Selepas fit tu, adik tidur jer sebab effect ubat yang dimasukkan. tapi dia tidur tak nyenyak. merengek2 jer dia. dalam pukul 9.30pm, dr cadangkan supaya dibuat ctscan. Takut ada pendarahan otak. Aku benarkan.
Alhamdullillah takde sebarang pendarahan otak. sepanjang malam aku tak putus2 berdoa dan nurse suruh lap badan sebab dia demam.
Esoknya, masa dr2 round wad. Dr Fazilah (dr lain) bgtau yg diaorg nak observe fit dia dan kalau ok esok atau lusa boleh keluar. Tapi rupa2nya dr mlm sebelumnya dah start antibiotik. Dr bagitau kalau dah start antibiotik and kalau tak buat bone marrow (nak check ada infection tak pd otak), adik kena antibiotik utk 10 ke 15 hari. Kalau result bone marrow ok, 5 hari dah boleh balik. aku tanya macam2 pasal side effect sbb aku pernah dengar citer yg lumpuh la slps buat bone marrow. Dr bgtau yg procedure nie memang diaorang selalu buat. aku cakap nak bincang dgn husband. bila husband dtg, dengar pendapat dr, kitaorg setuju.
masa nak buat procedure tu, adik diberi ubat tidur. lepas dia tidur, aku diminta dukung adik masuk bilik procedure. aku kena keluar tak boleh tengok. kat luar aku resah. takut2 tersalah cucuk ker dan bukan2 di fikiran aku. sampai ada dr cina lelaki ckp kat aku, "mummy, mummy jgn risau. semua ok, tunggu di katil saja" about 5 minutes later, nurse dukung adik keluar. aku tengok ada plaster besar kat belakang dia. Nurse maklumkan supaya dia tidur baring telentang for at least 4 hours. aku pandang dan usap2 muka adik. pilu hati aku. adik masa kecil dan terpaksa melalui semua ini.
dr maklumkan ada 2 jenis test pada air tulang belakang tu (3 titis saja). test awal dilihat melalui scope, test selanjutnya nak tengok samada kuman tumbuh atau tak, makan masa 2-3 hari. alhamdullillah first test, result ok.
Alhdullillah semua result ok. tak dak any complication. Fit sebab demam panas. Cuma dr pesan kat aku kena jaga dua perkara :
1. Masa demam - kena control temperature dia. Lap badan dia supaya panas cepat keluar.
2. Masa fit - jgn panik, mengiringkan dia, jgn masuk dalam mulut sebarang objek. kalau lebih 5 minit, bawa ke Hospital.
2. Masa fit - jgn panik, mengiringkan dia, jgn masuk dalam mulut sebarang objek. kalau lebih 5 minit, bawa ke Hospital.
Dalam tempoh yang sama jugak, muiz demam plak. tapi on dan off. Alhamdullillah masa hari kedua di wad. family aku dari penang datang. boleh tengokkan muiz. tapi hari jumaat tu, muiz still demam. so aku bawak dia p emergency. disumbat ubat bontot, dilap dan dr bagi sukatan yang baru. rupanya muiz under dose. sebab berat dia dah 20 kg. kena ambik 14ml paracetamol (120mg, kalau uphamol (250mg) - 7ml).
Masa nak discaj (jumaat pagi), dr check ada bunyi sikit paru2 adik. dr nak tahan, aku cakap aku nak keluar sebab dia dah tak demam dan adik stress plus aku pun stress. dr bg gas sekali dan petang tu masa aku dok lap muiz kat ED, adik aku sms kata faiz boleh keluar. alhamdullillah.
Balik rumah, aku plak yang flat (demam selsema)...
Yg penting faiz dan muiz dah sihat dan selamat. Amin
Ini semua cuma dugaan dan peringatanNya kepada aku agar jgn lalai lagi. Insyaallah aku akan bayar nazar puasa aku dengan segera.
Published thru email
No comments:
Post a Comment