10/10/2007 (Rabu) :
Hubby start demam. Makan ubat, baik. Demam balik. Pi klinik putrajaya, dpt MC dan ubat. Still tak ok. Sy masih bekerja lagi... tp sudah raya awal.
11/10/07 (Khamis):
Hubby masih lagi demam. Pi klinik panel kat cyberjaya, dpt MC, ubat dan antibiotik. Tonsil bengkak sgt dan merah. ulser dalam mulut, banyak... Sy? pagi cuti half day, mengemas rumah. dah susah hati. mcm mana nak balik raya? mula terpikir raya di putrajaya sj if hubby still tak baik demam. kesian dia.
12/10/07 (Jumaat):
Pagi hubby kata boleh drive, dah kebah sikit. memandangkan tak packing langsung semalam. macam lipat kudung mengemas dan membungkus kuih muih dan segala macam. Iron baju, pastu gantung kat pintu depan, kes takut terlupa hehehehe. Bertolak pukul 2 pm, sampai di slim pukul lebih kurang 4 pm. alhamdullillah tak de jam langsung.
Rumah mertua dah ramai dah. anak cucu dah penuh. kucing2 dah lari menyelamatkan diri - kena dera dek anak cucu termasuk anak aku... selama tempoh anak cucu ada. kucing tak menunjukkan muka kecuali mengiau sekali-sekala - lapar...
Demam hubby masih lagi on dan off. Hubby cakap ubah plan, balik penang, petang raya esok. sebab rumah mertua dah ramai orang. itu kira baru 3 family (cucu - 8 orang), lagi 1 family, raya kedua baru balik. adik ipar balik pagi raya, kena buli kerja malam raya dek senior di tpt kerja ;D
Saya? menurut perintah saja hehehehe (dlm hati gumbiranya). Hubby dah senyum menjeling hehehehe. Malamnya menolong MIL membalut ketupat palas, MIL first time buat, aku sebagai menantu utara, boleh la membalut, lama2 dah pandai membalut ketupat jantan, idok ler asyik ketupat betina jeeeeer...
13/10/07 (Sabtu) :
Bangun pagi, kemas toto, tilam ( sbbnya bilik dah penuh - kitaorg tidur ruang tamu) hehehehe. Hubby dah nampak sihat sikit. Hubby mandi dan pakai bj raya. Hensem nyer.... mandikan si muiz dan faiz, pakai baju raya. Muiz ikut hubby sembahyang raya. Aku? mandi pukul 11 pagi, baru pakai bj raya hehehehe menolong MIL masak mee kari, lontong hehehehe bersama2 ipar duai. Tapi disebabkan masih ada 'handbag' (istilah MIL bg yg masih ada anak kecik), tak dapat menolong sgt. Sebabnya si faiz masih ada, asyik keluar masuk rumah kacau anak2 ayam baru menetas... (remember? si kucing dah melarikan diri) hehehehe
dalam tengahari, org ramai datang bertakbir dan beraya. Laku betul mee kari MIL, sedap. plan nak balik dalam pkl 4 ptg, takut hujan. SIL ajak beraya di slim dan behrang. so, bersiap la aku dgn anak2. Hubby tak ikut dgn alasan nak berehat nak bawak kereta karang.
so, beraya la kami 2 bijik kereta jer. rumah pertama, anak2 aku nie macam buat rumah sendiri. pening kepala aku. rumah kedua, pun sama.... hehehehehe
[to be continue]
No comments:
Post a Comment