Monday, April 13, 2020

Ikhtiar

Keperluan harian seisi keluarga. 

Jenama yang digemari. Kaplet yang kecil,  mudah ditelan. Sesiapa yang kenal saya terutama ahli keluarga tahu betapa "aksinya" saya nak makan ubat/ suplemen.

Harga mampu milik. Kita ikhtiar. Oh... Sukar dibeli kecuali farmasi Caring. Dan juga suplemen minyak ikan jenama FISOL3. Tinggi nilai EPA dan DHA. Jenama Pristin jugak ok.

Pengajaran sebelum PKP ttg softgel. Sumber softgel bovine bukan bermakna halal ya. Kecuali ada beberapa jenama suplemen yang ditulis halal walaupun sumber softgel adalah bovine.

Terpaksa jual lebih murah fish oil yang dibeli kerana terlupa melihat sumber softgel. Terlalu teruja melihat nilai EPA dan DHA pada fish oil jenama tersebut dan ada SALE. Kononnya mencari value for money... Allahuakbar...

Day 27
#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020

Sunday, April 12, 2020

Nyah kuman

Semalam diberi peluang jadi Ketua Keluarga Interim sekejap. Ke Jaya Grocer Cyberjaya. 

Alhamdulillah keluar selepas Zohor, ada Sekatan Jalan Raya (SJR). Dah siap sedia dengan bil elektrik, nota "maaf, tingkap rosak, kunci pintu rosak" sekiranya SJR di sebelah penumpang. Dan SJR berlangsung di sebelah penumpang (^_^). Tingkap dibuka kecil sahaja kerana khuatir tak boleh tutup semula. Bertanya dan dibalas jawapan dengan Encik Polis melalui tingkap berkeluasan kecil itu. Siap dengan pesanan, "puan balik rumah terus selepas selesai ya". Baikkkk.... 

Tiba di lokasi belian, check temperature, diserahkan disposable gloves, disinfectant sprayed at trolley bar and of to go for a little treasure hunt.

Alhamdulillah kebanyakan barang ada. Ada insan-insan yang baik hati tolong bukakan plastik utk bawang besar, bawang putih, cabai hidup dan cabai muda.

Singgah di farmasi membeli pencuci muka dan juga N95. Setelah selesai, tiba-tiba teringat pesanan Encik Polis. Baliklah. 

Antibacterial wipes pada handphone, kunci kereta. Hand sanitizer digunakan. 

Alhamdulillah, selesai tugas Ketua Keluarga Interim. Lihat resit farmasi, short charged untuk satu topeng N95. Call dan transfer baki bayaran kepada store manager farmasi. Amanah dan jujur tu perlu dijaga. 

Terima kasih kemudahan online banking. Kalau tidak terpaksa berjumpa Encik Polis lagi.... (^_^) 

Day 26
#pkp2020 #stayathome #stayhealthy #kitajagakita 

Saturday, April 11, 2020

Kita cuba

Musim PKP ni, mula la rasa nk tanam sayur-sayuran. Mula nak membela anak ayam. 

Jadi kita cuba... Dah tanam dah dlm pasu tu. Pencungkil gigi? Bertujuan nk elakkan kucing korek dan melabur di sini. 

Tanaman apa tu? Dah naik anak pokok baru dimaklumkan... Insya Allah tumbuh... (^_^) 

Ya, PKP disambung lagi. 15 - 28 April 2020.

Day 25

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita

Friday, April 10, 2020

Basikal Roda 3

This is me. Almost 1 year young kot?

Lokasi di depan tangga batu rumah Pak Chak dan Mak Chak. Bapak sedara aku yang paling sulung. Arwah abah ada 3 beradik dari keluarga yang besar. Berdasarkan cerita abah dulu, almost 10 orang adik beradik abah tapi kebanyakan meninggal semasa kecik. Yang tinggal hanya 3 beradik saja. 

Pak Chak (arwah) abang sulung yang diberi nama Ahmad bin Ismail.
Pak Ngah (arwah) abang kedua abah yang namanya Hassan Che Meh.
Dan abah nama Abdullah Che Meh yang paling bongsu. 

Yang pasti, ketiga-tiga ni adik beradik dari satu bapak dan satu mak. Walaupun nama pak chak berbin kan Ismail. Hehehe

Aku sayang bapak-bapak sedara aku ni. Abah meninggal dunia pada 29 Mei 2008. Jadi kepada depa lah aku menumpang kasih. 

Pak Ngah meninggal dunia pada tahun 2013. Pak Chak meninggal dunia dalam tahun 2016. Arwah mak chak pula meninggal dunia pada Nov 2018... Sama tahun dgn abah. Abah bercerita yg mak chak banyak membantu besarkan abah. Sebab waktu abah dilahirkan, pak chak baru berkahwin dgn mak chak. 

Aku tak ingat wajah arwah tok sebelah abah. Mak abah, tok Samsiah. Yang tau pun melalui gambar. Tok Samsiah meninggal masa adik aku Zila berusia setahun rasanya. 

Kami duduk dgn tok Samsiah, sebelah rumah pak chak. Sebelah ja dgn gambar di atas. Sampai la kami kena pindah sebab tanah tu di ambil sbb pemaju nak majukan tanah tu. Lama kami tinggal di rumah pusaka tu. Aku kenduri kahwin dan sempat berpantang di situ. 

Ish... Rindu dengan Penang. Rindu dengan mak. 

Mak asal dari Tikam Batu, Kedah. Keluarga mak agak besar. Ada Wa jantan, pak ngah Johor, mak Lang, pak njang Kluang, mak, Tam, pak njang kedah, pak cik Ya, chik Bedah dan Pak Su. Yang merantau keluar Kedah adalah pak ngah, pak njang Kluang, pak cik Ya dan mak. Tok meninggal masa tahun 2005, tok wan meninggal sebulan sebelum abah, pak ngah Johor meninggal seminggu selepas abah. Pak su plak meninggal tahun 2001.

Allahuakbar... 

Bila PKP, baru terasa nikmat2 yang kita terlupa utk bersyukur. 

- nikmat balik kampung walaupun jem
- nikmat tengok wajah mak, keluarga, saudara mara, rakan taulan
- nikmat udara yang kurang pencemaran

Day 24
PKP 

Thursday, April 9, 2020

Hadiah dari mak saya


Buku ini hadiah dari mak, 9 tahun lepas. Aku hargai sangat2 buku ni. 

Kenapa aku sayang sangat dengan buku ni?

Selain daripada banyak ilmu solat, ibadat yang ringkas dan mudah. Dr bacaan sebelum bacaan Yassin, bacaan selepas bacaan Yassin, doa yassin, tahlil lengkap, tahlil ringkas, bacaan zikir selepas solat, solat2 sunat rawatib, solat istikharah, solat hajat, solat tasbih dan lain-lain.

Ada kisah di sebalik buku ni. Masa bawak mak ke MPH Alamanda, ada dua je buku ni. Mak beli untuk aku dan untuk mak. Aku minta mak tulis nama aku, tarikh dan tandatangan mak. 

Kisahnya bermula seblm mak beli buku ni. 

Tahun 2011 adalah tahun mencabar kepada aku dari segi emosi dan mental. Banyak perkara berlaku dalam masa yang pendek yang menyebabkan aku diserang anxiety attack. Aku terjaga tengah malam dan terus menangis sampai ke pagi, hampir setiap hari. Aku pernah rasa jantung berdegup laju macam sakit dada. Sampai aku sendiri minta hantar ke ER. 

Hari-hari aku menangis dan telefon mak. Menjelang hari ketiga aku telefon mak, mak cakap... Mak pi Putrajaya, mak nak tengok hang...

Allahuakbar, kasih dan sense seorang ibu. Bila anaknya dalam kesusahan, keresahan, ketakutan. 

Alhamdulillah, nasihat dan sokongan mak.. Pandangan mak banyak membantu... 
- banyakkan solat taubat
- jaga solat 5 waktu
- banyak baca al quran
- baca Al Mathurat pagi dan petang
- banyak berzikir
- stop overthinking
- stop being perfectionist, we are human. Memang x sempurna
- stop care about what people think about you

Alhamdulillah, bertitik tolak dari sejarah ini, aku berusaha memperbaiki diri. 

Alhamdulillah, kasih sayang mak, suami, adik2 dan anak2 memberi aku kekuatan. 

Terima kasih ya Allah atas jentikan ini. 
Terima kasih ya Allah atas kasih sayang dan rahmahMu. 

Day 23 | 9.4.2020
PKP


Wednesday, April 8, 2020

Keperluan bersyukur

Assalamualaikum,

This is the back view of my humble abode. Rumah kuarters kerajaan. Alhamdulillah 

Rumah ni kecil sahaja tapi mencukupi dan selesa bagi kami sekeluarga. 

Alhamdulillah di atas rezeki yg Allah Taala bagi in 2003. Rezeki yang diterima setelah pregnant kali kedua. First pregnancy, aku keguguran. Ada hikmahNya.

Day 22 of Perintah Kawalan Pergerakan. Yup... Dah 22 hari...

Kita sentiasa berdoa kita agar dapat diputuskan rantaian ancaman Covid-19...

Untuk segera kembali kepada kehidupan sebelum ini.... Insya-Allah...

Hari ini 15 Syaaban, 2 minggu lagi kita akan menyambut bulan barakah, bulan Ramadhan. 

Ya Allah, berilah kami peluang untuk pulang berhari raya bersama keluarga. Aku rindu dgn mak, nak tengok wajah mak, nak dengar suara mak, nak dekat dengan mak... Kami rindu nak ziarah mama, ibu mertuaku...

Ya Allah, dengarlah rintihan dan doa kami. Makbulkanlah doa kami... 

Pagi ni, aku ambil peluang sekejap berjalan di lorong belakang rumah. 

Ini view dr hujung jalan belakang. 

Ini view ke jalan besar. 
Ini pulak view dr hujung sana plak
ini pulak view rumah jiran dan rumah kami.

Ya Allah, bantulah kami. 

Day 22
#stayathome #staysafe #kitajagakita