Sunday, August 1, 2010

And now ... Shape Night Run 2010

The long story.



31 Julai 2010 - Sabtu, Perbadanan Putrajaya, jam 6.30 petang.


Setelah sekian lama berdebar menanti hari larian ni, alhamdulillah sampai jugak harinya. Muiz dan faiz, kami minta tolong kak safiah jaga sementara kami berlari. Dlm pkl 4 ptg, hubby baru teringat nak beli track bottom kat alamanda. Dlm pkl 5.30 ptg baru hubby balik dgn track bottom 2 helai dan GCB. Dah selesai makan dan tukar baju, dlm pukul 6.15 ptg baru hantar muiz dan faiz.


Pastu kami parking di Perbadanan Putrajaya (basement). Tak ramai yang tau parking kat sini. Siap pakai ankle guard dan stokin, kasut semua, kami pun melawat ke tapak event.




Kandang/pit untuk fun run (F). Ada dua pit, pit utk competitive race (A, B, C, D, E) kat sebelah kiri jalan, utk fun run sebelah kanan jalan.




Fun run color purple.




Hubby tak tukar baju lagi time, masa nie ramai yg sampai dan melawat gerai2 yg ada. Sambil tu ada event kat pentas (depan mahkamah keadilan), ada pole dancing, cheer leading yg diemcee oleh ferhad, jay menon dan shan. Gambar diorg kt bwh nie.




Kitaorg lepak2 kt padang sementara tunggu warming up session. Dlm pukul 7, diaorg start warming up yg dilead oleh fitness instructor dari True Fitness.




Korang nampak aku yg mana satu? Hehehehe. Hubby siap nak cramp kaki. Habis warming up, azan pun berkemundang. Ramai yg berebut ke Masjid Besi.




Npk amoi depan tu, cuba korang byg kalau aku yg pakai?!

Anyway, dlm pkl 8 mlm, flag-off utk competitive run. Nasib baik utk fun run pkl 8.30 mlm.




Hubby - F7520

Aku - F7515. Poyo kan?!




Haaa ini dia rupa dalam pit masa tunggu nk flag-off hehehe.




Masa nie, ramai yg dh overtake kami. Mana taknya, lari x sampai 3 minit, lepas tu kami brisk walk. Dr tpt start sampai jambatan picc tu relax lagi. Masa nk naik jambatan tu, ambik ko. Penat giler. Ramai yg tipu potong jalan. Hahahaha. Aim kami utk habiskan route even though jalan ja. Meh tgk gambar kt jambatan picc.




Partner in crime, hubby. =D


Aku la. Npk couple belakang tu?




Dh potong kami. Masa ni kami last sekali. Muahahaha. Siap ada ambulan ikut belakang kami. Hahahaha.

Jalan depan sikit, ada tpt minum air. Diaorg siap cheer up kami lagi walaupun yg last. Sampai kt traffic light dpn picc, kena u-turn. Masa nie la brother yg potong siap cakap, "takpa kita tak main tipu" hehehehe

So, masa patah balik kt jambatan tu mmg dh letih. Kalau stop berehat, confirm susah nak start balik. Aku siap ckp kt hubby suruh jln pelan2. Ye la, satu langkah dia, mau 2 langkah aku.

Masa nie, ada motor plak ikut kami. Kami ckp tak pa la, pi la jln dulu. Tapi brother nie ckp, tak boleh sbb dia kena follow LAST runner! Hahahahaha confirm last runner. Hehehhe

Kami pun jalan la pelan2. Hubby dh nk cramp kaki. Aku plak dh lemah lutut hehehe. Dalam hati dok cakap, sikit lagi, sikit lagi. Semangat mau kuat weh.




Dh nak sampai tu, npk motor kt depan tu? Itu la motor yg follow kami. Siap horn lagi suruh bagi laluan kt kami. Pergh last runner mau sampai.




Sempat posing lagi masa nk sampai tu hehehehe. Kenangan weh.

Anyway, masa sampai tu. Kecoh jugak sebab ada yg cari last runner. Brother motor siap cakap, "ini dia last runner". Hehehhee Sijil diberi hanya kepada yg complete route. Lepas bg sijil lt kami, depa pun tolak troli balik. Hehehhehe




Ada yg volunteer ambik gambar kami. Mesti dia dgr kami last runner. =D

Alhamdullillah. Kami berjaya tamatkan route 5 km dalam masa 1 jam 20 minit!!! Dengan berjalan.

Tahun depan nak masuk lagi. Kak ina (my cousin) siap minta inform kat dia sama. Dia pun mau join.

Aktiviti lepas tu, aku citer next post la. Penat la menaip ni.

~ Sent from my iPhone ~

4 comments:

Anonymous said...

Shape Night Run (Walk) 2010 - partner in crime -

1na said...

Hehehehe abang

Walk pun walk la kan?! We had a blast time kan?!

:x

LeezaNM said...

walau pun last runner...aku bangga ngan ko kawan...lepas ni join lagi event2 mcm ni k...baik utk kesihatan ok....cayalah dgn ko...at least ko tamatkan larian tu...

1na said...

La Leeza,

Baru perasan komen hang.

Org lain gebang pasai tak jadi last runner..

aku jer yg kecoh lebih hahahahahaah