Saturday, May 16, 2020

Mengasuh dan transit

Kecil sebelum besar. 
Kanak-kanak sebelum remaja.

Lokasi di transit Generasi. Ambil diwaktu petang selepas habis kerja.

Sebelum ni, Muiz dan Faiz dihantar kepada kak Safiah sejak bayi lagi untuk dijaga. Muiz sejak umur 5 bulan, Faiz sejak 3 bulan. Lama dengan kak Safiah. Aku bersyukur sangat-sangat dengan kak Safiah sudi mengasuh mereka. Kami banyak berterima kasih kepada kak Safiah dan keluarga. Kak Safiah dan abang Zakaria ada dua orang anak lelaki, Naim dan Iman. 

Bila Muiz darjah 2, abang Zakaria pencen. Mereka pun berpindah balik ke Johor.

Faiz masuk tadika 5 tahun. Tadika Generasi Presint 9. Muiz kami hantar ke transit Generasi Presint 8 untuk transit sekejap sebelum ke sekolah KAFA.

Alhamdulillah 

Day 60 | Puasa hari ke 23

#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020 

No comments: