Thursday, May 5, 2005

Minyak naik lagi ...

Semalam kabinet umumkan bahawa petrol naik 10 sen dan diesel 20 sen. Lepas nie barang2 sure naik lagi. Last week aku terkejut susu anak aku naik RM5. terkezut aku, nampaknya kena tukar susu yg sederhana RM but berkualiti sikit untuk manja aku sorang tu. bukannya kedekut tapi nak berjimat sikit.

Aku teringat zaman aku budak-budak dulu ...
pegi sekolah bawak 30 sen. balik simpan dalam tabung 30 sen (sebab dah bwk bekal air teh, nasi lemak & karipap sebijik - hehehehe mana tak tembun). ye la kalau aku habiskan duit tu, maknanya aku dah over budget.

aku teringat dulu ...
every day aku ambik upah pegi kedai beli barang, dapat la upah RM1. Cukup sebulan masuk BSN.

Aku teringat ...
hantar kuih seri muka yg mak aku buat ke kedai kopi (sebelah rumah je) buat menampung belanja harian.

Aku teringat ...
mak menjahit kain every waktu terluang, aku cuma menolong jahit mata lalat/karipap di leher baju.

Aku teringat ...
mak mengasuh budak2 termasuk aku menolong mengasuh budak. Mak aku pernah mengasuh budak yang pekak, si A (tahupun bila umur dia 1 tahun lebih), aku lazimnya menolong tidurkan dan jaga buai. Aku tak pernah tahu yang si A nie pekak, sambil aku hayun buai sambil aku menyanyi lagu2 dulu (air pasang dalam la, anak rusa nani la, rumah terbakar la) sekuat2 hati aku. konon2nya nak tidurkan dia, rupa2nya dia tak dengar sepatah haram pun aku menyanyi. Kensel nak masuk Malaysian Idol kah kah kah. Abah lagi best, siap marah2 mamak jual roti sebab bunyikan loceng masa si A nak tidur. LoL. Tapi budak tu kan comel and bila dah besar, hensem wei. Its an experience bagi aku yg baru bersekolah rendah (Darjah 3 rasanya). Baru2 nie je mak dah tak mengasuh budak, dah tak larat katanya walaupun dia sayangkan budak2. sampai sekarang budak2 yang mak mengasuh panggil MAK dan jadi anak angkat mak so jadi adik angkat aku campur adik2 sedia ada.

Aku teringat ...
mak buat segala macam kerja untuk menolong abah dan menampung keperluan kami. Alhamdullillah berkat kerja keras mak dan abah, kami dapat hidup senang walaupun tak mewah. makan, pakai cukup dan mampu menghantar aku melanjutkan pelajaran.

Adik2 aku pun mampu membantu dan membalas balik jasa mereka.

Aku teringat ...
mak pernah bercerita yang sedara-mara kami yang hidup senang dulu pernah menghina kami. Abah pernah minta bantuan kewangan dari abgnya untuk baiki bumbung rumah yang bocor tapi ditolak dgn alasan takde duit (malam tu, rumah diaorg kena rompak dan abis duit meniaga di kantin). oppss lupa, keluarga aku sampai sekarang tak ada rumah sendiri, cuma rumah pusaka yang sentiasa di remind oleh kakak2 ipar mak. Kereta ... baru dibeli lepas aku accident (1999), susah nak berulang-alik untuk berubat di BP. Aku tahu, walaupun aku rasa ini dah susah tapi ada orang yang lebih susah. Cuma, sekadar menulis di sini.

Betul mak : BUKAN SENANG NAK JADI SENANG

No comments: