Muqaddam.
Zaman dulu belajar mengaji mula dengan Muqaddam ni.
Kenal huruf Alif, ba, ta sampai ya. Dalam Muqaddam ni ada surah-surah Juz Amma juga. Khatam Muqaddam ni boleh naik Quran besar.
Mengaji Quran dulu, mak hantar ke rumah arwah Mak Bee. Balik sekolah, mandi, makan...
Dalam pukul 2 petang, pakai skaf mak, bawah beg bawah ketiak, menapak ke rumah Mak Bee. Hari-hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Alhamdullillah aku dan adik Zila khatam Quran darjah 6. Adik lelaki, si Suhaimi, khatam masa tingkatan 1.
Zaman anak-anak, guna kaedah Qiraati. Terus kepada bunyi bukan kenal huruf alif ba ta...
Aa ba ta...
Aku tak leh ajar. Cepat naik angin. Memang kena hantar kepada tok guru yang sesuai di zaman depa.
Menumpang mengaji di rumah kak Asiah di Presint 9. Seminggu 2 kali. Muiz khatam darjah 6, Faiz khatam tingkatan satu. Masing-masing mula mengaji umur 6 tahun.
Alhamdulillah.
Day 51 | Puasa hari ke 14
#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020
No comments:
Post a Comment