CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak



Sedar tak sedar dah setahun dah kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri lepas. Alhamdullillah bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan tahun ini. Banyak yang berlaku dalam tempoh setahun nie...

1. 3 hari sebelum puasa tahun lepas, saya kena selesema. teruk jugak. sy makan madu lebah, nak cairkan kahak. tetiba jer masa sehari sebelum puasa, ada bunyi berdesing (macam dalam hutan) dalam telinga kiri saya. Kuat bunyi sampai menganggu aktiviti/kerja saya. Perasaan sy, hati saya masa tu, terlalu takut. Takut akan penyakit yg ada dan yg paling takut bahawa masa sy dah tiba utk bertemu dgnNya. Sy jadi depressed sgt. kerja tak leh buat, asyik memikirkan bunyi di telinga. Ke klinik, dr cakap ear drum sy merah, tanda infection, sebab selesema. mkn ubat dan antibiotik, still tak ok. ke klinik sekali lagi sebelum balik ke Slim river utk berbuka, ambik ubat titis telinga, still tak ok. telinga jadi hilang bergaung, mcm air masuk. Balik slim, ke klinik sekali lagi. Dr cakap ada sangkut paut dgn resdung and advised me not to think about it so much, sibuk kan diri. Dr refer ke pakar ENT Hosp Putrajaya. Dptkan appt pada bulan 11. masih lagi dalam follow-up. Until now, bunyi tu masih ada but sy dah belajar untuk ignorekannya and kurang kan seafood and kafein (tea, coffee, carbonated drink). kalau sy makan/minum jer, bunyi tu kuat balik. Medical term dipanggil Tinnitus (?sp).

2. Sy risau dgn perkembangan pertuturan anak sulung saya, Muiz. Dia macam lambat bercakap walaupun umur dah hampir 4 tahun. Sampaikan everytime jumpa dr utk check sebab batuk atau apa2 pun, saya mesti tanya kenapa anak sy lambat bercakap. He can talk tp dpt hujung2 jer and when he combine words to make a sentence, i cuma paham hujung2 jer. Sy takut nanti bila hantar ke tadika (next year) and people cannot make up his words, he'll be disappointed. I ada jumpa dr pakar kanak2 and he encourage us (the parent) to concentrate kepada satu bahasa eg BM and byk bercakap dgn dia. And that's why i personally email kak OO for any advise. And thanks to u, kak OO. Sy tgh nak kuatkan lagi his motor skills.

3. Anak sy yg kedua, si faiz kena ambik nebeulizer on second day of his first birthday. Balik dari hospital, i buang terus sebarang carpet, soft toy etc. No more belai2 kucing and no more berendam dalam kolam. Batuk sikit, terus ambik ubat. Faiz tak tahan sejuk. And of course, on 2nd April 2007, Faiz kena fit and warded selama 5 hari di Hosp Putrajaya. Hanya Allah SWT yang tahu perasaan i masa nie. Si adik masuk wad dan dicucuk pada kaki dan tangan, si abang plak demam tak kebah2. alhamdullillah dua2 sihat sekarang.

4. Perasaan dan pemahaman sy ttg marriage bercelaru. bila sy letih berkerja, kerja rumah pulak banyak, masa tu i always blame my husband for not helping. My hubby masa tu baru start kerja 3 shift. our communications masa tu memang sentiasa berbalah. i've been really selfish, thingking about me always. Pernah satu masa i rasa buat apa kahwin kalau semuanya i kena buat. Actually he did and always help me, its that i don't realize it. Bila i baca buku ttg marriage, then i realize, i kena buang segala ego, feminisime dalam diri. i kena sacrifice utk perkahwinan. i kena bijaksana guna cara lain utk menawan hati my hubby and to get what i want. Marriage is about love and sacrifice. Alhamdullillah, sekarang i dan hubby dah OK. we learn to give and take.

5. Ttg hidup dan mati. Banyak pengajaran dan peringatan yang saya terima. Terutamanya selepas kematian arwah tok (nenek) saya, kematian 2 sepupu (adik dan abang) husband sy (kerana diabetes menyerang jantung). Ttg rakan sy yg mengalami masalah buang pinggang hingga perlu mencari donor pada usia 30an. menyedarkan sy ttg pentingnya menjaga kesihatan. Peranan sy menjaga kesihatan keluarga saya. Masih belum terlambat bagi saya mengambil langkah menjaga kesihatan.

Bg sy, ini semua dugaanNya bagi menyedarkan supaya kembali ke jalanNya. Alhamdullillah, menjelang umur saya 30 tahun, saya semakin matang dan sedar bahawa hidup ini hanyalah sementara sahaja. Sy kena buat bekalan untuk alam barzakh kelak. Dunia dan akhirat kena seimbang. Sederhana dalam segalanya.

Sy bersyukur kerana dipertemukan sekali lagi dgn bulan Ramadhan ini. Saya mohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan, persahabatan di alam siber dan di alam nyata, ada terkasar bahasa, tertinggi suara, terguris di hati. Saya mohon ampun dan maaf ikhlas dari hati saya...

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak"