Wednesday, April 15, 2020

Hidup


"Beautiful things don't ask for attention" ~ Sean O'Connell, The Secret Life of Walter Mitty

Baru2 ni tengok movie The Secret Life of Walter Mitty. Gambar pemandangannya cantik, jalan ceritanya kukuh dan mesej yang disampaikan pun jelas. 

Ya, hargai dan enjoy tempoh PKP ni bersama keluarga. Insya Allah ada sinar di hujungnya. Allah maha mengetahui. 

Tempoh PKP ni, dapat kenal perangai sebenar baik pasangan dan anak-anak. Dapat kenal perangai "baik" sendiri. Dapat kenal kelebihan bersedekah. Dapat kenal jiran teladan. Dapat kenal perkara berkaitan rohani dan jiwa. Dapat kenal rutin terbaik untuk diri sendiri. 

Demi menaikkan semangat, banyakkan berdoa, angan dan rancang apa yang nak dilakukan selepas PKP. 

Dunia sedang pulih dari pencemaran sebentar. Burung berkicauan jam 5 pagi, air sungai yang jernih kembali mengalir kuat, langit yang kembali cerah menampakkan pemandangan yang indah. 

Sabarlah... Insya Allah ada jalannya. 
Allah maha perancangan
Allah maha mengetahui
Allah maha mengasihani

Day 29
#stayathome #stayhealthy #kitajagakita #pkp2020

No comments: