CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 16, 2014

Berkongsi | Waktu Mustajab Berdoa

 
Dari petikan buku di atas oleh Fathuri Salehuddin, Bab 16 - Waktu Mustajab Berdoa :
  • Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh
  • Setiap lepas solat Fardhu
  • Di antara waktu Zuhur dan Asar. Juga di antara Asar dan Maghrib
  • Waktu di antara azan dan iqamat
  • Ketika bangun tidur
  • Semasa solat, iaitu sebelum salam (selepas membaca tahiyat akhir)
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid
  • Pada masa takbir solat hari raya (sela masa di antara takbir semasa solat)
  • Waktu di antara dua khutbah (khutbah Jumaat dan khutbah hari raya)
  • Waktu menziarahi makam Rasullullah SAW di masjid madinah
  • Waktu melakukan urusan penting
  • Waktu membaca doa Qunut pada solat Subuh
  • Pada masa mengadakan majlis dan upacara (yang bukan berbentuk maksiat)
  • Waktu ditimpa kesulitan, kecewa dan hati tidak tenteram
  • Waktu bertemu kembali dengan sanak saudara atau sahabat yang lama terpisah
  • Waktu hujan turun
  • Waktu hendak memulakan solat dan setelah selesai solat
  • Waktu selesai khatam 30 Juz Al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat Al Quran
  • Sewaktu Sujud.
Kita mintalah perkara yang besar dan utama kepada Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Pemurah. Apakah perkara yang besar dan utama pada seorang Islam?
  • Mohon diampunkan segala dosa
  • Mohon Taufiq dan Hidayah
  • Mohon redha Allah SWT
  • Mohon masuk syurga tanpa hisab

0 comments: