Monday, July 19, 2021

Hari Arafah ~ 19 Julai 2021 / 9 Zulhijjah 1442 H





🕋 PERKONGSIAN DOA DI HARI 'ARAFAH:

HARI 'ARAFAH sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada ALLAH? Berikut adalah beberapa hajat yang anda boleh masukkan dalam senarai doa anda..Insya Allah:

1. Ya Allah.. kurniakanlah padaku kejayaan terbesar..selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus Mu.

2. Ya Allah.. masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman dan bertakwa..yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah.. kurniakanlah padaku kematian yang baik dan diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.

4. Ya Allah..masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah.. selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah.. satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Allah.. sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan segala perintah Mu.

8. Ya Allah.. terimalah amalanku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmat Mu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah.. apabila aku mati, biarlah jiwaku dan catatan amalanku menjadi amalan yang diterima oleh Mu.

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah.. masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Mu.

12. Ya Allah.. tingkatkan keyakinan dan tawakkalku pada Mu.
Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah.. tingkatkanlah kecintaanku hanya untuk Mu Ya ALLAH dan utusan Mu Nabi Muhammad SAW. 

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu. 

15. Ya Allah.. berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaan Mu.

16. Ya Allah.. sucikan niatku hanya untuk Mu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit akan nikmat Mu.

17. Ya Allah.. jangan biarkan aku sendirian. Berkatilah aku bersama pasanganku dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Allah.. jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah.. selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.. Lindungilah aku dari fitnah semasa hidup dan matiku serta fitnah Dajjal.

20. Ya Allah.. tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

21. Ya Allah.. berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

22. Ya Allah.. lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

23. Ya Allah.. berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

24. Ya Allah.. tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu dan selamatkan aku dari kemunafikan.

25. Ya Allah.. sembuhkanlah apa jua penyakit yang kami hidapi. Lindungilah kami dari jin dan syaitan..lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

26. Ya Allah.. ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

27. Ya Allah.. aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan kemenangan kepada Umat Islam ke atas musuh-musuh kami. Selamatkan kami semua dari kekufuran, sifat munafik, putus asa dan syirik kepada Mu.

28. Ya Allah.. berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat Subuh berjemaah setiap hari.

29. Ya Allah.. izinkan ibu bapaku, diriku dan pasanganku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh Mu.

30. Ya Allah.. angkatkanlah wabak COVID 19 di seluruh dunia..selamatkanlah kami darinya dan sembuhkanlah mereka yang telah dijangkiti.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. 

وَصَلَّى اللًَهْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللَّهِ رَبِّ الْعَالَمٍينَ.

No comments: