Last day di wad...
(18SX... Read at your own risk)
Setahun enam bulan lalu... aku dipaksa melahirkan my son, M 3 minggu awal atas pelbagai sebab. Pre E la, kencing kotor, BP tinggi, berat naik mendadak(lepas raya - sakan makan sebab masa bulan puasa berat turun 2 kg), kencing kotor... so aku diinduce... aku masa tu terkejut sebab just datang weekly checkup biasa, baru pagi tu aku masak Bihun Singapore untuk jamuan raya di opis. Tiba-tiba kena warded and kena induce... Persiapan dari segi emosi memang aku kurang.
Percaya tak selepas bersalin aku jeles with my own son... Aku fikir my hubby will love our son more than me... i felt macam kain buruk... lepas pakai dibuang begitu saja. Sebab 2 jam lepas bersalin secara normal, waktu nak dihantar ke wad, aku turun katil... whooosh .... tumpah darah sebanyak2 nya. Nak pitam aku tengok darah aku sendiri... afterward, midwife terpaksa 'bersih'kan rahim dari uri yg tertinggal. Sakitnya... tak terbayang...
Selesai berehat sekejap aku ditolak balik ke wad, masa tu takde sapa2. My hubby takdak... perasaan masa tu, dah la baru lepas sakit nak bersalin, bergenang air mata bila lihat takde sapa tunggu aku (tgh menaip nie pun bergenang air mata *sroot*) Fikiran jahat muncul, dah beranak... aku nie dilupakan... nobody nak support aku nak comfort aku... Cousin aku datang dgn anak2 dia, terpaksa la senyum and layan dalam tak larat and feel neglected.
After 30 minutes, my hubby dtg dengan muka risau asking my condition, ok ker ... aku merajuk sekejap. dia sabar melayan kerenah merajuk aku, dia minta maaf sebab lambat tapi dia citer yg dia dan my parents tertanya2 why aku tak naik lagi lepas 3, 4 jam bersalin... tanya nurse, kata aku ada masalah sikit... rupa2nya baru berkejar dari dewan bersalin lepas tengok anak aku M di NICU. Lega
hati sikit ... oooo dia ambik berat rupanya...
hati sikit ... oooo dia ambik berat rupanya...
NICU sebab anakku bengkak kepala sebab terpaksa divacuum waktu bersalin. aku terlalu sakit dan meneran.. aku tak tahu nak meneran. Aku sempat cium anak aku lepas bersalin sebelum dihantar ke NICU untuk observation... Anak aku M masuk wad NICU selama 11 hari... the most longest time in my life melihat anakku di wad... People might say, "alaa sikit macam tu nak citer, nak mengeluh, nak
mengada2' But for me, it's a life time experience. Takde kali kedua, it is not a routine work or anything...
mengada2' But for me, it's a life time experience. Takde kali kedua, it is not a routine work or anything...
Malam tu, my hubby tolak aku ke NICU. Aku cuci tangan, pakai uniform and berdebar2 nak tengok anak aku yg aku kandung 9 bulan, anak yang aku tunggu2, anak yang aku lahirkan selepas bersabung nyawa .... For the first time aku lihat anakku dalam babycot(?) dgn kepala berbalut tinggi. setinggi 3-4 inci bengkak kepala akibat vacuum. Menitis air mata aku... aku sentuh jari anakku, aku pegang jarinya... Hiba hati aku sehingga hari ini, mahu aku menangis bila teringat kembali kenangan ini... aku usap pipi dia, aku sentuh hidungnya... aku nak peluk tapi aku takut... Hiba hati aku anakku kena menanggung kesakitan. aku berdoa biarlah aku yg ganti segala kesakitannya ... biarlah aku yg tanggung...
Hari kedua, aku discharge but anakku kena tinggal di wad.. aku pergi menjenguk dia... aku bersetuju untuk jaga dia di wad. aku dapat bilik di NICU... waktu nurse tolak anak aku masuk bilik, terlintas
di fikiran "anak sapa nie? macam cina, salah kot?" Rupa-rupanya bengkak dah turun ke bahagian muka... Memang macam anak cina dengan muka bengkak, bulat, mata sepet. Nurse terpaksa tolak balik keluar takut aku terleka mengesan amaran monitor denyutan jantung anakku kalau denyutan jantung menurun... Aku terpaksa balik rumah sebab tak tahan sakit sebab baru lepas bersalin...

Every day aku berulang-alik dari rumah ke hospital untuk melihat anakku... My hubby berulang-alik 3 kali sehari untuk hantar susu badan... Itu saja mampu aku lakukan selain banyak2 berdoa. Anak aku
kena demam kuning, dr inform ini akibat bengkak di kepala surut... M diletakkan di bawah lampu biru sepanjang masa. Ada sekali tu, aku cuba belajar breastfeed anak aku. Nurse angkat and aku cuba
pegang... Kekok... Tapi paling menghibakan, anak aku menangis bila aku peluk dan pangku... menangis kesakitan sebab terkena bengkak di kepala... aku menangis... aku rasa failure sangat sebab tak mampu nak menyusukan anak aku sendiri... Nurse menasihatkan aku banyak bersabar, jgn stress, jgn putus asa... So, anak aku minum susu pakai syringe sehingga keluar wad...

After a few days, aku dah kuat sikit and aku request bilik untuk jaga anak aku sendiri. M minum susu aku guna syringe..
Selepas 11 hari dalam wad, di bilik nombor 11 dan dilahirkan pada 11 Disember 2003 ... Alhamdullillah anak aku kembali sihat tanpa sebarang komplikasi cuma perlu follow-up dgn klinik paed.
Alhamdullillah, my son M, now sihat, gembira. aku bahagia ... aku bahagia dgn suami aku dan anak aku... Ini semua dugaanNya buat aku dan suami... and a lesson to me... JANGAN SESUKA HATI JER NAK MERAJUK DAN JELES tak tentu pasal hehehehe

Trying to be a good MOTHER to my children ...
No comments:
Post a Comment