So, semalam masa dok tunggu nak berbuka puasa tu, Muiz cakap ada kerja sekolah - Muzik. Rupanya dia kena menulis lirik lagu raya. Kononnya nak membantu la... mak dia siap menyanyi lagi. Tapi abis jer satu rangkap... aku dah lupa....
Hah sudah. Apa lagi... pakcik Google membantu... Gambaq dan lirik dari Internet yer.
Suasana Di Hari Raya
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Korang dah start dah pikir nak masak apa pagi raya nnt? Kawan aku sorang tu kata nak masak nasi minyak dengan ayam masak merah. Aku? tak tau lagi tapi mesti ada yg kat bawah nie
Orang Utara la katakan =D
3 comments:
terliooooqqqq ooo tengok ketupat palaih tu.... nakkkkk
amboi..!!
bukan main lagi, siap nyanyi. rasanya mak muiz yg lebih nie...hehehe
Kak Pnut,
Boleh... Turun penang la raya nanti. Tapi mak saya la yg buat. Saya bukannya gheti. hehehehehe
Ina,
Mesti la mak dia yg over... hahahahaha. Macam hang la jugak... Over....
Post a Comment