Tuesday, July 26, 2011

Umrah

Anyway, ini ceritanya... last week kami balik Penang sebab nak menghantar mak mengerjakan umrah pada 24 Julai 2011. Kami balik Rabu petang sbb pagi tu husband baru abis oncall dan ada meeting plak. Sampai penang dalam pukul 6 ptg. Esoknya lepas makan kat Kapitan, kami pi menengok rumah kat Juru. Itu akan dicerita dalam post lain, ok.

Berbalik kpd cerita umrah mak tu, dari hari Khamis ramai la kawan2 mak yang dapat menziarah... hari Sabtu, pak njang, mak njang, chik bedah dan wani mai tidoq rumah. Pagi ahad tu kami bangun pukul 3.30 pagi sebab nak bergerak ke Bukit Mertajam pukul 4.30 pagi. Alhamdulillah kami sampai dlm pkl 5 lebih sikit. Mak dan rombongan lain berkumpul di Surau Pak Mat Tea O kt area permatang pauh rasanya. Depa naik 2 bijik bas ke KLIA.

Lepas masuk beg dlm bas, semua sembahyang subuh dulu. dalam pukul 6.30 pagi baru la bertolak ke KLIA. Mak sampai ke KLIA dalam pukul 1 rasanya. Flight pukul 3 ptg naik Saudi Air. So, itenari mak tu... Mak akan berada di Madinah selama 7 hari dan baki akan berada di Mekah.

Pagi Selasa dalam pukul 8.15, mak telefon bagitau yang dia dah selamat sampai dan nak pi masjid. Dia dah siap beli prepaid Arab Saudi lagi.... hehehehe

Alhamdulillah... So mak dijangka akan balik pada 6/8/11. Insya allah kami akan tunggu di KLIA. Jadi kengkawan, mohon doakan keselamatan dan kesihatan mak saya, Shopiah binti Aziz sepanjang menunaikan Umrah ini yer... terima kasih.


--------------------------------


Post dulu.... satgi chek cerita naa...

Masa dok loading beg dalam bas.
Poyo ja muka aiii

Mak bersembang dgn orang kampung

Mak lagi

Mak dan rakan2 rombongan.. Yang nie semua jiran, Mak cik meah dan kak laili dengan cucu dia.

Mak lagi...

No comments: