alhamdullillah, aku bersyukur dgn apa yg aku ada dan perolehi.
Tadi aku terjumpa sebuah blog mengenai masalah perkahwinan dgn warganegara asing. Bila timbul masalah begini maka timbullah jugak masalah aqidah anak2. Si bapa nak anak2 dibesarkan dgn agama asalnya. Si ibu mestilah mempertahankan aqidah Islam yang satu. si ibu rasa bersalah meninggal si bapa lantaran telah hidup selama 16 tahun sebagai suami isteri. bagi aku, yang terhimpit ialah anak2. Hanya doa yang dapat aku berikan kepada si ibu. Last entry awal April lepas, agaknya apalah berlaku sekarang ini. adakah si ibu dapat melarikan anak2 agar mereka terlepas dari niat jahat si bapa? Berdebar2 aku menantikan kisah selanjutnya (hopefully si ibu dapat update blognya nanti).
Alhamdullillah, aku bersyukur di atas segala kurniaanMu ya Allah.
Terdiam sejenak bila aku membaca derita orang lain. betapa mereka tabah menghadapi dugaanMu. Aku masih lagi mampu hidup bahagia bersama keluarga kecilku. Aku bahagia dengan suamiku, anakku, mak dan abah, mama dan papa yang menyayangi aku seperti anak mereka sendiri, adik2 ku, ipar duai ku dan kaum kerabatku. Aku kagum dengan ketabahan dan kecekalan mereka.
Aku timbang2 balik, masalah aku yang aku rasa masalah berat sebenarnya hanyalah masalah kecil/remeh berbanding masalah org lain.
Alhamdullillah,
aku masih ada suami, anak, kaum keluarga, rumah untuk berlindung dan berteduh, makan dan pakai terjaga, negara yang aman damai dan yang paling penting bebas melaksanakan amal ibadah.
I'll appreciate them.
Sayang, I LUV U. thanks for everything.
No comments:
Post a Comment