Sunday, May 3, 2020

Akak

Khamis lepas, balik dari pejabat terus ke Dpulze. Beli baranh dapur sikit. Selesai pun dah pukul 2 lebih.

Ke Nandos, redeem 1/2 ekor ayam. Tambah 1/2 ekor ayam lagi, tambah char grilled vege dan sweet potato perinaise.

Alhamdulillah. Masa tunggu tempahan siap, dengar la staff Nandos panggil order dah siap untuk delivery by Grab atau Food Panda. "Order number 65710, order number 76186". 

Tetiba untuk tempahan kami, "order untuk AKAK dah siap".

Balik rumah, tengok resit. Ehhh... Rupanya memang tertulis AKAK di situ... 

Day 47 | Puasa hari ke 10

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

No comments: