Friday, December 26, 2008

R.E.Z.E.K.I

Dalam post sebelum nie, saya post ttg tv sony kami yang rosak. tetiba jer pagi isnin lepas, gambar jadi separuh. Pening kepala mana nak cari duit utk repair. Hubby telefon S0ny Centre utk pick up dan repair. Kami nak htr pun tak muat kereta, besar gabak. Hari Isnin, survive la tgk tv sekerat.

Tapi yang syahdunya, malam selasa tu, tiap kali on tv, si faiz dah cabut lari pi dapur. takut. tapi lama2 dia datang jugak. masa tengok kartun tom & jerry, si faiz dalam gambar sekerat tu, dia boleh gelak berdekah2, gelak besar. saya pandang hubby, hubby pandang saya - "kena beli jugak yg baru nie, kesian kat depa. Plus my family nak dtg cuti new year nie"

Hubby survey website, jumpa ad S0ny Clearance.. baca review macam best, kat taipan subang jaya. memandangkan hubby on-call kat rumah, dia offer diri nak pi tgk s0ny tu. tapi bila direview lagi, kononnya murah sebab display unit. tak jadi beli.

Rabu lepas, saya dan hubby keluar sekejap sebab ada urusan kat kajang. on the way balik opis, hubby ajak singgah Carre4 alamanda. Singgah jap, rupa2nya LG Scarlet ada offer plus RM200 cash redemption. Semuanya jatuh di bawah budget kami. Alhamdullillah. Hubby and I share bayar half-half. Siap bawak balik rumah terus. Petang tu bila balik rumah, hubby dah siap pasang tv baru. Aik, larat plak dia angkat tv s0ny bagak?!

Anyway, anak2 i pun dah lega tengok kartun gambar penuh, bukan sekerat lagi. Itu la, rezeki Allah bagi. Ada bonus utk cover, kalau tak mana nak cekau duit kan?

No comments: