Sunday, April 12, 2020

Nyah kuman

Semalam diberi peluang jadi Ketua Keluarga Interim sekejap. Ke Jaya Grocer Cyberjaya. 

Alhamdulillah keluar selepas Zohor, ada Sekatan Jalan Raya (SJR). Dah siap sedia dengan bil elektrik, nota "maaf, tingkap rosak, kunci pintu rosak" sekiranya SJR di sebelah penumpang. Dan SJR berlangsung di sebelah penumpang (^_^). Tingkap dibuka kecil sahaja kerana khuatir tak boleh tutup semula. Bertanya dan dibalas jawapan dengan Encik Polis melalui tingkap berkeluasan kecil itu. Siap dengan pesanan, "puan balik rumah terus selepas selesai ya". Baikkkk.... 

Tiba di lokasi belian, check temperature, diserahkan disposable gloves, disinfectant sprayed at trolley bar and of to go for a little treasure hunt.

Alhamdulillah kebanyakan barang ada. Ada insan-insan yang baik hati tolong bukakan plastik utk bawang besar, bawang putih, cabai hidup dan cabai muda.

Singgah di farmasi membeli pencuci muka dan juga N95. Setelah selesai, tiba-tiba teringat pesanan Encik Polis. Baliklah. 

Antibacterial wipes pada handphone, kunci kereta. Hand sanitizer digunakan. 

Alhamdulillah, selesai tugas Ketua Keluarga Interim. Lihat resit farmasi, short charged untuk satu topeng N95. Call dan transfer baki bayaran kepada store manager farmasi. Amanah dan jujur tu perlu dijaga. 

Terima kasih kemudahan online banking. Kalau tidak terpaksa berjumpa Encik Polis lagi.... (^_^) 

Day 26
#pkp2020 #stayathome #stayhealthy #kitajagakita 

No comments: