CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 27, 2005

Sibuk .. sibuk ..

Sejak balik dari bercuti nie, jadi malas plak. asyik blog hopping jer, kononnya nak catch-up dgn blog faberet (malas actually). Sibuk nak add counter plak.. bila add, tak ngam plak dgn layout blog. emmm nak kena tukar layout ker nak kena tukar counter hahahahha

Semalam dapat memo kena bayar bil telefon untuk personal call. Tapis punya tapis kena la bayar lebih kurang RM50. aku asyik call penang jer berminit-minit (tapi anak kena la call mak selalu bertanya khabar kan?!! hehehe). bayar je la sebab memang pakai untuk personal punya. tapi aku dapat tau yg ada kerani (MALE) kena bayar bil RM200 - RM900 !!!! Peh nie gayut ker tahap kena tukar status telefonis berkarat? they must have their own reasons right? [Latest news, ada kerani kena bayar RM1,700 !!!!]

Today i begin my work with a calm emotion sebab aku dah dapat rasionalized balik dgn org semalam (entry sebelum). That person terkejut because dapat overwhelming punya feedback bila dia buat come back through emails and YMs. For her, she is an ordinary person. but for me (and rest of us), she is an EXTRA ORDINARY person coz she can write and interprete very well. For me, i can be a good observer but lack of skills in writing/expressing in notes (wei ada special class[es] for this kind of skill?? :P . camne org boleh blog panjang lebar ttg anything - must be dia tu berbakat. Aku nie berbakul ye kut hehehehehe)

Ada banyak dalam fikiran aku tapi tak reti la nak meluahkan. Takpe aku belajar perlahan2. A LONG JOURNEY BEGIN WITH A SINGLE STEP kan?

p/s : dah tak sanggup nak habiskan Pride and Prejudice - very high in English Literature. Now, i'm into Sophie Kinsella (Confession of Shopaholic - dah abis), here comes Shopaholic Takes Manhattan !! Then Shopaholic Ties the Knot - wait for me.

p/p/s : can someone suggest a good reading book ??

Thursday, May 26, 2005

After a long break ...

Alhamdullillah, kami sekeluarga selamat sampai ke rumah semalam after 1 week break from work, tense and others. my son, alhamdullillah dah improve tapi kena hati2 gak, takut terjatuh lagi.

anyway, back to work. plan nak outstation esok terpaksa tunda ke next week. nothing much.

Selagi nama manusia, memang takkan puas. aku kenal sorang nie melalui online. dia tak kenal aku pun. dia ada problem, niat nak membantu/bagi sokongan. but dia tolak dgn alasan nak privacy. tak pa, aku hormat dan terima keputusan dia. Tup2 dia marah/sound aku online siap panggil mangkuk hayun, moron etc. mula aku naik angin, kalau tak sudi takpa. tolak cara hormat jgn sesuka hati marah org. is not nice. anyway, aku give a small/tiny piece of my mind - tak tahu dia tau atau tidak. anyway, kat sini la aku bercerita.

mungkin salah aku jugak. tapi cuma rasa tak puas hati bila diwar-war secara online (sama kes dgn org tu). entahlah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Bagi aku berkawan biar beribu, musuh jgn dicari.

biarlah, aku sekadar meluahkan rasa hati, tapi aku tak pandai pun bab meluah perasaan nie hehehehhe. Tak seperti sesetengah orang memang berbakat dalam bab ini. aku appreciate org macam nie, mampu meluahkan serta mengarang bait-bait perkataan. Berbakat.

anyway, aku masih macam nie la... LIFE MUST GO ON

Wednesday, May 18, 2005

Kek Hari Lahir Abah ...

Kek Hari Lahir Abah

Newest Picture (2 days) After Patah ....

2 hari lepas patah di bahu... kesian anak mak nie... Muahh sayang M....

Saturday, May 14, 2005

Happy Birthday Abah ...

Hari nie hari lahir abah yang ke 56 tahun. I Love you so much...Abah
pencen or last day of work hari Rabu lepas, yes, hari my son jatuh
and fractured his collar bone... so, abah tanpa perlu pikir
panjang.. ambik tiket dtg sini with my mom bila dapat tahu my son
patah...

now they are here and tengah babysit my son... thanks abah di atas
pengorbanan abah.
My dad,
as i assume (perasan kot), love me so much. Kami dulu hidup susah
tapi yang bagusnya abah nie... kalau bab persekolahan,belajar dan
buku memang tak pernah yg tak dpt. he will make sure we have it.
alhamdullillah, aku berjaya ke menamatkan pelajaran di menara gading. Now, its my
time to balas budi and take a good cares of my PARENTS.

masa tadika dulu, abah citer pernah kawan2 aku tak nak pegang tangan
masa melintas jalan sebab muka aku penuh bisul. abah mengalirkan air
mata seorang ayah sebab memikirkan tiada siapa yg nak berkawan dgn
anak dia.
i love my abah so much....
so, to abah...

"SELAMAT HARI LAHIR ABAH"

Patah ...

Hari Rabu lepas (11/5/2005), during lunch, aku dapat 4 missed calls... check2 my babysitter. tepon balik, aku dengar suara kak S gabra, my son jatuh sofa and menangis bila angkat tangan kiri. grab my keys... aku blah balik.

sampai rumah kak S, my son teresak2 menangis. aku check badan dia for any bengkak or anything, so far tak nampak. call my hubby suruh datang, nak bawak ke klinik. Kak S bagitau yg dia main lompat2 atas sofa, jatuh atas sofa and jatuh plak ke lantai, jatuh atas tangan kiri dia. masa tu kak S tengah mandikan si baby girl. Kak S babysit 3 org, my son, 4 years old boy and 6 months baby girl.

sementara menunggu my hubby, aku peluk anak aku, masih lagi teresak2, bila angkat tgn, nangis. Perasaan seorang mak masa tu memang hiba sangat, biar aku yg ganti, jgn dia sakit, biar aku yg sakit. And guest what, that day, genap my son berumur 1 year and 5 months. Ya allah masih kecik lagi.

afterwards kami ke klinik, xray. doktor confirmed patah kat tulang bahu (i guess collar bone or tulang belikat?). dr. informed tak perlu plaster (POP) sebab area bahu. budak2 cepat sembuh 3 ke 4 minggu, cuma jgn gerakkan sgt tangan tu. medicine cuma painkiller and ubat hilang bengkak.

Ya allah, kau sembuhkanlah anakku, kau kurangkan kesakitannya, kau kembalikanlah kegembiraannnya.

so, on thursday aku cuti. Atok and Opah datang malam tu jugak. Tok and Tokwan datang hari khamis. I have to ask my mom to babysit him for a while. takut dia jatuh plak....

Kesian manja mak sorang. Memang perasan anak aku kurang menggunakan tangan kirinya, tapi aku minta dia pegang barang/toys guna tgn kiri. exercise sikit. hilang seri rumah aku sekejap dgn suara and keletah dia. My son, my sunshine. Muaaaaah mak love u so much...

Monday, May 9, 2005

Selamat Hari Ibu Khas buat Mak ...

Mak dan cucu sulung dia ...


Mawar Putih Untuk Mak ...

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan

Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Friday, May 6, 2005

Somewhere over the RAINBOW ...



"Somewhere Over the Rainbow"

Somewhere over the rainbow
Way up high,
There's a land that I heard of
Once in a lullaby.

Somewhere over the rainbow
Skies are blue,
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.

Someday I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far
Behind me.
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me.

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow.
Why then, oh why can't I?
If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?
:: music by Harold Arlen and lyrics by E.Y. Harburg ::

Thursday, May 5, 2005

Fun is just around the corner ...


" A long journey begin with a single step ... "

Minyak naik lagi ...

Semalam kabinet umumkan bahawa petrol naik 10 sen dan diesel 20 sen. Lepas nie barang2 sure naik lagi. Last week aku terkejut susu anak aku naik RM5. terkezut aku, nampaknya kena tukar susu yg sederhana RM but berkualiti sikit untuk manja aku sorang tu. bukannya kedekut tapi nak berjimat sikit.

Aku teringat zaman aku budak-budak dulu ...
pegi sekolah bawak 30 sen. balik simpan dalam tabung 30 sen (sebab dah bwk bekal air teh, nasi lemak & karipap sebijik - hehehehe mana tak tembun). ye la kalau aku habiskan duit tu, maknanya aku dah over budget.

aku teringat dulu ...
every day aku ambik upah pegi kedai beli barang, dapat la upah RM1. Cukup sebulan masuk BSN.

Aku teringat ...
hantar kuih seri muka yg mak aku buat ke kedai kopi (sebelah rumah je) buat menampung belanja harian.

Aku teringat ...
mak menjahit kain every waktu terluang, aku cuma menolong jahit mata lalat/karipap di leher baju.

Aku teringat ...
mak mengasuh budak2 termasuk aku menolong mengasuh budak. Mak aku pernah mengasuh budak yang pekak, si A (tahupun bila umur dia 1 tahun lebih), aku lazimnya menolong tidurkan dan jaga buai. Aku tak pernah tahu yang si A nie pekak, sambil aku hayun buai sambil aku menyanyi lagu2 dulu (air pasang dalam la, anak rusa nani la, rumah terbakar la) sekuat2 hati aku. konon2nya nak tidurkan dia, rupa2nya dia tak dengar sepatah haram pun aku menyanyi. Kensel nak masuk Malaysian Idol kah kah kah. Abah lagi best, siap marah2 mamak jual roti sebab bunyikan loceng masa si A nak tidur. LoL. Tapi budak tu kan comel and bila dah besar, hensem wei. Its an experience bagi aku yg baru bersekolah rendah (Darjah 3 rasanya). Baru2 nie je mak dah tak mengasuh budak, dah tak larat katanya walaupun dia sayangkan budak2. sampai sekarang budak2 yang mak mengasuh panggil MAK dan jadi anak angkat mak so jadi adik angkat aku campur adik2 sedia ada.

Aku teringat ...
mak buat segala macam kerja untuk menolong abah dan menampung keperluan kami. Alhamdullillah berkat kerja keras mak dan abah, kami dapat hidup senang walaupun tak mewah. makan, pakai cukup dan mampu menghantar aku melanjutkan pelajaran.

Adik2 aku pun mampu membantu dan membalas balik jasa mereka.

Aku teringat ...
mak pernah bercerita yang sedara-mara kami yang hidup senang dulu pernah menghina kami. Abah pernah minta bantuan kewangan dari abgnya untuk baiki bumbung rumah yang bocor tapi ditolak dgn alasan takde duit (malam tu, rumah diaorg kena rompak dan abis duit meniaga di kantin). oppss lupa, keluarga aku sampai sekarang tak ada rumah sendiri, cuma rumah pusaka yang sentiasa di remind oleh kakak2 ipar mak. Kereta ... baru dibeli lepas aku accident (1999), susah nak berulang-alik untuk berubat di BP. Aku tahu, walaupun aku rasa ini dah susah tapi ada orang yang lebih susah. Cuma, sekadar menulis di sini.

Betul mak : BUKAN SENANG NAK JADI SENANG

Wednesday, May 4, 2005

Alhamdullillah ...

alhamdullillah, aku bersyukur dgn apa yg aku ada dan perolehi.

Tadi aku terjumpa sebuah blog mengenai masalah perkahwinan dgn warganegara asing. Bila timbul masalah begini maka timbullah jugak masalah aqidah anak2. Si bapa nak anak2 dibesarkan dgn agama asalnya. Si ibu mestilah mempertahankan aqidah Islam yang satu. si ibu rasa bersalah meninggal si bapa lantaran telah hidup selama 16 tahun sebagai suami isteri. bagi aku, yang terhimpit ialah anak2. Hanya doa yang dapat aku berikan kepada si ibu. Last entry awal April lepas, agaknya apalah berlaku sekarang ini. adakah si ibu dapat melarikan anak2 agar mereka terlepas dari niat jahat si bapa? Berdebar2 aku menantikan kisah selanjutnya (hopefully si ibu dapat update blognya nanti).

Alhamdullillah, aku bersyukur di atas segala kurniaanMu ya Allah.

Terdiam sejenak bila aku membaca derita orang lain. betapa mereka tabah menghadapi dugaanMu. Aku masih lagi mampu hidup bahagia bersama keluarga kecilku. Aku bahagia dengan suamiku, anakku, mak dan abah, mama dan papa yang menyayangi aku seperti anak mereka sendiri, adik2 ku, ipar duai ku dan kaum kerabatku. Aku kagum dengan ketabahan dan kecekalan mereka.

Aku timbang2 balik, masalah aku yang aku rasa masalah berat sebenarnya hanyalah masalah kecil/remeh berbanding masalah org lain.

Alhamdullillah,

aku masih ada suami, anak, kaum keluarga, rumah untuk berlindung dan berteduh, makan dan pakai terjaga, negara yang aman damai dan yang paling penting bebas melaksanakan amal ibadah.

I'll appreciate them.

Sayang, I LUV U. thanks for everything.