CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 30, 2008

Examination

Recent picture selepas persembahan di Tadika Muiz
-------------------------------------------------------------
Result exam muiz baru-baru ini :


BM - 73
Bacaan - 69
Tulisan - 82
English - 75
Reading - 45 (F)
Jawi - 85
Bahasa Arab - 80
Agama Islam - 36(F)
Matematik - 80
Sains - 89
Lukisan - 55


Total 769 over 1100


Kedudukan dalam Kelas : 23 dari 28 students



SHOULD I BE WORRIED ?? He's only 4 ++ yo ...

SHOULD I SEND HIM TO TUITION CENTRE ??

What Should I Do?? Any suggesstion ?

Tuesday, June 24, 2008

G.L.O.O.M.Y

Picture courtesy from the Net
----------------------------------------------
Sorry for the 'gloomy' posts.

Will publish 'sunshine' post when i'm feeling quite 'collected'.

It's very very personal to me. He was my beloved father.

Thanks for understanding my current situation.

Monday, June 23, 2008

PESAN ROH KEPADA MANUSIA


Petikan dari Email :

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata : Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi : "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W : Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Thursday, June 19, 2008

Abah II

Abah dan mak bersama Muiz di Masjid Putrajaya
----------------------------------------------------------------



Hari ini genap 3 minggu abah pulang ke Rahmatullah.

Al-Fatihah.

Pulang ke Rahmatullah

Arwah Tok meninggal dunia pada bulan Ogos 2005


Arwah Tok Wan meninggal dunia pada 1 Mei 2008

Arwah Abah meninggal dunia pada 29 Mei 2008

Arwah Pak Ngah Johor meninggal dunia pada 7 Jun 2008

-----------------------------------------------------------

  • Tok dan Tok Wan adalah ibu dan bapa kepada mak.
  • Abah adalah suami kepada mak.
  • Pak Ngah Johor adalah abang sulung kepada mak.

Tuesday, June 17, 2008

Abah

Aku dengan Faiz dan Muiz depan Masjid Putrajaya
---------------------------------------------------------------

Aku tak tau samada ini perasaan aku sorang atau apa.

Tiap kali aku lihat gambar arwah abah, aku menjadi sayu sangat2. aku masih rindu dgn dia. rindukan bau peluh dia, kekasaran tapak tangan dia bila aku salam dan cium tangan, aku rindukan suara dia, aku rindu gurauan dia.

Minggu depan aku akan balik kampung, tak dapat jumpa abah lagi dah. Depan kawan2 aku cuba kuatkan hati, sibukkan diri tapi hakikatnya aku cuba jadi tabah dan kuatkan semangat. Lepas nie, kalau aku mengandung dan bersalin, takde lagi abah yang sibuk nak cepat2 ke hospital tengok aku.

Aku masih teringat riak wajah abah masa kat Hospital Tun Aminah, JB masa aku patah kaki. Wajah abah pagi tu memang risau sangat. Aku teringat dulu tiap kali aku pergi check-up dgn Dr pakar ttg penyakit buah pinggang aku (umur dah 21 tahun masa tu). aku cakap dengan abah, tak yah teman aku sebab abah kerja. Tup2 masa aku tunggu Dr, abah sampai. Rasanya tak pernah lagi dia miss teman aku.

Aku paling rapat dgn abah, walaupun lepas kahwin dan nak balik Kedah, Abah mesti naik kereta dgn aku. Lepas nie tak de dah abah nak naik kereta aku. Orang tgk aku kuat tp dalam hati, hanya Allah SWT saja yang tahu.

Aku satu2nya anak dia yg tinggal di asrama dari form 1 sampai habis belajar U. aku ingat masa aku form 1, tiap2 petang abah dtg melawat aku. Itu cara abah nak kuatkan semangat aku utk duduk asrama dan belajar. Masa form 4, tiap2 minggu abah melawat aku di Bukit Mertajam.

Aku ingat lagi, masa Standard 6, aku dapat UPSR 5 A. Abah punya seronok siap tanya aku nak hadiah apa. Aku kata nak kamera tp dalam fikiran, aku cuma nak kamera yang kecik, nipis dan panjang tu. Kamera lama. Tapi abah siap bawak aku p kedai gambar dan belikan aku kamera Olympus - RM500. Masa tu memang dikira mahal. Terkedu aku masa tu.

Masa aku masuk UTM, abah la paling sibuk belikan beg, baju dan sewa van. Baru aku tau yg duit aku masuk U tu, duit bonus abah. Yg aku terkejut, lepas result SPM tak sempat aku pesan beli borang UPU. Abah balik dah bawak borang tu. Rupa2nya abah beratur panjang pagi tu nak beli borang.

Abah banyak berkorban dan berhabisan utk aku. Dan aku rasa tak banyak mana aku dapat balas jasa abah. Aku macam tak puas dgn abah lagi, tapi dia dah pergi dulu.
Abah seorang yg amat pentingkan masa dan teratur dokumen penting. Itu pengajaran penting yang aku belajar dari dia dan aku cuba terapkan kepada anak2 aku. Cucu kesayangan dia.

Tapi aku redha dgn Qada' dan Qadar. Ada hikmahnya abah pergi dulu. Hanya Allah yg tahu perancangannya.

Aku doakan abah dilapangkan kuburnya, diterangkan kuburnya, diringankan siksa kuburnya, diberatkan amalan kanannya, dimasukkan ke syurga dgn cepat dan tergolong dalam golongan orang2 beriman.

Al-Fatihah.

Thursday, June 12, 2008

Redha

Gambar Faiz di luar wad CCU Januari 2008 -
abah admitted seminggu di Hospital Putrajaya

Hari ini genap 2 minggu abah telah kembali ke Rahmatullah.

Al-Fatihah.

--------------------------------------------------------------------

Diterima dari email :

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.

Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah
- Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah
-(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum
-Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistandan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.
Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Nota: TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI... " Berbudi selagi perlu,Berukhuwah selagi mampu "

Sunday, June 1, 2008

Abah Saya Telah Meninggal Dunia

Assalamualaikum w.b.r,


Abah saya, Abdullah bin Che Meh telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Mei 2008 (Khamis), jam 8.30 malam di pangkuan ibu saya kerana serangan jantung. Abah saya berusia 59 tahun.

Alhamdullillah, jenazah telah selamat di kebumikan selepas Solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Doakanlah agar abah saya diampuni dosanya dan dicucuri rahmatNya serta tergolong di kalangan orang-orang beriman dan bertakwa. Amin

Abah saya merupakan abah yang terbaik bagi saya. Kehilangannya amat amat dirasai oleh saya dan keluarga. Doakan kami sekeluarga tabah, sabar dan redha menerima kehilangan ini.

Al-Fatihah...

Amin, amin ya rabbal alamin.