CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-53

emilayusof


Monday, August 30, 2010

Dan pemenangnya ialah

Ieyna dari Destinasi cintaku. Jawapan dia Lori Sampah

Hehehehehe

Ntah hapa2 aku kan?

So ina menang nie.




Pewangi lavendar. Boleh letak dlm bantal supaya wangi jer. Wangian lavendar nie dari segi aromaterapi ialah menenangkan. So ina, boleh la tenangkan diri hehehe



Yg kecik punya boleh boh dlm handbag. Harum jer.

Aku rembat dari Lovely Lace hehehehe

Terima kasih yer kepada adik aku dan Yan kerana sudi masuk giveaway aku baru test nie hahahaha

-: Cetusan rasa, nukilan hati :-

100th post for this year only - Part 1

Minggu lepas kami balik berbuka di Slim. Dah 3 kali weekend baru berkesempatan balik Slim. Balik lepas muiz mengaji.

Hari ahad plak, hubby dan anak2 pi potong rambut kat kedai cina di pekan. Masa otw balik nak mandi, hubby tanya nak pi mana lagi. Hmmmm....

So, lepas mandi bagai, kami pun bergerak ke sini.





Baru nak start jalan nie.... Tegak jer leher muiz nak tengok depan




Faiz duduk kat belakang senyap jer... aku dah suspen dah... tapi semua dah standby..




Baru suku perjalanan kot....






Eeeee..... dah nak sampai dah nie....





Laju jer hubby lepas berjaya memotong lori hehehehhe... Bila dah nak sampai tu, last minute, kami detour kat simpang nie....

Sebab...  nak tengok tempat nie... masa nie dah gerimis ....


Haaa... clear sikit gambaq sebab bukak tingkap hehehehe




Nie masa dah sampai kat atas tu... ambik gambaq sikit.... hijau jer kan. Masa keluaq kereta... haaa ambik ko... sejuk betui... hubby dan anak2 pakai t-shirt jer... konon tak sejuk sangat, nyesal tak bawak baju lengan panjang




Ni jalan ke dalam yang menuju ke mana tak tau ....




Singgah la kat tempat dia jual teh.. borong la sikit ... buat kenangan. Masa nak balik ambik gambaq bunga yang ada...



Pokok apa tak tau... Snap jer la




Haaaa.... ini dia Boh Plantation 'Ummmph Shop' hehehehe. Best kat sini. signboard kat simpang tulis 5km jer. tapi masuk punya la jauh hahahaha. tapi berbaloi-baloi...




Ni gambar ladang teh Bharat Plantation 'Cameron Valley'..





Sejuk mata memandang dan sejuk juga badan merasa haahhaha... kami bukan tingkap kereta jer... tak yah air-cond... Brrrrr




Aik... jauh KL nie




Sejukk...



Sejuk lagi....




Nanti aku sambung lagi...

Pssst... pemenang dah ada... cuma tak post dalam blog lagi...

-: Cetusan rasa, nukilan hati :-

Tuesday, August 24, 2010

Hari ni...

Masak sambal tumis. Udang petai, bawal masak sos dan teh tarik.






Kuih? Hari nie beli jer






Blog? 2-3 hari nie tak dak idea daaa







Gambaq? Tepek gambaq nie je lah





Teka-teki? Cuba korang teka, apa benda nie?




Sapa teka betui, confirm memang aku bagi hadiah/gift. Betui, tak tipu. Sifat pemurah tengah banyak nie.

Cepat teka, aku tutup teka-teki nie ptg esok, jam 4.30 pm, 25/8/2010.


Klu? Anak aku suka dgn benda nie


-: Cetusan rasa, nukilan hati :-

Saturday, August 21, 2010

Cerita hari nie

Pagi nie aku rajin terlebih. Siap potong kain dan jahit seluar tiduq utk muiz & faiz. Testing la.

Start gunting pukui 9.30 pg. Depa x mandi lagi. Pkl 10.30 pg, depa mandi.




Muiz pi mengaji, tinggal la adik dgn aku. Dia x mau pakai seluaq sbb tunggu aku jahit seluaq dia. Setiap 30 minit, adik tanya aku, "mak dah siap ka?". Adoi adik oii, mak hg nie amatur lagi. Itu yg terhegeh2.

Dlm nk siap tu, sat benang tercabut la, benang bawah x naik la. Ish macam2.




Anyway ini hasilnya seluaq adik. Lepas tu jahit seluaq muiz plak. Hahahaha cawat dia terpendek plak. Husband ckp x pa la. Baru cuba ;-D



Ini la hasilnya.




Petang plak, aku start masak utk buka. Nasi tomato, ayam masak ros dan kuih cara (pakai acuan ina yg aku pinjam tu).

Comel2 ja. Dapat la 30 set.




Resepi mak wana ye :

2 cwn tepung gandum
1-2 cawan santan (agak2 nnt)
1 biji telur
1/2 cwn air pandan (3 helai daun pandan)
Garam sikit
Minyak sikit (masuk dlm adunan)
Gula

Cara-cara :

Masuk garam dlm tepung. Masuk air pandan dan santan. Bancuh jgn bagi cair sgt. Masuk telur. Kacau. Masukkan adunan dlm blender. Tambah minyak sikit. Blend.

Panaskan acuan. Acuan nie kena lapik dgn dawai mata punai supaya acuan rata dan api x dekat sgt. Api perlahan ja.

Dah panas, lap lubang acuan dgn daun pandan yg dicelup dlm minyak. Sendukkan adunan. Pastu masukkan gula pakai sudu kecil. Tutup dgn tudung periuk. Dlm 2 minit, tgk dah masak dan cungkil/ceduk dgn sudu.

Ulang balik ye.

Selamat berbuka =P

-: Cetusan rasa, nukilan hati :-

Thursday, August 19, 2010

Kerja sekolah Muiz

So, semalam masa dok tunggu nak berbuka puasa tu, Muiz cakap ada kerja sekolah - Muzik. Rupanya dia kena menulis lirik lagu raya. Kononnya nak membantu la... mak dia siap menyanyi lagi. Tapi abis jer satu rangkap... aku dah lupa....

Hah sudah. Apa lagi... pakcik Google membantu... Gambaq dan lirik dari Internet yer.


Suasana Di Hari Raya


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman


Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira




Korang dah start dah pikir nak masak apa pagi raya nnt? Kawan aku sorang tu kata nak masak nasi minyak dengan ayam masak merah. Aku? tak tau lagi tapi mesti ada yg kat bawah nie


Orang Utara la katakan =D

Wednesday, August 18, 2010

Rezeki

Alhamdulillah masa sampai pagi tadi ada acuan kuih nie. Pinjam dari ina. Pastu tengahari tu plak, kak shida tolong beli acuan roti jala.


Pagi tadi jugak kak shida bawak daun pandan dari rumah dia. Hehehe sebab aku la dok ngendeng kat dia minta bwk sbb nak buat kuih buah melaka dan kuih cara.




Hahahahaha. InsyaAllah aku buat. Setakat nie menu yg dirancang dah dimasak.

Geng rancang resepi pagi2 nie dgn kak shida la, ina la, liza la. Kadang2 sampai kak safiah (babysitter muiz dan faiz) pun aku tanya. Emmmm nanti aku cerita pasal family kak safiah yg aku anggap macam kakak dan family aku sendiri.

:-)

Pastu dalam tengahari si yan telefon kata ada parcel utk aku. Syoknya....



-: Cetusan rasa, nukilan hati :-

Tuesday, August 17, 2010

Hensem tak?



-: Cetusan rasa & nukilan hati :-

Monday, August 16, 2010

Twinkle twinkle little star




Alhamdulillah muiz dapat berpuasa penuh selama 5 hari setengah. Hehehe


Cantik tak star nie? =D


-: Cetusan rasa & nukilan hati :-

Sunday, August 15, 2010

Member lama

Hari ni dlm pkl 1 tgh, kami sekeluarga pi jemput kawan sekolah menengah lama aku (SMKA Almahoor P dan STSSS), Che Pah @ Dr Sh Juriah.



Lama woo tak jumpa dia, last sekali jumpa masa form 5 dulu. La nie dia buka klinik dgn partner kat Labuan.



Seronok la jumpa dia. Masa mula2 jumpa kat Hotel Marriot Putrajaya tu, dia cakap Ganu dgn aku. Hahahahha ini la bahananya buat housemanship kat Hospital KT dan bertemu jodoh dgn org sana.


Che pah masih lagi macam dulu, walaupun dah bergelar Doktor.

Aku bawak dia pi Alamanda ja sebab masa yg singkat. Flight dia pkl 6.30 ptg.

Taapiii sempat jugak la dia merembat baju anak kat poney, kedai sebelah tu nama apa tak tau, pi Sushi King dan souvenir kat anak dia. Hahaha

Sempat kami men'try' kasut/wedges Clarks. Comfy memang comfy tapi duitnya enggak comfy hahahaha.

Aku pun sama jgk masa kat Poney, beli jeans kat muiz dan faiz. Ada sales boleh la. Buat baju raya. Hahahaa

Alhamdulillah, berjaya dia dlm hidup dia. Masing-masing berjaya dalam ruang lingkup masing-masing. Alhamdullillah.



Malangnya kami lupa nak ambik gambaq sama2. Ruginya. Bila la nak jumpa dia lagi hehehehe

Last sms, che pah bagitau yg flight dia delay, buka posa dgn sushi la katanya. =D



InsyaAllah kita jumpa lagi my friend.

~ Sent from my iPhone ~

Aisehmen

Sudah terdelete la post sebelum ini.

Nak citer, berat hati nak beli mesin nie



Yg boleh buat jenis jahitan macam nie



Spek dia macam nie



Aksesori yg dpt sekali



Emmmm boleh la kan?!


~ Sent from my iPhone ~

Friday, August 13, 2010

Projek untuk muiz

http://sewretrochic.blogspot.com/2009/11/easy-lounge-pants-express-version.html

Bila nak start nie

Diari : 3 Ramadhan

Haaa... ambik ko.... Laki bini termasuk adik ipar tak bangun sahur.. Aku terjaga pukul 5.35am, mau tak gelabah. Kejut hubby suruh kejut adik ipar cepat sebab dah lewat. Sekali dia cakap tak pe lah... minum air je la .... hahahahahaha

Muiz? muiz sahur pukul 6.20 pagi... biar la dia sahur, kurang2 mau dia posa hari nie.

Emmm... suhana ... oo... suhana

Thursday, August 12, 2010

Diari : 2 Ramadhan

Menu hari ini...

ini

+


+


+


OK kan?!

Tengahari tadi, chek balik rumah pi rendam ikan dan ayam. Laki chek lupa plak pesanan chek. Lepas rendam bagai, chek pun pi la ambik Muiz kat sekolah. Saja nak tengok dia OK ka dak. Lepas dia mandi dan siap nak pi KAFA, chek pun pi la hantaq.

Insya-allah Muiz dapat sticker bintang hari ini. hehehehe

Selamat berbuka puasa... Hari ini banyak plak kerja... hehehehe

Wednesday, August 11, 2010

Saiz yg kecik plak

Cuba test try tutorial pom-pom jugak. Saiz kecik sikit.

Tengok gambaq ja lah.













Sekian.

~ Sent from my iPhone ~