Cuti CNY nie kami pi ke Kluang, menziarah keluarga kak safiah dan abg zakaria. Kak safiah sekeluarga nie babysitter muiz dan faiz sejak muiz umur 6 bulan lagi sampai la muiz darjah 1.
So kami plan ke Kluang pd ahad lepas, bermalam semlm di Hotel Classic, Muar sbb hotel kt kluang dh penuh.
Sampai kluang pun dlm pkl 4 lebih sebab km check in dulu di hotel classic dlm pkl 2 lebih. Kereta byk masa kt highway dr nilai ke tangkak. Dr muar ke kluang, km masuk highway ikut pagoh.
Sampai kluang, mmg perut tgh keroncong. Kak safiah dh masak lunch. Apa lagi? Menkedarah lah hahahaha. Kak safiah masak masak lemak udang, ayam goreng rempah, ikan pekasam dan kerepek arrowhead (musim chinese new year je ada arrowhead nie).
Dlm pkl 5.30 plak, abg zakaria bwk depa pi mandi kolam air gunung kat Diamond Hill Resort. Syokdepa mandi. Ayaq pun sejuk jer, ayaq gunung. Lepas maghrib, km dijamu plak mkn murtabak spesial kat bandar kluang. Besar rupanya bandar kluang nie. Murtabak tu pun sedap.
Dlm pkl 9.30 mlm km bertolak blk ke hotel classic di muar. Masuk highway dan keluar ikut tangkak. Exit pagoh abang tak nak malam2 nie. Dia kata ada citer, tak yah citer la bang. Bab2 mistik nie malas ler nk dengaq. Hehehee
Sampai hotel dlm pkl 11 suku. Apa lagi? Gedebus tidur la. Esok pgnya, check out pkl 10. Pastu google mee bandung muar best. Laa dkt dgn hotel je. Kat Jalan Abdullah. Restoran Abu Bakar Hanipah.
Haaa ini plak mee bandung muarnya. Memang marvelous.
Siap beli perencah lagi. Jangan ditanya bila nak masaknya. Entah bila jawapannya. Hahahahaha
Dok sibuk update kt FB. Muiz? sy lapar la mak. Hehehehe
Ramai org femes dtg sini. Termasuk chef wan. Cer tgk gambaq belakang faiz tu. Penuh dgn gambaq keliling kedai nie.
Nampak gambaq chef wan tu?
Pas kenyang makan, ronda bandar muar. Singgah jap kt hujung muara Muar tu. Apa ntah namanya.
Jgn tertonggeng masuk dlm laut tu yer faiz.
Sibuk dok set timer kamera
I got u first hehehehe. Lepas tu kami plan ke melaka ikut jalan lama. Lalu jer. Pastu km ikut jalan lama ke PD plak. Lalu di kt klebang besar. Npk la plak mcm happening sikit kt situ.
Singgah la jap, kopak ayahnya membeli layang2. Ini tghari buta tau. Pkl 1 tgahari ye. Panaih lit-lit.
Npk depa?
Faiz yg bwh punya. Yg atas sapa punya ntah. Singgah la sat dlm 20 minit.
Pastu sambung journey blk.
Ini half way ke PD. Sampai di teluk kemang, jam giler sampai ke PD. Ada sambutan CNY la plak. Mmg jam.
First time tgk PD jam. Kami keluar ke highway PD, otw tu singgah melepas terkucil dan mkn nasi putih dgn sup. Pastu kami msk highway PD sat dan keluar ke lukut plak.
Sampai masjid KLIA, aku ajak pi cari kerepek plak kat Banting. Heheheeh
Kat sini kerepek tu, atas sikit dr hospital banting. Borong sakan la.
Tpt dia ok. Selesa dn bersih. Mcm2 kerepek ada. Dn yg pasti kuih bakar oat nie dh abis setengah paket mkn dlm keta ja.
Sedapppp.
Alhamdulillah km selamat sampai putrajaya dlm pkl 7 mlm.
Penat aihhh. Hehehehe