Wednesday, April 6, 2011

Kita humban semua dalam 1 post je la...

Ini semua cerita lama yer... tapi masuk je la dalam satu post. Kira carca marba punya post la ye.




Ini plak bukti bahawa aku pi MAPPA tau. Peserta QA3 diwajibkan hadir tau. So banyak bukti yg ada. Siap ambik gambar dalam dewan, buku Perkhidmatan Awam, notebook kat dalam gambar atas nie. Adegan keluar lif tapi takleh keluar pintu (dikunci) taapiii jumpa pintu terus ke dewan makan.. kah kah kah... Makan je kan citernya.




Ini plak Faiz menyibuk masa aku tengah study utk exam Statistik. Dia ambik pen dan kertas post it, pastu tulis nama dan tepek kat botol air. Korang boleh baca tak? FIZA plak yg ditulisnya... Si Faiz nie husband aku perasan yang dia mengeja macam Jawi (baca dari kanan ke kiri, patutnya rumi dari kiri ke kanan). Isnin lepas, masa aku ambik dia, dia baca plat kereta -> 405. bukannya 504.. hmmm adik adik.... Jadilah adik ... ada improvement banyak tu...




Minggu lepas plak si faiz nie naik macam kudis kat lengan kiri dia, pi klinik doktor kata tak berjangkit sangat tapiii tadika tak bagi hantar, takut berjangkit. Jadinya berhorey la dia ayah dia jaga. Bangun pukul berapa, makan best2 dgn ayah dia hehehehe... Gambar nie dah ok sikit. kalau korang perasan, kat dahi dan kening dia ada merah2 lagi. Tapi sekarang, alhamdulillah dah OK.





Last day kursus QA 1/4 (Jumaat), family kak safiah mai putrajaya. Kami belanja makan ikan bakar kat sg merab tu. Harga memang berpatutan dan sedap la ikan pari bakar dia. Tpt ni kat simpang ILIM, bukak malam jer. Nama Medan Ikan Bakar...

Ish... nak citer pasai apa sebenarnya nie.. haaaa nak tunjuk kat korang ini la wajah Kak Safiah yang berjasa besar kpd kami sebab menjaga Muiz dan Faiz sejak Muiz umur 5 bulan lagi. Kiranya hampir 8 tahun la kak safiah nie menjaga diaorg. Aku bersyukur sangat2. Family diaorg macam family aku sendiri.

Dan aku jugak berterima kasih pada Pn Yati sebab dia yg bagitau aku. Kiranya kak safiah pernah mengasuh Daus (anak pn Yati), pastu Pn Yati ambik bibik dan recommend kt kami. Alhamdulillah sangat. Cuma awal bulan 3 hari tu, Kak safiah pindah ke Kluang sebab abang Zakaria bersara awal. Menangis giler aku masa tu....Masa proses pertukaran tu (awal tahun 2011), aku stress giler sbb risau pasal Muiz tak dak sapa nk tgk masa balik sekolah dan pi KAFA. Ye la aku tak pernah hantar transit, tapi Alhamdullillah semua OK. Ada hikmah di atas segala kejadian dan ketentuanNya. Faiz plak memang nk htr full day tadika... hehehehe Poyo kan aku?





Haaa... ini la dia budah cheeky tu. Gambar dari HP kak safiah hehehehe





Ini plak gambar sabtu lepas, Minta roti tisu, sekali datang siap ada pewarna lagi. Kurang la roti tisu kat sini. Mengada aku.





Ini plak masa Sport Day tadika Faiz Ahad lepas. Faiz masuk lompat dalam gelung. Ini pun puas aku bersms dgn Cikgu Amy dan Cikgu Huda. Ye la kan, dah seminggu tak sekolah, mana la tau kot2 ada perubahan. Sekali Cikgu Amy tu warded plak sebab demam dengi kat Hospital Sabak Bernam.. Kesian dia... Tapi Isnin lepas Faiz cakap Cikgu Amy dah datang..  Ok lah tu kot...





Sesi beratur plak. Nampak kan Faiz yg mana satu? Ish gambar blur la... Nak kena cari kamera point and shoot Kodak la? betul tak bang? (hint to my husband) ;P





Menang la kan, anak sapa? Anak mak la katakan... Siap pesan suruh beli belon Doraemon. Muiz pun main jugak. Lari berhalangan sambil bawak belon dan duduk atas belon. Sayang tak dak video muiz duduk tak pecah2 belon tu. Kelakar betui..

Hahahahahaha

Perghh penat betul menaip ni.... ;-)
• My jots, my thoughts •

4 comments:

ieYna said...

kenapa tak masukkan gambar puan yati sama. Hik..hik..hik

1na said...

ek eleh... nak kena ko ye...

Haiippp. Babap kang!!!

Anonymous said...

lawakla..aku dok meng"google" cari ikan bakar kat ILIM sekali naik hang punya post ni kui kui kui

1na said...

anon,

aku tau hang sapa....