July 13, 2021

Lulian ooo lulian

Alhamdulillah, rezeki tahun ni dpt merasa durian Hulu Langat. Durian kampung dan durian kawen. 

Last year dah pernah beli dgn Rohani ni. Sedap. Durian dr dusun dia kt Hulu Langat. Tahun ni ternanti2 bila nk musim durian. 

Alhamdulillah. 

Pssstt.. Durian kg mmg panas. Hehehe

Day 487 | 3 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 390 | PKP 2021 176

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021 

Monday, July 12, 2021

Jaga mata

Banyak tgk hp kan? 

Day 486 | 2 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 389 | PKP 2021 175

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021 

Sunday, July 11, 2021

Tetapkan iman

Doa tetapkan hatiku di atas agama-Mu. 

Day 485 | 1 Zulhijjah 1442 H 
PKPPemulihan 388 | PKP 2021 174

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021 

Saturday, July 10, 2021

Will not lonely if...

Allah kan ada.... 

Day 484 | 29 Zulkaedah 1442 H 
PKPPemulihan 387 | PKP 2021 173

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021 

Friday, July 9, 2021

Nikmat kecantikan alam

Scenery masa pi brisk walk dgn Muiz ke tepi tasik. Kami pi pun weekend. Weekday, pi brisk walk area rumah ja. 

Simetri dak? 

MasyaAllah

Tabarakallah
MasyaAllah

Spesies petai. 

Tenang. 

Alhamdulillah. 

Day 483 | 28 Zulkaedah 1442 H 
PKPPemulihan 386 | PKP 2021 172

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 #new2021