Thursday, April 9, 2020

Hadiah dari mak saya


Buku ini hadiah dari mak, 9 tahun lepas. Aku hargai sangat2 buku ni. 

Kenapa aku sayang sangat dengan buku ni?

Selain daripada banyak ilmu solat, ibadat yang ringkas dan mudah. Dr bacaan sebelum bacaan Yassin, bacaan selepas bacaan Yassin, doa yassin, tahlil lengkap, tahlil ringkas, bacaan zikir selepas solat, solat2 sunat rawatib, solat istikharah, solat hajat, solat tasbih dan lain-lain.

Ada kisah di sebalik buku ni. Masa bawak mak ke MPH Alamanda, ada dua je buku ni. Mak beli untuk aku dan untuk mak. Aku minta mak tulis nama aku, tarikh dan tandatangan mak. 

Kisahnya bermula seblm mak beli buku ni. 

Tahun 2011 adalah tahun mencabar kepada aku dari segi emosi dan mental. Banyak perkara berlaku dalam masa yang pendek yang menyebabkan aku diserang anxiety attack. Aku terjaga tengah malam dan terus menangis sampai ke pagi, hampir setiap hari. Aku pernah rasa jantung berdegup laju macam sakit dada. Sampai aku sendiri minta hantar ke ER. 

Hari-hari aku menangis dan telefon mak. Menjelang hari ketiga aku telefon mak, mak cakap... Mak pi Putrajaya, mak nak tengok hang...

Allahuakbar, kasih dan sense seorang ibu. Bila anaknya dalam kesusahan, keresahan, ketakutan. 

Alhamdulillah, nasihat dan sokongan mak.. Pandangan mak banyak membantu... 
- banyakkan solat taubat
- jaga solat 5 waktu
- banyak baca al quran
- baca Al Mathurat pagi dan petang
- banyak berzikir
- stop overthinking
- stop being perfectionist, we are human. Memang x sempurna
- stop care about what people think about you

Alhamdulillah, bertitik tolak dari sejarah ini, aku berusaha memperbaiki diri. 

Alhamdulillah, kasih sayang mak, suami, adik2 dan anak2 memberi aku kekuatan. 

Terima kasih ya Allah atas jentikan ini. 
Terima kasih ya Allah atas kasih sayang dan rahmahMu. 

Day 23 | 9.4.2020
PKP


No comments: