This is me. Almost 1 year young kot?
Lokasi di depan tangga batu rumah Pak Chak dan Mak Chak. Bapak sedara aku yang paling sulung. Arwah abah ada 3 beradik dari keluarga yang besar. Berdasarkan cerita abah dulu, almost 10 orang adik beradik abah tapi kebanyakan meninggal semasa kecik. Yang tinggal hanya 3 beradik saja.
Pak Chak (arwah) abang sulung yang diberi nama Ahmad bin Ismail.
Pak Ngah (arwah) abang kedua abah yang namanya Hassan Che Meh.
Dan abah nama Abdullah Che Meh yang paling bongsu.
Yang pasti, ketiga-tiga ni adik beradik dari satu bapak dan satu mak. Walaupun nama pak chak berbin kan Ismail. Hehehe
Aku sayang bapak-bapak sedara aku ni. Abah meninggal dunia pada 29 Mei 2008. Jadi kepada depa lah aku menumpang kasih.
Pak Ngah meninggal dunia pada tahun 2013. Pak Chak meninggal dunia dalam tahun 2016. Arwah mak chak pula meninggal dunia pada Nov 2018... Sama tahun dgn abah. Abah bercerita yg mak chak banyak membantu besarkan abah. Sebab waktu abah dilahirkan, pak chak baru berkahwin dgn mak chak.
Aku tak ingat wajah arwah tok sebelah abah. Mak abah, tok Samsiah. Yang tau pun melalui gambar. Tok Samsiah meninggal masa adik aku Zila berusia setahun rasanya.
Kami duduk dgn tok Samsiah, sebelah rumah pak chak. Sebelah ja dgn gambar di atas. Sampai la kami kena pindah sebab tanah tu di ambil sbb pemaju nak majukan tanah tu. Lama kami tinggal di rumah pusaka tu. Aku kenduri kahwin dan sempat berpantang di situ.
Ish... Rindu dengan Penang. Rindu dengan mak.
Mak asal dari Tikam Batu, Kedah. Keluarga mak agak besar. Ada Wa jantan, pak ngah Johor, mak Lang, pak njang Kluang, mak, Tam, pak njang kedah, pak cik Ya, chik Bedah dan Pak Su. Yang merantau keluar Kedah adalah pak ngah, pak njang Kluang, pak cik Ya dan mak. Tok meninggal masa tahun 2005, tok wan meninggal sebulan sebelum abah, pak ngah Johor meninggal seminggu selepas abah. Pak su plak meninggal tahun 2001.
Allahuakbar...
Bila PKP, baru terasa nikmat2 yang kita terlupa utk bersyukur.
- nikmat balik kampung walaupun jem
- nikmat tengok wajah mak, keluarga, saudara mara, rakan taulan
- nikmat udara yang kurang pencemaran
Day 24
PKP
No comments:
Post a Comment