Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan : Diari 1 Ramadhan


Alhamdullillah dipanjangkan lagi usia kita untuk bertemu lagi bulan Ramadhan tahun nie. Semoga kita dapat mengambil kesempatan ini untuk merebut/mengumpul pahala sepanjang bulan puasa ini dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Amin


Petang semalam kami sekeluarga ke kedai pomen kat Balakong sebab nak ambik kereta FIL yang rosak (timing belt putus, apabendanamanya patah) dah siap dibaiki. Pergh dugaan betul, terbang 1+++ ko. Kereta FIL aku nie, adik ipar aku yg pakai di Melaka. Tapi dia bagi kawan dia pinjam untuk balik dari Melaka ke Slim River dan rosak di PLUS Highway area UPM. Mana aku tak berasap... Husband cakap yang FIL aku lagi berasap hahahaha. Soo, adik ipar aku kena tadah telinga la hujung minggu masa balik Slim. Yg pastinya kawan dia kena bayaq la kos repair tu... Boleh buat duit belanja raya tu weh.... hahahaha

Dasar kak ipar kedekut aku nie hahahaha

Sambung citer balik. Dari Balakong aku bawak kereta dgn anak2 dan Husband bawak kereta FIL la. Berdebar aku bawak... Slow jer. Sampai rumah, lepas solat, aku dok sibuk kupas bawang siap2 tu, Husband ajak sembahyang Terawih kat Masjid Besi. Aku ok jer sebab anak2 hero tu semua ikut ayah dia... hahahaha

Gambar semua digoogled yer. Cantik2 kan gambar depa ambik nie. Kalau aku boleh ambik gambaq cun melecun, confirm tukaq kerja jadi photographer hehehehee


Ramai betul kaum wanita sembahyang kat sini, sampai ke lantai marmar lagi. Sedap suara imam solat Terawih dari Syria. Imam besar buat pengumuman bahawa ada nursery disediakan di tingkat atas (ada guard jaga) bagi memberi keselesaan jemaah untuk solat. Kemudahan nie memang bagus sebab tak la mak pak risau pasai anak2. Ishhh ye la, anak2 aku diuruskan oleh Husband. So jaga diri sendiri je la.

Kita layan gambar masjid besi, ok.



Sahur pagi tadi, aku masak telur sos (ker sos telur) dimakan bersama rendang daging yang diberi oleh kak safiah dan air milo O. Simple wei. hahahahaha Alhamdulillah muiz mau bangun sahur hari ini. Doa aku dia senang nak bangun sahur dan dapat berpuasa penuh hehehehe

Emmmm..... Persoalan besar aku nie
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nak masak apa yer bukak posa hari nie?

No comments: